بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Gambar senarai pembaca blog interpretzz.com

Hari ni macam biasa Tedi check kalau juta-juta orang lawat blog Tedi.

Master kata Tedi berangan.

Tapi tak kisah la, Tedi tunjuk ke Master, orang Russia baca blog Tedi tau.

Jumlah pembaca interpretZZ pada masa ini ialah dari:

  1. Malaysia (105),
  2. Russia (90),
  3. United Kingdom (34),
  4. United States of America (14)
  5. Germany (3)
  6. Indonesia (3)
  7. Bangladesh (1)
  8. Brunei (1)
  9. Kazakhstan (1)
  10. Moldova (1)

Baru Master tau Tedi ni siapa. Hehehe.

Apa kejadah kau berblogging ni Tedi?
Saje la Tedi nak blog, ini kan diari Tedi?
Diari apa ke jadahnya kau duk pamer kepada orang?
Mana ada Tedi pamer kepada orang? Tedi kongsi dengan kawan-kawan Tedi je. Kawan-kawan Tedi tentulah bukan orang.

Ngarut jer Master ni. Dengki la tu. Kang Tedi jadi King Kong Tedi, Tedi amok Master, baru dia tau.

Di bawah ini adalah jumlah pelawat interpretZZ setakat ini.

gambar statistik pelawat interpretzz pada 12 Jun 2020.

Nampaknya pada 20200612 para pembaca interpretZZ masih didahului oleh pembaca tempatan dari Malaysia (597,433), diikuti Amerika Syarikat (178,191) yang menggantikan tempat Russia (37,209).
Pembaca dari Indonesia (32,296) menduduki tempat ke-4, dituruti Hong Kong (10,139). 9,691 bacaan tidak dapat dikesan datang dari negara mana, diikuti rapat oleh negara Germany (9,006), Poland (8,727), Ukraine (7,368) dan France (7,101).

Jika dihimpunkan bacaan mengikut jumlah negara bagi setiap benua, Eropah mendahului dengan 5 negara (69,411), diikuti benua Asia dengan 3 negara (639,868), dan benua Amerika (178,191).
Bacaan dari negara selain Malaysia berjumlah 299,728 iaitu 33%. 

Agak menghairankan apabila negara sasaran seperti Brunei dan Singapura tidak kelihatan dalam senarai 10 negara teratas ni, mungkin rakyat mereka kurang membaca penulisan dalam Bahasa Melayu.


Mula diterbitkan pada 20130513 sebelum dikemaskini dengan statistik terbaru pada 20200612.