Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Aina main bedak

Imej
Ketika Master meninggalkan Aina dan Mommy di rumah, Aina membuat onar dengan menghabiskan bedak. Ketika ini Aina baru berumur 1 tahun 8 bulan dan 6 hari (setahun lapan bulan dan enam hari). Gambar kolaj Aina sedang main bedak   Betul dah tu cara pegang bedak.   Aina dan bedak OKBB botol oren tudung hijau.   Suasana rumah yang bersepah dikerjakan Aina.   Dah macam rupa Naruto pula ada misai bagai.

Aina di Warung Nasi Kerabu Sambal Tumis Kok Lanas

Imej
Pagi ni kami pergi bersarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas. Walaupun nama warung tu tertulis Kok Lanas, ia sebenarnya di Desa Salak Permai. Memandangkan jaraknya tidaklah jauh sangat iaitu sekitar 6 minit sahaja daripada rumah kami, maka Tedi isytiharkan warung ini sebagai salah sebuah tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Warung ini menjual makanan seperti nasi kerabu, ayam bakar, daging bakar, nasi dagang, nasi berlauk, dan nasi lemak. Aina pula telah berjaya meminta keropok daripada tuan kedai. Bagi makan nasi lemak adalah dalam  5 suap dia makan.

Aidil Sharin jurulatih baharu pasukan Kedah

Imej
Persatuan  Bola Sepak Kedah (KFA) melantik bekas Ketua Jurulatih Home United, Singapura, Aidil Sharin Sahak sebagai pengendali baharu skuad Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya kini dalam peringkat rundingan terakhir sebelum mengikat kontrak dengan Aidil Sharin. Katanya, KFA juga mengumumkan bekas Ketua Jurulatih Piala Presiden, Victor Andrag sebagai penolong jurulatih. “KFA menaruh keyakinan gandingan Aidil Sharin dan Victor Andrag dapat mengembalikan kegemilangan skuad Helang Merah pada musim depan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Majlis Eksekutif KFA di Alor Setar semalam. Kedah yang gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia musim ini menggunakan tiga jurulatih bermula dengan Ramon Marcote, Mohd. Nidzam Adzha Yusof dan Azzmi Abd. Aziz. Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, KFA menyerahkan tanggungjawab kepada ketua...

Aina ke Hospital Putrajaya, 08 Okt 2018

Imej
Pagi tadi Tok Ma, Tok Abah, dan Mak Su bertolak pulang ke Kelantan. Kemudian kami bawa Nor Aina ke Klinik Dr Siti sebab nafasnya kencang. Di Klinik Dr Siti di Kota Warisan, Aina diberi nebulizer, dan setelah diperiksa oleh doktor bertugas, dia memberikan kami dua pilihan: sedut kahak Aina Aina dirujuk ke Hospital Putrajaya Kami memilih untuk merujuk Aina ke Hospital Putrajaya sebab tak sanggup melihat tiub dimasukkan ke dalam tekaknya untuk sedut kahak keluar. Bawa Aina ke Hospital Putrajaya Apabila sampai ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, nafas Aina sudah tidak kencang lagi, maka kami kena ambil nombor panggilan untuk bertemu doktor. Tetapi apabila dokotor periksa didapatinya bahawa Aina bernafas kencang dan terus dimasukkan ke Zon Kuning iaitu zon semi kritikal. Kemudian Aina diberikan nebulizer sebanyak 3 kali, dan akhirnya dibenarkan keluar. Ketika ini Aina sudah muntah 2 kali, dan muntah terakhirnya beserta kahak kuning pekat. Ketika nak ambil ubat di Farmasi Ke...

6 Wira Terkorban ketika Operasi Cari dan Menyelamat

Imej
Hari ini merupakan satu hari di mana Tedi berasa sedih. Kesedihan ini adalah disebabkan berita pemergian 6 orang ahli Bomba Malaysia yang telah mati lemas ketika dalam usaha mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki di kawasan lombong di Putera Perdana di Puchong. Walaupun Tedi tidak kenal siapa mereka, namun mungkin keikhlasan mereka dalam berkhidmat telah meruntun hati Tedi. Ia adalah kawasan perumahan di mana kawan Master dan Mummy tinggal. Apabila mendengar berita mengenai 6 orang ahli Bomba mati lemas ketika usaha mencari dan menyelamat itu, beberapa perkara menyerbu fikiran Tedi. Pertama, Tedi cuba menafikan bahawa nahas itu berlaku di Malaysia, tetapi setelah beberapa kali berita itu diulangi, ia adalah kemalangan yang meruntun jiwa, benar berlaku di Malaysia. Kedua, Tedi tertanya-tanya, kenapa perlu nak cari seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong itu pada masa itu? Tidakkah mereka terfikir bahawa peluang untuk remaja itu survive adalah sangat tipis? Kenapa mere...

Mr F ke Axiata Digital

Hari ini adalah hari yang agak menyedihkan buat Master sebab seorang kawan sekerja beliau kerana hari ini adalah hari terakhir Mr F bekerja bersamanya. Mr F akan memulakan kerja baru di Axiata Digital untuk produk e-wallet berjenama Boost. Sebab utama beliau ke sana adalah peluang untuk belajar teknologi baru yang digunakan oleh Boost, di samping faedah yang disediakan syarikat Axiata Digital kepada para pekerja. Malam ni Tedi tolong filter dan upload gambar ke Cameron Highland hari tu. Banyak pula gambar yang sangkut semasa upload.

Popular