Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

The Battle of The Five Armies amat menyedihkan

Imej
Hari Ahad yang lalu Tedi ditaja menonton The Hobbit: The Battle of Five Armies oleh PLUS Expressway Group. Tedi bukanlah peminat tegar The Hobbit kerana bagi Tedi ia agak membosankan. Tapi dek kerana orang ramai sibuk memperkatakan mengenainya, Tedi pun sibuk nak menontonnya, dan hasilnya Tedi sangat kecewa, mungkin kerana jangkaan yang diletakkan amat tinggi! Ini beberapa komen Tedi. Kosong kosong kosong Apabila menonton filem ini, Tedi berasakan kekosongan yang amat sangat! Aksi perangnya banyak tapi tanpa aksi yang mengkagumkan. Tiada emosi yang menyeksa kita yang memaksa kita berharap akan datang hero atau peralatan canggih membantu mereka yang hampir tewas. Thorin bukan Optimus Prime! Ada satu ketika di mana pasukan Iron Foot dari Iron Hill pimpinan sepupu Thorin hampir tewas dan dia memerlukan bantuan Thorin, Thorin tak keluar kerana dia mabuk harta. Tapi akhirnya dia keluar dengan pasukannya. Ketika ini Tedi berharap d...

FTPS.. oh FTPS...

Imej
Tedi perlu tahu apakah itu FTPS untuk digunakan dalam projek sekolah Tedi. Pagi ini Tedi nak menelaah sedikit kerja sekolah untuk esok hari. Semua ini berkaitan dengan masalah satu sistem di sekolah Tedi yang seringkali tersangkut semasa pemindahan fail dalam rangkaian tertentu. Buat masa ini kami gunakan HTTPS yang mungkin menyumbang kepada keperlahanan itu. Oleh sebab itu Tedi perlu mencuba teknik baru untuk pemindahan fail tapi perlu kekalkan penggunaan port sedia ada iaitu 22 dan 443. Contoh sambungan FTPS gunakan WIN-SCP Apakah itu FTPS? satu jenis peningkatan kepada FTP (File Transfer Protocol / Protokol Perpindahan Fail) yang melibatkan penambahan kebolehan Transport Layer Security (TLS) dan protokol kriptografi Secure Socket Layers (SSL). Turut dikenali sebagai FTP-ES, FTP-SSL dan FTP Secure. Kesesuaian dengan IIS IIS 6 tidak sokong FTPS. IIS 7.0 sokong FTPS melalui FTP 7 tapi kena install berasingan. ...

Tukar Klac Proton SAGA BLM

Imej
Karangan ini adalah mengenai kos menukar klac, minyak gear, dan pam brek Proton SAGa BLM transmisi manual. Perkhidmatan oleh: PSA U-AUTO SPORT Sdn Bhd (773024-W), 42 Jalan 12, Kosmopleks Light Industrial Area, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 sepang, Selangor, Malaysia . Jualan secara tunai bernombor CS001758 pada tarikh 25 November 2014 dan helaian kerja bernombor B000000002341 . Keterangan Kuantiti Harga Seunit Diskaun Jumlah Harga Klac 1 RM 400.00   400.00 Upah buruh 1 RM 180.00   180.00 Minyak transmisi manual HQ Multi 75W-85 2 RM 42.00   84.00 Pam brek 2 RM 30.00   60.00                 Jumlah RM 724.00  Gambar-gambar Menarik: Proton i-Care dengan deretan kereta dan staf dengan warna rasmi oren Gambar kereta SUV pertama Proton yang mungkin dikenali sebagai Proton Knight. Gambar kereta wira sedan modified berwarna putih.

