Langkau ke kandungan utama

Singgah di Ayer Hitam di Johor (TR-C-25)

Singgah di Ayer Hitam di Johor

Ayer Hitam menjadi destinasi persinggahan kami ketika mengakhiri kembara ke Johor dan Singapura ini. Macam biasalah kaum wanita nak beli-belah barangan hiasan rumah. Sementara itu Tok Abah dan Master menanti di luar kawasan kedai berkenaan.

Ketika inilah Tok Abah ajak makan di Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore, ajak makan roti canai. Tetapi sempat juga kami bungkus Murtabak Singapore kerana di Singapura kami tidak berkesempatan untuk menjamah hidangan tersebut.

Bolehlah kan, walaupun kami tahu rupa dan rasanya tak serupa Murtabak Singapore di negara jiran Malaysia itu.

Gambar Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore di Ayer Hitam di Johor di Malaysia.
Setelah kempunan tidak dapat merasa Murtabak Singapore di negara Singapura sendiri, Tok Abah beli Murtabak Singapore di Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore ni. Tapi mungkin sahaja rasanya dan rupanya tidak serupa dengan Murtabak Singapore di Singapura.
* Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore. * Telefon : 013 - 728 4732 * Menu tengahari : nasi campur, mee rebus, soto, roti telur, murtabak *
# Saturday, 25 March 2017, 18:47 # 20170325 # DSC03939 # SONY ILCE-5000 # 86100 Ayer Hitam, Johor # W58J+X9 Ayer Hitam, Johor # https://goo.gl/maps/cFYNYLgtRdqcP2FY8 #

Stesen Minyak Petron Ayer Hitam

Pemandangan di sekitar stesen minyak Petron Ayer Hitam di Johor di Malaysia di mana kami letakkan kereta untuk membeli-belah di kedai-kedai di sekitarnya. Memang kehadiran kereta agak banyak sehingga menyukarkan kami mencari tempat letak kereta. Ketika ini kami sudah hendak pulang maka suasana agak lengang. Stesen Petron ini terletak di kawasan mendaki bukit manakala kedai-kedai yang dilawati di kawasan bawah bukit.
# Saturday, 25 March 2017, 18:49 # DSC03943 # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # 192 JALAN JOHOR BAHRU, Taman Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor # W58J+VH Ayer Hitam, Johor # https://goo.gl/maps/UtNVqqXGtaegztea7 #

Ulasan

Kiriman Berkaitan