بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sampai di Melaka hampir jam 2 pagi

Episod terjah Melaka pada jam 2 pagi dari Johor Premium Outlets.

Sampai sahaja di sana kami melilau cari hotel. Nasib baik ada beberapa hotel bajet di sekitar bandar Melaka.

Hotel yang nampak menarik pada kami pada masa itu adalah ZZZ Hotel. Alamatnya adalah No 21, Jalan Plaza Mahkota 5, Plaza Mahkota, Bandar Melaka, Malaysia.

Ia adalah hotel dengan kategori hotel bilik, menawarkan harga murah untuk disewa. Ia menyediakan sarapan pagi berupa hidangan ringan seperti roti bakar dan kuih-muih. Ia mempunyai wifi, air-cond, dan juga TV.

Gambar ZZZ Hotel di Bandaraya Melaka Bersejarah pada waktu 2 pagi

Sarapan ringkas yang disediakan ZZZ Hotel. Okaylah untuk alas perut dengan harga hotel bajet. # Monday, 1 February 2016, 11:24 # 20160201 # DSC_2211.JPG # Sony D2533 # Plaza Mahkota, 75000 Malacca # https://goo.gl/maps/7B9Q2MyVNq8pvYWA8 #

ZZZ Hotel turut menyediakan wifi percuma kepada para pelanggannya.

ZZZ Hotel adalah sebahagian daripada NIDA Rooms yang sediakan aplikasi mobile untuk kita. Ia adalah jaringan hotel bilik di Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Filipina.

Perkakasan yang disediakan dalam ZZZ Hotel boleh diambil sebagai cenderahati (souvenir), tapi kena bayarlah ya... hehe..

ZZZ Hotel menawarkan free wifi, sebahagian dari Nida Hotel yang boleh di download app mereka.

Gambar peta bandar Melaka dalam konsep minimalist menunjukkan lokasi menarik di Melaka.

gambar Peta Melaka dalam bentuk hiasan minimalist

Ini adalah tangga yang perlu anda daki jika duduk di sini. 3 tingkat tanpa lift (elevator). Jika beg berat, terkial-kial juga mengangkutnya. Tidak sesuai jika bercuti dengan ahli keluarga terutama yang veteran. Sangat sesuai dan strategik jika anda bersendirian atau berdua atau berkumpulan tapi masih bujang.

gambar hiasan minimalist di tangga, agak menenangkan

Satu tingkat di hotel ini rasanya mempunyai 3 bilik. Mereka tidak membenarkan anda merokok, makan minum, dan juga melakukan aktiviti maksiat.

Gambar pintu hitam 3D dan 3C

Tandasnya selesa dan bersih walaupun sempit. Maaf, tiada bath tub di sini ya... hehe...

Gambar tandas ZZZ Hotel.

Kad kunci yang agak comel dan kelakar pada pandangan Tedi.

Gambar sandal Master dan kasut kepunyaan  Mommy yang setia menemani mereka ke mana sahaja mereka berjalan. Dalam mana-mana hotel yang kami singgah, kami tetap tanggalkan selipar atau kasut, cuma pekerja hotel selalu tidak menyedari sensitivity kami ini.

gambar kasut wanita dan sandal lelaki

Suasana sekitar ZZZ Hotel setelah hari cerah. Bangunan berwarna hitam itu tentu sahaja menarik perhatian pada waktu siang. Ia terletak berhampiran Pahlawan Walk dan juga Dataran Pahlawan, jadi jika anda menetap di sini dan memperolehi tempat letak kereta di sini, anda akan berasa aman berjalan-jalan di bandar Melaka, kerana kawasan atau lokasi menarik boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki.

Gambar waktu siang di sekitar ZZZ Hotel Melaka

Dari hotel ini kami berjalan kaki ke Menara Taming Sari, Pahlawan Walk, Pahlawan Mall, Kota a Famosa, bangunan yang berwarna merah, Muzium Umno, Muzium bentuk kapal.

Kami juga sempat menaiki bot itik yang kaunternya di Menara Taming Sari.

Itu sahaja dan selamat berjalan-jalan.