بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pada hari Isnin, 21 Oktober tiba-tiba sahaja kereta Proton Persona 2008 transmisi manual kami tidak dapat dihidupkan enjinnya.

Ada bunyi engkol (crank) enjin sedikit sebelum disudahi dengan bunyi tak tak tak.

Melalui rujukan antarabangsa, enjin kereta Proton Persona tidak dapat dihidupkan dan disertai bunyi tak tak adalah berpunca daripada masalah pada bateri tersebut. Tetapi bukan bateri sahaja boleh menjadi punca masalah kepada enjin tak boleh start dan berbunyi tak tak, masalah pemula (starter) enjin juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama.

Bagi memastikan bahawa masalah sebenar adalah pada bateri dan bukan pada engine starter, Master telah meminjam kabel jumper milik Pak Lang Epul untuk jump start (hidup lompat) enjin kereta Proton Persona tersebut.

Jump Start Enjin Kereta Proton Persona

Jump start secara umumnya adalah kaedah menghidupkan enjin kereta menggunakan bantuan bateri kereta lain menggunakan kabel jumper yang dihubungkan di antara dua kereta.

Sebelum jump start enjin kereta Proton Persona, Master telah mengkaji banyak sumber melalui YouTube dan laman web, jadi di bawah ini adalah teknik jump start yang telah Master guna pakai untuk hidupkan enjin kereta Proton Persona. Malahan teknik ini adalah teknik yang dicadangkan oleh PROTON untuk mengelakkan kerosakan kepada kereta.

Ya, jump start kereta boleh merosakkan kereta yang dihidupkan malahan kereta penderma! Kereta penderma ialah kereta yang kita pinjam baterinya untuk hidupkan enjin kereta yang mati (penerima).

Turutan memasang kabel jumper dan jump start kereta yang baterinya mati.

  1. Pastikan enjin kereta penderma dimatikan dan kunci kereta dicabut!
  2. Pasang kabel positif (merah) pada bateri kereta yang mati.
  3. Pasang kabel positif (merah) pada bateri kereta penderma.
  4. Pasang kabel negatif (hitam) pada bateri kereta penderma.
  5. Pasang kabel negatif (hitam) pada blok enjin kereta yang mati. Ya, pasang pada blok enjin atau pada bahagian besi yang terdedah pada kereta, tetapi pastikan bahagian itu tiada barangan elektronik seperti kabel, dan pastikan ia jauh dari kawasan mudah terbakar.
  6. Hidupkan enjin kereta yang mati itu.
  7. Jika tak boleh hidup, cuba tukar lokasi kabel negatif (hitam) pada kereta penerima.
  8. Cabut kabel jumper mengikut turutan yang akan dijelaskan di bawah.

Turutan semasa mencabut kabel jumper. Secara amnya cabut secara berlawanan dengan turutan semasa memasang kabel jumper tadi.

  1. Cabut kabel negatif (hitam) dari blok enjin kereta penerima.
  2. Cabut kabel negatif (hitam) dari bateri penderma.
  3. Cabut kabel positif (merah) dari bateri penderma.
  4. Cabut kabel positif (merah) dari bateri penerima.

Master berjaya menghidupkan enjin kereta Proton Persona itu melalui jump start, sekaligus menidakkan kemungkinan masalah pada starter enjin.

 

Survey Bateri Kereta di Pantai Permai

Pagi hari Selasa, 22 Oktober, kereta Proton Persona sekali lagi tidak dapat dihidupkan.

Setelah sah bahawa bukan masalah starter pada kereta Proton Persona tersebut, Master pun mula merisik calon-calon bateri untuk menggantikan bateri kereta Proton Persona tersebut. Bateri kereta Proton Persona adalah dari siri 60 dan 55. Tedi sangkakan siri 60 adalah lebih baik tetapi tidak, siri 55 adalah lebih elok.

Master pergi ke sebuah kedai di Pantai Permai untuk melihat pilihan yang ada, malangnya harga bateri di sana bermula dari RM 340, dan jenamanya memang Master tak pernah dengar.

Appabila ditanya tentang bateri kereta Century, pemilik kedai di sana bateri Century tak bagus, sesuatu yang agak mengelirukan Master kerana selama ini pada kereta Proton Saga BLM memang Master gunakan bateri Century dan ianya tidak mengecewakan. Jaminan setahun tetapi selalunya dapat digunakan lebih 2 tahun. Malah pada suatu masa dahulu, Century dengan lantangnya menawarkan jaminan 2 tahun, suatu jaminan yang tidak ditemui pada jenama bateri kereta pada zaman sekarang.