Pesan Cikgu

Imej
Tedi masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan... Entah apa masalah sehinggakan isu capaian menggunakan HTTPS masih belum ada penyelesaian. Tedi diberi masa sehingga minggu ini untuk menyelesaikannya. Sedangkan minggu ini Tedi dan keluarga akan sertai Hari Keluarga di Pulau Pangkor. Ini bermakna Tedi kena siapkan ia pada hari ini juga... Ini masanya Tedi mengenang kembali semua pesanan cikgu-cikgi Tedi... Kalau dapat sahaja kertas soalan, harus bawa bertenang. Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya. Ingat kembali formula-formula penting (atau kata kunci). Abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab (dahulu) di halaman seterusnya. Jika tiada soalan yang boleh diselesaikan, kembali ke halaman pertama (pangkal jalan). Kalau tak boleh juga, lantak Tedi lah, sebab cikgu dah pesan!

Kuching Hitam

Imej
Keluar sahaja daripada kereta Mommy, Tedi terperasan satu hal pada sebuah teksi di sebelah. Ada juga nama syarikat Kuching Hitam Teksi Sdn Bhd ek? Kalau kumpulan Gagak Hitam tu, Tedi tahulah! Macam-macam perangai manusia ni kan? Kalau Tedi nak letak nama Syarikat Tedi Oren Sdn Bhd pun mungkin boleh? Buat mereka yang tidak mengenali kumpulan Gagak Hitam yang Tedi maksudkan, boleh baca di sini " http://ms.wikipedia.org/wiki/Gila-Gila_Remaja ". Kumpulan ini merupakan watak antagonis dalam filem tersebut.

Liverpool sesat di Lebuhraya Pantai Baru

Imej
Semasa duk berasak-asak dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya Pantai Baru, boleh pula terserempak dengan sebuah kereta peminat Liverpool. Liverpool ni oleh dikatakan musuh tradisi Master dek kerana kelab yang diminati Master, Newcastle United sering dibantai oleh Liverpool ni. Tapi minggu lepas lain ceritanya apabila penyerang muda Newcastle telah membantu mereka mengalahkan Liverpool, satu kemenangan yan amat epik!

Kek Ikan kering buat mengalas perut yang lapar

Imej
Kek Ikan memang sedap dimakan terutama apabila betul cara memasaknya. Alkisahnya, pada jam 3 pagi 4 Oktober 2014, beberapa minit sebelum kami berangkat pulang ke Kelantan, Master mengadu kelaparan. Tedi pun segera menghulurkan bantuan. Tedi selongkar peti sejuk dan menjumpai Kek Ikan beberapa potong. Tanpa berlengah Tedi memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan set masa 3 minit. Apabila keluar sahaja, Tedi mendapati ia sangat kering dan mengembang macam belon. Master pula memakannya dengan terpaksa, dan berkerut-kerut. Tedi bertanya, "Kenapa Master? Tak sedap ke?" Master jawab, "Nah, rasalah sendiri." Memang tak sedap! Rasanya sungguh masin... Apa-apa pun Master tetap menghabiskan masakan Tedi tu... hehehehe... bak kata pepatah, "tiada rotan, akar pun berguna" , yang bermaksudnya jika tiada yang baik, yang kurang baik pun boleh digunakan... Atau boleh juga dinasihatkan kepada semua kawan-kawan, "jika kail panjang sejengkal, l...

Cakap Perlahan-lahan

Imej
"Tedi, mari ke sini." "Panggil sekali Encik AD" , tambah Cik D Panggilan Cik D itu agak memeranjatkan kerana memang jarang ketua kelas Tedi tu memanggil Tedi untuk sebarang perbincangan. Jika dipanggil ketua kelas, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Jika ada sebarang isu, kita boleh saja bercakap perlahan-lahan (slow talk). Lebih bagus jika disertai beberapa cawan coklat panas. Betul tak kawan-kawan? Kredit: https://www.vitamindcouncil.org/health-conditions/pneumonia/ "Saya ada hal nak bincangkan mengenai kehadiran kamu. Oleh kerana Encik AD adalah mentor kamu, maka dia saya jemput untuk turut serta dalam perbincangan ini." Tedi tersenyum. Tak sangka sama sekali ketua kelas Tedi itu akan terjebak dalam permasalahan ini. "Puan R maklumkan saya bahawa untuk bulan lepas kamu telah lewat hadir ke sekolah melebihi 3 kali. Oleh itu dia mahu saya cakap perlahan-lahan dengan kamu, untuk mengetahui mengapa kamu selalu lewat? Adakah ...

