Sekali-sekala nak juga Tedi jadi pemerhati politik.

Sekarang ni telinga Tedi yang besar ni tersumbat oleh berita-berita berbaur politik. Semuanya berkenaan Pilihanraya Kecil di Kuala Besut. DUN atau Parlimen ek?

Jap, Tedi Bing.com dulu.

....
Jumpa gambar ni sekeping yang ada ayat N01, maka sah pilihanraya ni untuk DUN (Dewan Undangan Negeri).
Tedi curi gambar di: "
PRK Kuala Besut mesti dikendali ‘SPR baru’"

Tedi tak berapa gemar sebut PRK ni, sebab ada iras-iras PKR (Parti Keadilan Rakyat)... errr... acah je... Tedi tak kisah parti mana pun asalkan mereka jaga kebajikan haiwan-haiwan di Malaysia ni. apa kata kita bagi singkatan baru kepada Pilihanraya Kecil ini?

Pilihanraya Kecil kalau disingkatkan kepada:

  • PiRaCil, macam nama ikan Piranha la pulak.
  • PiRaKec, tak gemar la Tedi bunyi "kec" tu.
  • PiRaK, ok gak ni. Kalau Pilihanraya Umum jadilah PiRaU
Erm, bila Tedi fikirkan semula, PRK tu pun ok je.. hehe.

Rakyat Kelantan nasihatkan rakyat Besut jangan ikut jejak langkah mereka.


Geli ketiak Tedi apabila terdengar Berita RTM 1 malam tadi. Beberapa orang pakcik dan makcik "daripada Kelantan" menasihatkan agar jangan mengikut jejak langkah mereka yang telah silap memilih pemimpin. Salah seorang daripada mereka menyalahkan pengundi muda yang secara semberono mengundi PAS (Parti Islam Se-Malaysia).

Dengar tu pengundi muda, kalian telah membuatkan pakcik makcik tu bersedih dan terkilan kerana disebabkan kalian mereka tidak dapat menikmati pembangunan.

Isu pembangunan akan menjadi faktor utama & Rakyat Kuala Besut pastinya melihat hanya kerajaan BN sahaja yang mampu menyediakan pembangunan mapan di kawasan itu.Curi gambar di: "Pembangunan Infrastruktur 2013"

Tedi meramalkan BN akan menang mudah dalam PRK Kuala Besut.

Sebagai pemerhati bebas yang sebenar-benarnya bebas, Tedi meramalkan bahawa BN (Barisan Nasional) akan menang mudah kali ini. Kenapa? Tedi ambilkira sebab yang utama sahaja...
  1. Kerajaan Persekutuan adalah di bawah BN
    1. Rakyat Kuala Besut tentunya berfikir, jika Kerajaan Negeri Terenganu tidak sama dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia, maka proses komunikasi di antara kedua-dua pihak akan terganggu.
    2. Kalau mereka undi PAS, pastilah mereka takut kerajaan BN takkan fokus majukan kawasan mereka. Kerana mereka sudah sedia maklum perangai BN.
  2. Kuala Besut jadi tumpuan.
    1. Rakyat Kuala Besut sedar mereka kini jadi tumpuan dan mereka ada power. Mereka boleh minta apa-apa sahaja! Kepada siapa yang mereka boleh minta? Tentulah kepada Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN.
    2. Sekarang pun dah nampak kerajaan percepatkan projek-projek di Kuala Besut. Beruntung orang Kuala Besut, pada masa inilah.
Itu sahajalah yang Tedi terfikir. Tadi macam banyak, lupa lak, hehe.

Oklah, Tedi nak sambung berhibernasi.