Ketahuilah bahawa kadar pertolongan Allah kepada seorang hamba-Nya tergantung kepada niatnya. Barangsiapa niatnya sempurna, pertolongan Allah juga akan sempurna. - Syaikh Salim bin Abdullah #HalaqahCinta

Komen Tedi mengenai kenyataan di atas:


  1. "Jangan bersangka buruk dengan Allah"
    • itulah pesanan seorang guru Tedi.
    • jika kita awal-awal sudah bersangka buruk, bagaimana kita boleh dikurniakan apa yang kita hajati?
  2. Berdoa dan bersabar
    • Jika niat kita sempurna, tentu cara kita untuk mencapainya juga sempurna.
    • ianya termasuklah kita bersabar dan berterusan berdoa kepada-Nya, disertai usaha yang bersungguh-sungguh.
  3. "Pertolongan Allah takkan pernah tidak sempurna"
    • Pada pendapat Tedi, pertolongan Allah sentiasa sempurna, takkan pernah tak sempurna.
    • Bezanya sempurna pada perkspektif manusia dan pada pandangan Allah itu berbeza.
    • Manusia hanya berasa sempurna apabila memperolehi sesuatu yang manis-manis, manakala Allah pula akan memberikan kepahitan apabila kepahitan itu terlebih baik buat hamba-Nya.
    • Adakah sempurna apabila kita seronok minum minuman manis yang lazat sehingga dijangkiti penyakit? Atau adakah sempurna itu apabila kita minum ubat yang pahit untuk mengubat sakit? Atau adakah sempurna itu apabila kita tidak sakit sehingga lupa nikmat sihat? Semuanya tertakluk pada tafsiran peribadi.