Jenuh Tedi nak menyusun gambar kenangan Mommy dan Master bersama Tok Ma dan Maksu serta dua orang kawan Mommy semasa mereka bercuti di Medan.

Tambahan pula kamera yang Master gunakan iaitu Cameron EOS 500D tiada GPS jadi kita akan susah nak tahu di manakah gambar itu diambil? Nasib baik Master mempunyai tabiat pelik iaitu suka ambil gambar papan tanda.

Cerita kali ini adalah pengalaman mereka berada di Parapat di Danau Toba di Sumatera Utara di Medan di Indonesia, di mana mereka menginap di Siantar Hotel Parapat.

Daftar Masuk Siantar Hotel Perapat

Gambar: Mula nampak papan tanda Siantar Hotel Parapat.
Kamera: Canon EOS 500D.
Bila: 2013-03-22-17:16 hari Jumaat

Sebaik sahaja mendarat dari van yang kami naiki, wow... tak terkata melihat keindahan alam ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala.

Gambar Tasik Danau Toba dari Siantar Hotel Perapat.
Pemandangan yang menyambut kami sebaik sahaja tiba di Siantar Hotel Parapat. Beruntung warga Indonesia dikurniakan keindahan alam seperti Danau Toba ini.
# Gambar: tasik, bot laju, masjid
# 22 Mac 2013 jam 17:17 petang hari Jumaat # 20130322-medan (147)  # Canon EOS 500D
# Siantar Hotel Parapat, MWCP+53 Parapat, Simalungun, Sumatera Utara, Indonesia
gambar kaunter Siantar Hotel Perapat, Danau Toba, Indonesia.
Kembara Medan 22-03-2013
Mendaftar masuk ke Siantar Hotel Parapat setelah tiba dari Medan.
# Teks: Selamat Datang di Siantar Hotel Parapat
# Gambar: Kaunter
# Bila: 2013-03-22-1721 hari Jumaat # Kamera: Canon EOS 500D
# Lokasi: Danau Toba, Sumatera Utara, Indonesia

Dah daftar masuk hotel, tentunya nak baring-baring rehatkan badan dan minda. Hari pertama di sana, tiada aktiviti sangat untuk dilakukan. Tetapi suasana hotel di tepi Danau Toba dah cukup menenangkan.

Makan Malam di Istana Minang 2

Gambar Paradep Taxi di Jl. Sm. Raja, Tiga Raja
Kembara Medan 22-03-2013. Gambar teksi beroda 3. Macam tak stabil nampak gayanya. Paradep Taxi ni berhadapan dengan Restaurant Istana Minang 2 yang kami singgahi. Tedi tengok kereta sewanya itu macam comel sangat. Paradep Taxi ni kalau Google memang banyak cawangannya. Mungkin mereka tawarkan khidmat kereta sewa.
# Teks 1: Paradep Taxi. P.Siantar Taruntung. # Teks 2: tempel tubeless# Teks 3: Jl. Sisingamangaraja.
# 22 Mac 2013 jam 21:16 malam hari Jumaat
# 20130322-medan (179) # Canon EOS 500D
# Lokasi: Jl. Sm. Raja, Tiga Raja, Girsang Sipangan Bolon, Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara 21174, Indonesia

Pada waktu malam tentulah nak cari makan malam. Supir membawa kami ke Restaurant Istana Minang 2. Walaupun namanya masakan Minang tapi langsung tak pedas macam masakan Negeri Sembilan di Malaysia. Kecewa Master dibuatnya.


Teks: Restaurant Istana Minang 2, menerima pesanan nasi kotak atau makan borongan tour. Pengusaha: Hj Yurlinda. Parapat Danau Toba telefon 062541051.
Lokasi: Jl. Sisingamangaraja No.72, Naga Huta, Siantar Marihat, Kota Pematang Siantar, Sumatera Utara 21114, Indonesia.
Bila: 2013-03-22-2117 hari Jumaat

 Di bawah ni Tedi benamkan peta pemandangan di sekitar Rumah Makan Istana Minang 2. Sekejap nombor 62 sekejap 72 Tedi pun tak pasti. Tengok nanti lagi sepuluh tahun entah dah naik bangunan tinggi di kawasan ni.

Sabtu, 23 Mac 2013

Aktiviti hari Sabtu adalah lawatan ke pulau di Danau Toba. Cerita mengenai lawatan ke pulau Danau Toba tu Tedi akan ceritakan dalam kiriman lain sebab kiriman ini untuk di Parapat sahaja.

Kita boleh menaiki feri dari jeti di Siantar Hotel Parapat ni. Tapi nak kena tunggu orang lain datang ke jeti tersebut untuk naik feri, maka kita kena tunggu dan sambil itu kita bersarapan dan berjalan-jalan tapi tak jauh sangatlah.

Gambar: Bot penumpang di jeti.
Kamera: Canon EOS 500D.
Bila: 2013-03-23 jam 07:57 pagi hari Sabtu.
Lokasi: Siantar Hotel Parapat, Danau Toba, Sumatera Utara, Indonesia.