Apple tiru kami... Samsung

Imej
Kelakar betul apabila Tedi tonton iklan terbaru Samsung ini. Selain itu Tedi berasa cukup kagum bagaimana mereka dengan efektif boleh keluarkan iklan dalam masa terdekat selepas saingan mereka melancarkan produk terbaru dikenali iPhone 6 . Samsung melancarkan iklan yang mengingatkan bagaimana pasa suatu masa dahulu siri telefon  Galaxy  keluaran mereka dilabel "raksasa" dan juga "pembakar roti" dek kerana saiznya yang besar. Jika ada di antara peminat siri iPhone sebelum ini yang mengejek peminat siri Galaxy kerana saiz gergasi telefon mereka, maka kini mereka terpaksalah menelan ejekan mereka itu sendiri. Inilah orang tua kata, "Meludah ke langit, kena muka sendiri" atau "Tepuk air di dulang, tempiasnya ke diri sendiri." , bagi Tedi senang je, kalau suka sesuatu tu, berpada-pada.. kalau benci pun, berpada-pada.. kerana semua itu takkan kekal. Dalam iklan itu juga diselit "kini pesaing kami tidak menolaknya (telefon p...

AirAsia: Pesawat AK 5671 tidak terhempas di KLIA

Imej
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menafikan khabar angin pesawatnya terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Ketua Komunikasi AirAsia Berhad Aziz Laikar, berita tersebut adalah palsu dan menasihati pengguna media sosial agar tidak menyebarkannya. "Khabar angin tersebut tidak benar. Adalah lebih baik pengguna untuk tidak mengendahkan sebarang pesanan SMS dan WhatsApp yang diterima mengenai khabar angin tersebut dan berhenti dari menyebarkannya," katanya kepada Astro AWANI. Khabar angin yang tersebar sejak tengah hari semalam menyebut pesawat AirAsia penerbangan AK5671 dari Kuching telah terhempas di KLIA. Mesej itu turut disertakan imej sebuah model kapal terbang mainan yang diterbalikkan.

Projek Pasang Kabinet Dapur

Imej
Siap pemasangan kabinet dapur dengan tema warna hijau putih. Sebenarnya nak warna hijau epal tapi uncle tu masa design dia kata dia bukan designer, dia pandai kayu sahaja (kiranya old school la), jadi tiada pelan apa yang kita akan dapat pada kemudian hari. Komen pun tiada guna. # 19 Julai 2014 jam 17:44 petang hari Sabtu # 20140719 201407 # kamera telefon pintar HUAWEI H30-U10

Singa Biru, The Indian dan Pesta Buku

Imej
Tedi baru saja terjaga daripada lena. Nasib baik ada saluran HtppTV Sport HD (701), boleh layan Liga Juara-juara. Fuh, nasib baik baru jam 1 pagi, tapi macam awal sangatlah pula terjaga ni. Pagi ni ada siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-juara (Champions League) di antara pasukan Sang Singa Biru (Chelsea) dan juga The Indian (Atletico Madrid). Siaran langsung melalui siaran Hypp TV saluran Hypp Sport HD (701). Tedi tak sokong mana-mana kelab. Chelsea vs Atletico: Pakai Taktik "Parkir Bus" Lagi ? Di antara 2 (dua) kelab ini, Tedi tak sokong mana-mana, cuma Tedi teruja nak melihat percaturan taktikal Jose Mourinho (Chelsea) dan juga permainan hantaran pantas dan pendek Atletico Madrid. Tambahan Atletico pada masa sekarang menduduki tempat pertama Liga Sepanyol di atas Barcelona dan Real Madrid! Perlawanan pada jam 2.50 pagi nanti, tak tahulah sama ada Tedi yang tonton bola nanti atau bola yang tonton Tedi... Tedi cuma harap Jose Mourinho a...

