Erti perkataan "ceneh"

Ceneh boleh disimpulkan sebagai seseorang yang gedik, keanak-anakan, cerewet, dan mengada-ngada. Ia digunakan untuk menggambarkan seseorang yang kita tidak suka, namun kadangkala digunakan untuk menggambarkan diri sendiri sebagai seseorang yang happy go lucky dan tidak endahkan persekitaran.

Ia berasal daripada kata gaul Indonesia, tetapi perkataan ceneh juga digunakan di Malaysia sebagai nama tempat. Ironinya perkataan ceneh atau cheneh tiada dalam kamus Bahasa Malaysia walaupun nama tempat itu digunakan di Malaysia.

Lebih mengejutkan perkataan ceneh ini digunakan dalam bahasa hebrew Bible untuk menggambarkan "sesuatu yang berduri".

Gambar gadis Mira Filzah beraksi ceneh dan gedik dalam kereta.

Latar Belakang Kajian

Penat betul memikirkan dan mencari jawapan bagi soalan tersebut. Setelah merujuk kepada beberapa buah kamus terkemuka pun tiada maksud bagi perkataan "ceneh" secara rasminya.

Ini adalah mungkin jawapan terhampir kepada soalan "Apa arti Ceneh?" tersebut.

Perkataan yang dikaitkan dengan "ceneh"

  1. lenjeh (bahasa Betawi) = perihal seseorang yang menggunakan daya tarikan atau melakukan sesuatu untuk menggoda. Gedik (Bahasa Malaysia).
  2. ribet = rivet (Inggeris).
  3. bawel = cerewet, yang suka menyalahkan, yang suka mencari gara-gara, yang suka berleter (Jawa), captious (Inggeris), fault finding (Inggeris)
  4. cerewet =
    1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, ber­sungut, dll). Contoh ayat: "kalau sudah terlalu cerewet, tentulah anaknya keluar dr rumah itu"
    2. berselok­-belok dan memerlukan banyak kerja yang kecil­-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet. Contoh ayat bagi cerewet: "orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya sangat cerewet"
    3. mencereweti = selalu memarahi (menegur, mencela, dll): "kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu"
    4. kecerewetan = perihal cerewet. Contoh ayat: "Kecerewetan boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan."
  5. seneh (Hebrew) = berduri

Tempat bernama Ceneh

  1. Jika kawan-kawan pernah membaca kiriman Tedi yang bertajuk "Hentian Sebelah Ceneh Baharu", ia terletak di Kemaman di Negeri Terengganu di Malaysia.
  2. Ceneh terletak di Terengganu di Malaysia dengan poskod 24050 dan 24060. Ceneh berkongsi poskod 24050 dengan Ayer Puteh.
  3. Bandar kecil di Treviziano dalam jajahan Venetians di Itali, 12 batu di selatan Belluno.

Penafian:

Kiriman ini adalah pendapat Tedi berkenaan persoalan apa arti ceneh dan juga yang berkaitan dengan soalan ceneh artinya apa? Kalian boleh menghadam apa pendapat Tedi tentang maksud ceneh tersebut atau boleh saja komen di bawah mengenai apa yang dimaksud dengan ceneh?


20170205