Baru-baru ini dunia digemparkan dengan penemuan tikus di Planet Marikh.


Tikus Marikh dikatakan telah kelihatan dalam satu gambar yang diambil Curiousity di permukaan Marikh.

Namun kini NASA dan para penyelidik Curiousity menegaskan yang mereka takkan mengkaji Tikus Marikh tersebut.

Malahan jika kebetulan para penyelidik Curiousity menemui seekor Beruang Tedi merayau-rayau di sana, mereka takkan pedulikannya.

Mereka tetap akan percaya & membuat orang ramai parcaya bahawa tiada Tikus Marikh, sebaliknya hanya batu-batuan sahaja.

"Jelas sekali proses hakisan angin, fizikal dan tindakan kimia boleh membentuk batu berbentuk tikus!", tegas seorang penyelidik.
Apa daa... nama jer curiousity, tapi tak curious langsung untuk berjumpa makhluk Marikh.

Curiosity Rover leaving 'Mars rat' behind
20130607