Rumah jiran setaman kena pecah

Imej
Alamak! Nampaknya taman kami kini jadi sasaran pencuri. http://edisi-politik.blogspot.com/2014_03_07_archive.html Tedi pun tak tahulah kenapa mereka ini mencuri? Siapakah mereka yang mencuri ni? Kenapa mereka mencuri?  Adakah mereka tidak gerun dengan undang-undang negara kita yang berdasarkan hukuman zaman penjajah? Atau adakah kerana mereka terhimpit dengan kesusahan hidup? Atau adakah kerana mencuri itu kelihatan amat mudah bagi mereka dan tiada risiko? Kini pencuri di negara kita semakin produktif mencuri.   Rumah sewa menjadi sasaran. Kecurian semalam berlaku melalui sebuah rumah sewa yang dihuni pelajar sebuah kolej. Adatlah bagi pelajar yang menyewa ni, mereka tidak mengunci pintu pagar rumah. http://mynewshub.my/2013/12/02/suami-isteri-rugi-rm34000-rumah-dimasuki-pencuri/ Akibatnya pencuri masuk melalui pintu pagar mereka, sebelum memotong pagar dawai jiran sebelah (kepada rumah sewa tersebut) dan mencuri motosikal. Rumah ...

Sakinah di Tanjung Bidara: bahagian 1

Imej
Ini kali pertama kami sekeluarga sampai di Tanjung Bidara Setelah hampir 2 jam perjalanan dari Salak Tinggi, kami singgah makan dulu di Pengkalan Balak, satu kawasan di tepian pantai. Tak sempat pula Tedi merayau ke sekitar kerana sibuk melahap. Ini riak muka si Sakinah kalau ada sesiapa yang dia tak berapa nak ingat, cuba mendukungnya. Ini lauk Asam Pedas Melaka, tapi Tedi tidak berasakan sebarang kepedasan sama ada secara harfiah atau badaniyah. Apa Tedi cakap ni? Kami dapat chalet yang berhadapan dengan laut, bolehlah kami meninjau kapal yang lalu di Selat Melaka. Chalet yang disediakan mengandungi 3 bilik, 2 tandas, ruang tamu dan tiada dapur. Lorongnya pula adalah jalan mati jadi kenalah berundur selalu. Budak yang tak comel ni suka sangat main air liur... tak fahamlah Tedi...

La tahzan dan tawakkal

Imej
Siri bercakap dengan Allah subhanahu wa ta'ala. Master kata, Allah sentiasa berkomunikasi dengan kita. Sebab itu Allah bagi kita agama, supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya dan menjadikan agama itu sebagai panduan. Banyak cara Allah berkomunikasi dengan kita, cuma kita tidak sedar. Suara muadzin atau bilal melaungkan azan contohnya, adalah panggilan Allah untuk kita menghadap-Nya. Kuliah agama adalah salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah subhanahu wa ta'ala. http://matematikacerdas.wordpress.com/2009/12/10/kumpulan-ceramah-dan-kultum/ Suara khatib berkhutbah, atau ustaz berceramah, adalah peringatan Allah kepada kita melalui hamba-hamba-Nya yang mewarisi tugas kenabian. Dan tentunya ayat-ayat Allah sendiri, yang disampaikan melalui Rasul-Nya, yang menjadi mukjizat dan terpelihara sehingga kiamat, ayat al-Quran adalah pembimbing paling baik dan terulung, dijelaskan lagi melalui hadith-hadith Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam. Malangny...

MH 370 dirampas?

