[20191117] Masalah Aircond Subaru XV: Tambah Gas Kali Ke-2 Dalam Setahun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Rekod arkib November 2019. Kami singgah di Seong Hing Car Air-Cond & Accessories, Bahau untuk menambah gas pendingin hawa Subaru XV. Ini adalah kali kedua dalam tahun 2019 sahaja sistem aircond kehilangan gas.

Sangat mengecewakan kerana pada waktu itu, kereta baru berusia 4 tahun dengan perbatuan (mileage) belum mencecah 70,000 kilometer. Jika dibandingkan dengan pengalaman memiliki Proton Saga BLM dan Proton Persona selama 10 tahun, masalah aircond kehabisan gas secara drastik sebegini tidak pernah berlaku.

Komen Mekanik:
Mekanik memaklumkan bahawa compressor aircond sudah mula mengeluarkan bunyi bising dan mungkin menunggu masa untuk rosak. Isu kehilangan gas ini berkemungkinan besar berpunca daripada kebocoran pada sistem.
Tarikh Kejadian: 20191117 (Ahad)
Lokasi: Seong Hing Car Air-Cond, Bahau
Keterangan ServisStatus
Tambah Gas Pendingin Hawa (R134a)Selesai
Pemeriksaan CompressorBerbunyi Bising
NOTAMasalah Berulang (Kali ke-2 2019)

Kepada sesiapa yang merancang untuk memiliki Subaru XV, pastikan anda bersedia dengan bajet penyelenggaraan sistem aircond. Semoga anda lebih bernasib baik daripada pengalaman kami ini.

Tambah gas aircond Subaru XV di Bahau
Ahad, 17 November 2019 | Peranti: Xiaomi Redmi Note 5A
Lokasi: Seong Hing Car Air-Cond & Accessories, Bahau.

~20191117~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

⌂ Home

Popular