Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Zulfarhan nafi ke bilik komputer riba hilang

Imej
Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain pernah disoal rakannya berhubung kehilangan komputer riba milik seorang lagi rakan mereka. Penuntut tahun tiga Jurusan Perubatan UPNM, S Hari Krishna Rao, 22, berkata, dia turut menyoal Zulfarhan Osman mengenai kehilangan komputer riba milik Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang kemudian dicamkan sebagai tertuduh pertama dalam kes bunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan. Menurutnya, ‘soal siasat’ itu dilakukan di bilik asrama bernombor 3-05 pada awal pagi, 21 Mei tahun lalu. “Hairi (Muhammad Akmal Zuhairi) beritahu saya, suspek iaitu Zulfarhan ambil komputer riba dia. Selepas itu kami ke bilik Zulfarhan di bilik 3-06. “Ketika masuk ke bilik itu, saya bertanya pada seorang penghuni bilik berkenaan di mana Zulfarhan, penghuni itu kata dia tidur lalu kami pulang semula ke bilik 3-05. Tidak lama ke...

Singgah RNR Gua Musang 20180621

Imej
Jam 1 pagi lebih. Kami dlaam perjalanan pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia dari kampung halaman Mummy di Wakaf Bharu di Kelantan di Malaysia. Singgah sebentar di Hentian Rehat Gua Musang yang khabarnya dibina oleh tokay Ekspress Mutiara. Anak tokay Ekspress Mutiara tu kawan Mummy. Kami singgah ke rumahnya yang besar macam stadium tu pada jam 1 pagi ni sebab Mummy nak ambil beg galas yang dikirim daripada kawan beliau di luar negara. Penuh kereta Subaru XV apabila balik kampung dengan tempat duduk penumpang pun penuh barang. Jika kawan-kawan nak beli kereta untuk keluarga, fikirlah dua tiga empat kali kalau nak beli Subaru XV sebab serius sempit. Ketika ni aina berumur 1 tahun, 3 bulan, 29 hari.

Harga Dobi Layan Diri di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Malam ni Tedi mendobi layan diri lagi. Jika tangkap gambar diri sendiri dipanggil swafoto, maka dobi layan diri mungkin boleh disebut swadobi? Atau kita bagi istilah baru untuk layan diri? Salah satu masalah dobi layan diri di Bandar Baru Salak Tinggi ini ialah nak membandingkan harga di antara bisnes dobi layan diri di Bandar Baru Salak Tinggi yang bercambah seperti cendawan lepas hujan.Tedi pernah menemuramah dua orang pengusaha atau usahawan bisnes dobi layan diri dan mereka kata modal buka kedai dobi layan diri ialah 100 ribu sehingga 300 ribu. Modal itu sebahagian besarnya diperuntukkan untuk mendapatkan atau beli mesin dobi layan diri. Selain itu Tedi memerlukan mesin basuh yang besar minimum 15 kilogram sebab Tedi nak basuh toto, cadar, atau permaidani kapas. Jadi mulai malam ini mungkin Tedi akan catat harga yang ditawarkan oleh setiap kedai dobi layan diri yang Tedi singgah. Laundrybar, Taman Seroja   Menggunakan token RM 1. Tedi tak menggemari sistem token sebab i...

Guru pondan usah diberi muka!

Imej
Budaya pondan memang harus dibanteras, namun dalam pertunjukan hiburan sahaja berapa banyak lelaki menjadi perempuan? dan ia dibiarkan sahaja... Pondan dan lembut tidak sama kerana pondan itu mahu menjadi perempuan manakala lembut itu masih lelaki sejati cuma gayanya lembut mungkin kerana persekitarannya. Kandungan kartun Dialog Kota Raya oleh Juragan Guru pondan usah diberi muka - Kesatuan Guru-guru Agama Malaysia Barat (KGAMB) Cikgu Besar: "Memang seseorang guru haruslah mempunyai sifat penyayang dan lemah lembut... tapi bukan pondan!!!" Cikgu: "Ops mak kau!! Eee... Cikgu Besar ni... jahat tau! Terkejut kita!"   instagram safiey ilias ig. skandal cikgu sekolah. lirik lagu terima kasih nur sajat. melayu kebangsaan rendah tuisyen kelas mariam khalifah mudah soalan perniagaan buat duit online. guru malaysia kereta kerja dari rumah. peperiksaan bank rakyat cari edit gambar kartun berniaga lebih sampingan jana tambahan. nak cara kosong download cer...

Ambil ubat Aina di Hospital Putrajaya

Imej
~Hospital Putrajaya, Unit Farmasi, B - Lain-lain Kaunter, No. anda : 6086, No. Sekarang : 6072, Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi, 01/06/2018 09:51~ Jumaat, 1 Jun 2018. Hari ini kami keluar lewat dari rumah, sekitar jam 7 pagi. Ketika dalam perjalanan, apabila kami tiba di persimpangan Lorong Aman, Master telah memutuskan untuk elakkan melalui Persimpangan Dengkil. Keputusan itu diambil kerana Master sudah bosan asyik sangkut di Persimpangan Dengkil itu hampir 20 minit. Kesesakan secara umumnya kerana banyak kenderaan dan banyak pula kenderaan yang buat U-turn dan langgar lampu merah. Kami menggunakan Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Southville. Tol telah berkurangan sebanyak 80 sen sebab konsesi tol Metramac telah tamat mulai hari ini. Percaturan Master itu tampak berbaloi apabila tiba-tiba sahaja kami sampai ke Pantai Permai sebelum jam 8 pagi! Malangnya baru kami sedari Master lupa bawa botol susu Aina, manakala botol susu rizab pula telah dikeluarkan da...

Prev Next

Popular