Imej
Berdebar Tedi tunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijangka berlangsung seketika nanti. Ini adalah kerana AP melaporkan ada sumber daripada pegawai Malaysia yang memaklumkan bahawa MH 370 sebenarnya dirampas. Perampas itu pula mempunyai kemahiran penerbangan yang tinggi kerana berjaya mematikan transponder dan terbang mengelakkan radar. Ini mungkin jawapan kepada persoalan Tedi sebelum ini. Tapi pegawai itu memaklumkan tiada sebarang tuntutan rasmi atau pengakuan daripada mana-mana pihak. Kita tunggu apa kata Perdana Menteri. Sumber:  http://www.huffingtonpost.com/2014/03/14/missing-plane-probably-hijacked_n_4968532.html

Tedi di Medan: Makan di Restoran Ayam Pop

Imej
Restoran Ayam Pop adalah restoran masakan Minang. Masuk bulan ni dah hampir setahun kami ke Medan. Tengok foto-foto lama ni teringat cerita di sana. Gambar di bawah ini ketika kami di malam terakhir di Medan, pada waktu Maghrib selepas seharian berjalan di bandar Medan, singgah makan malam di sini.   Apa yang perlu diketahui semasa di sana, kedai makan selalunya akan hidangkan banyak lauk-pauk di atas meja.  Mereka akan kira apa yang kita usik, jadi kalau rasa nak cuit sikit-sikit tu bolehlah fikir 4-5 kali, takut melopong semasa bayar.  Lainlah kalau harga makanan itu telah ditampung oleh pihak ejen, ketika inilah rasa bertuahnya kerana ambil pakej, tak payah pening-pening fikir pasal bayar makanan. Tengok sahaja bangunannya dah tahu Restoran Ayam Pop ini ada kelasnya, jadi mungkin gerun sikit nak menjejakkan kaki ke dalamnya. Kecuali bagi mereka yang urban, kedai macam ni biasa-biasa sahaja. Seperti biasa kedai Minang akan menggunakan bu...

Gambar Minggu Ini #140211

Imej
Sungguh tak sangka pasukan yang mendahului Liga Perdana Inggeris ketika ini boleh diratah seperti kambing golek. Adat permainan, ada menang, ada kalah, ada seri. Ada gembira, ada sedih. Ada mendabik dada, ada yang tertunduk kecewa. Gila tak percaya. Tedi pun tak percaya! Master pula gelak sakan melihat keputusan yang dipaparkan, kalah menonton Maharaja Lawak Mega! Rata-rata nama pemain Liverpool tidaklah Tedi kenali, tapi kehebatan mereka tidak boleh disangkal lagi. Bergembiralah selagi boleh! Nikmatilah kemenangan ini sementara ada. Adakah Brendan Rodgers kini lebih hebat melangkaui kehebatan Arsene Wenger? Pertembungan 2 perancang taktikal menyerang. Erm, cantik juga logo ni...

Harta yang dikuasai tidak semestinya milik kita.

Imej
Alhamdulillah, Tedi sempat terbaca Surah al-Hadiid pada hari semalam. Surah ke-57 dalam al-Quran ini menjadi pilihan Tedi untuk dibaca kerana tiba-tiba sahaja Tedi semangat Hari Kebangsaan (31 Ogos 1957). Surah ini bermaksud Besi. Sebabnya Tedi tiada kaji. Tedi cuma nak sentuh tentang satu ayat kali ni. (57:7) Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian daripada hartanya memperoleh pahala yang besar.  Cikgu Tedi pernah berpesan bahawa harta yang kita pegang ni bukannya milik kita. Harta itu akan menjadi milik kita jika kita nafkahkan ke jalan Allah subhanahu wa ta'ala kerana itu sahaja yang akan menjamin manusia di akhirat kelak. Selain itu, harta itu mungkin akan mengalir ke tangan Ah Chong ka, Muthu ka, Goerge ka, Abu ka dan sesiapa sahaja. Kita hanya memegangnya buat sementara. http://blogmedia-info.blogspo...