Master kecewa dan memilih untuk tidak membeli bateri kereta di sana.

 

Kirim Bateri Kereta Century DIN55R dengan Pak Lang

Hari Rabu, 23 Oktober, Master meminta bantuan Pak Lang Epul untuk belikan bateri kereta Century Marathoner DIN55R pada harga MYR 285 (dua ratus dan lapan puluh lima Ringgit Malaysia sahaja).

Pada jam 11 malam Master pergi mengambil bateri tersebut. Sebelumnya Master telah mencabut bateri Yokohama Gold yang sedia ada. Proses mencabut bateri kereta pada Proton Persona ini mungkin yang paling sukar Master pernah buat, sebab proses pencabutan bateri kereta Proton Persona ini selalu mencetuskan penggera kereta, dan tentunya ia amat menjengkelkan jiran-jiran pada waktu malam, walaupun tiada siapa yang menunjukkan rasa tak puas hati.

Pak Lang Epul kata memang begitulah resamnya semasa mencabut bateri kereta Proton Persona, maka kunci kereta perlu sentiasa ada berhampiran.

Aina menyibuk di belakang Master semasa Master menjalankan aktiviti mencabut bateri kereta Proton Persona tersebut, dan bersembunyi apabila penggera kereta Proton Persona berbunyi.

Gambar bateri kereta Yokohama Gold MF Series untuk kereta Proton Persona.
Yokohama Gold MF Series. The BrandLaureate Award- Best brand in Automative Batteries 2012-2013 2013-2014 2014-2015. Voted Superbrand Malaysia' Choice 2015. X0320.
Bateri kereta Yokohama Gold MF Series kereta Proton Persona yang akan digantikan Master pada malam ini.
# Wednesday, 23 October 2019, 22:53 # 20191023 # IMG_20191023_225332.jpg # Dirakam kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Sepang #

 

Pasang Bateri Kereta Century Marathoner DIN55R pada kereta Proton Persona

 Pagi Khamis, 24 Oktober, Master memasang bateri kereta Century Marathoner DIN55R pada kereta Proton Persona mengikut aturan berikut:

  1. Letakkan bateri kereta pada tapaknya.
  2. Pasang dan ketatkan penyendal bateri erta
  3. Pasang kabel positif dengan kepala berwarna merah terlebih dahulu. Ketatkan sehabis baik.
  4. Pasang kabel negatif dengan kepala hitam, siap sedia dengan kunci kereta semasa memasang kabel negatif ini.
  5. Penggera kereta akan berbunyi, terus tekan butang "kunci" untuk reset prenggera kereta.
  6. Ketatkan kepala kabel negatif.
  7. Hidupkan enjin.

Kereta Proton Persona itu berjaya dihidupkan dan akhirnya kami ke Kuala Lumpur pada hari itu menaiki Proton Persona. Master merasakan stereng kereta Proton Persona itu terlalu ringan menyebabkan kereta terasa melelong ke sana-sini, atau mungkin sahaja Master dah terbiasa dengan stereng Subaru XV yang lebih berat?

Saiz bateri Persona lama ialah 55.

 

Bateri Kering pun Ada Cecair?

Semasa Master mengangkat bateri kereta tu, Master terdengar bunyi macam air berkocak, padahal bateri tu bateri kering!

Master bertanyakan hal itu kepada Pak Lang, dan Pak Lang kata tauke kedai tu kata itu adalah bunyi "ubat" bateri tu. Master pun menurutinya sahaja.

Apabila kami meng-Google permasalahan ini ternyata memang bateri kering akan hasilkan bunyi seperti air berkocak jika digoncang.

 Penkimiaan bateri menggunakan SOCl2 cair dan gas SO2. Apa yang anda dengar ialah gelembung sulfur dioksida berputar dalam cecair thionyl chloride. Jika tidak menggoncangkannya tiada apa-apa akan kedengaran.

 Rupanya bateri kering tidaklah bermaksud ia benar-benar kering, masih ada cecair di dalamnya.

Diterbitkan pada 20191025 karangan ini adalah berkenaan masalah kereta tak boleh start yang dialami pada kereta Proton Persona transmisi manual.


~20191025~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih