Berkebun malam hari... | 20130522
Rajin Menjaga Kebun Di Malam Hari Kerana Terinspirasi
Balik sahaja dari sekolah, Tedi terus menghadap kebun.
Jam dah menunjukkan jam 10 malam, sebab ikut Mommy & Master dinner di restoran berdekatan.
Mesti Mommy pelik kan? Tiba-tiba sahaja rajin, hahaha.
Inspirasi Daripada Blog Our Simple Garden
Ini gara-gara membaca kiriman Our Tropical Garden - Updates May'13 oleh kak Ummu Aidan la ni.
Tak sia-sia masukkan blog beliau dalam bloglist Tedi, memang bermanfaat! Walaupun ada sedikit perasaan cemburu kepada kehijauan kebunnya itu. Kalau Tedi kenal anak kak Ummu Aidan tu, nak hasut dia sabotaj kebun mak dia! Hahahahahahahahahahaha. (Rahsia tau, jangan bagitahu kak Ummu Aidan.)
Baja Najis Ayam Dan Proses Merumput
Tedi mula meletakkan baja najis ayam yang Master ambil dari kampung di Negeri Sembilan.
Selain itu Tedi mula merumput. Sebelum ini tak pernah sebab Tedi fikir rumput-rampai itu akan tolong pecahkan struktur tanah laterite di "kebun" Tedi. Bila Tedi merumput, baru Tedi faham kenapa pentingnya merumput. Akar-akar rumput itu sudah memenuhi tanah kebun, rumputnya tak ada la banyak mana, tapi akarnya fuyoo, tak tahu la nak cerita macam mana!
Misteri Bunyi Kaisan Tanah Di Malam Hari
Kemudian Mommy panggil Tedi, katanya jiran-jiran sedang mengintai. Mesti seram kan malam-malam mendengar bunyi kaisan tanah?
Nanti nak cari petua untuk tanam sayur dalam pasu pula. Tak tahu lagi nak tanam kubis atau sawi. Sawi hari itu semua dah layu, dapat masak beberapa helai sahaja... huhu.
Semangat Tedi Takkan Menyerah Kalah
Tak apa, Tedi takkan give up!
Ulasan