Semua serba tak kena

Imej
http://www.cnet.com.au/canon-eos-550d-339300886.htm Nak kosongkan kad memori kamera DSLR CANOS EOS 550D, dapat mesej "path too deep" pula dah. Nak tolong Master sediakan laporan yang diperlukan bos beliau, Microsoft Excel pula tak boleh baca. Ujian sungguh. Nampaknya tak tidurlah pagi ni. Berjagalah nampaknya sehingga masa ke lapangan terbang nanti.

Lelaki dituduh melapah dan memasak kucing perliharaan

Imej
Cuba masak kucing bersama bawang Terbakar hati Tedi ini apabila membaca laporan berita mengenai tindakan seorang manusia lelaki di Monticello yang sanggup melapah kucing perliharaan beliau sebelum dimasak bersama bawang. Kiranya dia mencuba resepi kucing masak bawang. Cody Alexander Mann yang berusia 28 tahun itu kini dalam tahanan dan menghadapi tuduhan feloni keganasan dan penderaan haiwan. Bapa beliau dilaporkan telah menghubungi polis apabila dia mengungkapkan komen-komen pelik, manakala pengurus apartment pula menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan bau terbakar dari apartment beliau. Pihak polis bergegas ke sana dan mendapati Mann berada di dalam, dan dia segera mengakui membunuh kucingnya sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dimakan. Pegawai bertugas menemui bangkai kucing di dalam ketuhar, manakala kulit kucing yang malang itu ditemui dalam peti sejuk. Tub mandi Mann pula dipenuhi darah dan bulu, di mana sebilah pisau stik ditemui di sana. Mann dib...

Tukar logo Kedah FA tiada kaitan dengan Vincent Tan

Kedah FA menukar logonya daripada tema hijau kuning kepada warna merah dengan maskot Lang Merah. Penukaran logo ini dikaitkan dengan tajaan Vincent Tan sebanyak RM 2 juta. Vincent Tan pernah menimbulkan kemarahan penyokong Cardiff City yang dimilikinya apabila menukar logo dari tema biru BlueBird kepada tema merah Red Dragon, siap ada naga lagi gantikan burung yang menjadi icon Cardiff City. Adakah ini hanya kebetulan? Tipulah kebetulan, hahaha. Penukaran logo Kedah FA ini dikatakan sebagai simbol perubahan gaya permainan Kedah FA yang akan lebih bersifat ke-helang-an. Sebelum ini Kedah lebih dikenali sebagai Sang Kenari, malangnya maskot itu akan digantikan oleh Helang Merah. Kalian boleh baca keratan berita di bawah. Logo baharu KFA tiada kaitan pemilik Cardiff City SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar hari ini menegaskan penggunaan logo baharu yang diputuskan dalam kongres KFA 18 Dis lepas tiada kaitan dengan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana ...

Midori

Imej
Pencarian pelayar web sumber terbuka kini bermula... Kebelakangan ni Tedi sibuk mencari, memuat turun dan mencuba mana-mana pelayar web di atas platform sumber terbuka yang sesuai dengan notebook  antik milik Tedi ni. Bukannya apa, Microsoft Internet Explorer yang ada pada Windows XP ni dah berkurun usianya, manakala Mozilla Firefox untuk XP pun macam tak berapa nak best, tinggallah Google Chrome meninggalkan jauh pesaingnya. Hari ini Tedi mencuba pelayar web Midori. Setakat ni memang agak teruja mencubanya kerana kelihatan platformnya amat berbeza jika dibandingkan dengan pelayar web komersial. GUI atau graphic user interface  atau antaramuka penggunanya pun nampak sangat lain. Tapi persembahan saja tidak memadai, kena tengok prestasi juga. Kelajuan pelayaran web nampak macam agak perlahan, lebih kurang macam Apple Safari. Dan bila Tedi tengok logo pada taksbar, memang nampak macam logo Safari. Kita cuba dulu... Kalau nak cuba, bolehlah rujuk  http://a...

Popular