1. Karangan hari ni Tedi nak bercerita pasal Master setelah sekembalinya kami dari Kembara Sarawak TAG.
  2. Banyak draft pasal kembara ke Sarawak tu yang belum sempat Tedi habiskan. Nasib baik ada yang Tedi publish guna phone, kira lepaslah juga... hehehe.
  3. Hari ini Master turun satu tingkat menyertai jabatan baru. Melihat keadaan di tempat baru memang nampak kelam-kabut.
  4. Sementara itu di tempat lama, Master masih belum mengemas apa yang patut. Malahan ada kod yang masih belum diselesaikan.
  5. Bos lama Master pun tampak agak kecewa.
  6. Hari ini juga Master telah mendermakan darah beliau buat kali kedua dalam tahun ini, dan kali kedua juga sepanjang umur beliau.
  7. Kali ini darah diambil di sebelah kanan. Pengaliran darah agak perlahan sehinggakan dua tiga orang sebelum Master dah siap derma darah, Master masih belum selesai.
  8. Hampir 50 minit jugalah Master menderma darah.
  9. Master saja derma darah dengan harapan darah beliau akan dicuci dan digantikan dengan darah baru. Manalah tahu kan apa yang ada dalam darah beliau selama ini.
  10. Nak tunggu bekam entah bila dan tidak yakin dengan tahap profesional bekam yang ditemui setakat ini.
  11. Derma darah ni tidaklah menyakitkan tapi kalau tengok jarumnya tu memang seram. Jadi janganlah tengok kalau tak sanggup.
  12. Hari ni Master dapat notebook baru dengan RAM 4GB sahaja.... huh!