Wah, kayalah Tedi kalau senang2 macam tu.

Pakcik JENNIFER REYNOLDS Chris Reynolds menjadi manusia terkaya di dunia apabila akaun PayPal beliau menunjukkan baki $92 quadrillion.

Seorang pakcik bernama Chris Reynolds terkejut apabila menerima satu email daripada PayPal pada hari Selasa lalu (semalam la tu).

Kenapa dia terkejut? Sebab penyata bulanannya menyatakan bahawa akaunnya mempunyai baki $92 quadrillion!

Apa itu 92 quadrillion? 92 quadrillion ialah 92 dengan 15 digit 0 selepasnya, atau dalam bahasa mudahnya $92,000,000,000,000,000. Jumlah itu akan menjadikannya sebagai manusia terkaya di muka bumi. 

Jumlah sebenar yang tertera pada akaun pakcik itu ialah $92,233,720,368,547,800.

Namun itu hanyalah anganan semata, apabila pakcik itu me-login ke dalam akaun PayPal beliau, hanya baki $0.00 yang tertera.

Pakcik, saman je PayPal tu sebab memperkotak-katikkan pakcik sesuka hati. Jangan risau, Tedi backup pakcik.

Pakcik itu sempat bergurau, kalau dia ada duit tu, dia akan bayar hutang negara.

Baca di sini untuk komen beliau yang lebih lawak dan jawapan pihak PayPal di atas "tragedi" ini, "Delco man has colossal credit."