Langkau ke kandungan utama

Mimpi ngeri... sungguh ngeri!

Terkejut Tedi awal pagi tadi.

Semuanya gara-gara sebuah mimpi.
Gambar Teddy Bear sedang bermimpi dalam tidurnya
Tedi nak mimpi indah2 jer... mimpi ngeri Tedi tak suka.
http://www.desiglitters.com/glitters/bear/page/8/

Ceritanya (mimpi Tedi tu la) begini.

Tedi berjalan2 di suatu tempat. Tempat itu sesak dengan kaum manusia.

Mereka berpakaian colorful hijau merah. Mereka kelihatan sangat gembira.

Mereka bersorak riang gembira, sungguh riuh-rendah suasana di situ.

"Apa yang mereka sorakkan?", terdetik persoalan di hati Tedi.

Puas Tedi cuba fahamkan.

Tedi pun dengan susah-payah merempuh lautan manusia itu.

Hampir kelemasan Tedi dibuatnya, apabila terpaksa menyedut bau badan mereka.

Usaha gigih takkan kenal erti jerih. Tedi berjaya sampai di hadapan.

"Alamak, ada tembok la pulak!", gerutu Tedi setelah melihat halangan seterusnya iaitu tembok setinggi 1 meter.

Tedi panjat. Sungguh susah. Benarlah perjuangan itu tidak mudah!

Akhirnya Tedi berjaya. Lihatlah dunia!!! Tedi berjaya!!!

Tedi pandang ke hadapan, Tedi nampak pasukan kebanggan Tedi, Harimau Malaya sedang beraksi.

Tedi senyum. Kemudian seorang pemain berjersi hijau merah berlari pantas dengan bola di kakinya, menuju gawang gol Malaysia.

 

Gol... Malaysia 0 - 9 Bangladesh.

Gambar Malaysia dibelasah Bangladesh 0-9
Malaysia 0 - 9 Bangladesh? Takde kaki ker???
http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com/2012/11/keputusan-perlawanan-malaysia-vs.html

Apa???

Tedi terus terjaga. Sungguh ngeri mimpi itu.

Semoga ia takkan pernah menjadi kenyataan!

Gambar teddy bear menimang sebiji bola
http://www.ebay.com/itm/Cute-Soccer-Ball-Kicking-Playing-Teddy-Bear-White-T-Shirt-SALE-/200658081266

Tapi Master pernah pesan, mimpi buruk jangan cerita kat orang.

Tedi tak kisah pun, sebab Tedi citer ke kawan2 Tedi je pun, bukan citer ke orang pun.

9 Mei 2013

Ulasan

Kiriman Berkaitan