Catatan

Pasang autogate di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Sejak Master berpindah pejabat ke Cyberjaya di negeri Selangor Darul Ehsan di negara Malaysia yang tercinta ini, bermulalah jadual baru dalam kehidupan keluarga kami. Pada waktu pagi Master akan menghantar Aina dan Aidan ke pusat asuhan. Pada waktu petang pula Mummy akan menjemput Aina dan Aidan dari pusat asuhan. Mummy mengadu susah nak buka pintu pagar sambil tinggalkan anak-anak dalam kereta. Maka bermulalah episod mencari tukang pasang pintu pagar automatik (autogate) untuk rumah kami. Akhirnya pada 20200929, rumah kami dilengkapi dengan pintu pagar automatik. Memudahkan urusan keluar masuk rumah terutamanya ketika hujan. Kos pemasangan ialah RM 1500 (satu ribu dan lima ratus Ringgit Malaysia). Motor elektrik pintu pagar automatik (autogate) yang dipasang di rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Ini gambar tanpa cover iaitu penutup yang melindungi motor elektr...

Aina Jumpa Pakar Jantung Kanak-Kanak Hospital Serdang

Imej
Karangan ini berkenaan temujanji bayi Nor Aina dengan pakar jantung kanak-kanak di Hospital Serdang yang telah ditetapkan pada jam 9 pagi tadi. Tempat Letak Kereta Terhad Mengambil Nombor Panggilan Bertemu Doktor Pakar Kardiologi Bertolak ke Hospital Serdang Kami bergerak ke Hospital Serdang dari Sepang pada jam 8 pagi. Perjalanan kami merentasi Jenderam, Jalan Md Zain, Persiaran Selatan hala Alamanda, kemudian masuk ke SKVE dan keluar di susur keluar Hospital Serdang (T). Tempat Letak Kereta Terhad Pada masa itu jam baru 8.30 pagi, agak cepat kami sampai kerana sekarang adalah musim cuti sekolah, tetapi kereta-kereta telah kelihatan berderet-deret diletakkan di tepi dan di tengah jalan besar... jalan besar tau, bukan jalan kecil. Apakah semua ini? Hospital Serdang punyalah besar tapi tempat letak kereta bertingkat tiada. Secara resamnya, tempat letak kereta bertingkat pasti akan dibina nanti apabila pulangan keuntungan daripada pembinaannya adalah positif. Master turunkan ...

Pemergian yang tidak disangka

Imej
Ini mungkin satu imbauan, buat diri Tedi sendiri, buat semua. Ajal takkan alpa, menanti masa menjemput kita. Kerana dia turuti perintah Tuhan-Nya, mentaati peraturan dan rencana-Nya. Hari ini mungkin hari berduka, bersedih, bergundah-gulana buat dirinya. Tatkala mendengar pemergian suami yang tersayang, sedangkan baru beberapa minit sahaja berpisah jalan. Nun di sisi jalan sana, tatkala dilewatinya, ketika dalam destinasi ke tempat kerja. Terlihat seorang lelaki menggelupur dikerumuni orang ramai, penangan kecelakaan jalanraya, ketika menunggang motosikalnya ke tempat kerja dengan niat menyara keluarga. Dilihatnya namun tiada dia berhenti, kerana perlu hantar adiknya ke Terminal Bersepadu Selatan di tengah kota. Namun sampai saja di sana, apabila diperiksa telefon pintarnya, berita sedih yang menanti. Lelaki yang menggelupur tadi, yang dilewati tadi, adalah suaminya sendiri. Jarang Tedi mencoret berkenaan mati. Jarang sekali. Pernah sekali Tedi coretkan "Tiga pemergian...

Aina patut masuk wad

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.   Ini adalah karangan mengenai aktivita harian kami sekeluarga untuk tarikh 16 April 2018.   Sekali lagi ke Klinik Dr. Siti Kota Warisan Gambar kaunter di Klinik Siti di Kota Warisan Semalam sekali lagi kami ke klinik Dr. Siti di KIP Sentral di Kota Warisan di Sepang di Selangor di Malaysia. Tujuan utama kami adalah untuk bawa Nor Äina ambil neb kerana ada bunyi kuat ketika di bernafas. Doktor yang memeriksa Nor Áina menyatakan bahawa bayi berusia setahun sebulan itu patut dibawa ke hospital dan ditahan di wad untuk periksa bunyi seperti jangkitan kuman di paru-paru sebelah kiri. Bunyi whizzing di sebelah kanan pula kedengaran reda setelah Aina ambil neb. Aina menangis bersungguh-sungguh kali ini semasa ambil nebulizer dan kelihatan hingus pekat banyak keluar daripada hidungnya. Adakah perlu beli neb? Mungkinkah n...

Aidil puji ketangkasan Azri

Imej
KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Kedah FA, Aidil Sharin Sahak memberikan pujian kepada seluruh pemainnya terutamanya penjaga gol muda, Muhammad Azri Ghani yang menjadi tulang belakang kepada kemenangan ke atas Melaka 1-0 sekali gus berjaya melonjak ke tangga kedua CIMB Liga Super Malaysia 2020 . Selepas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih trofi CIMB Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut pada Jumaat lalu, perebutan naib juara kini menjadi perhatian dengan Kedah FA kembali merampas kedudukan daripada Perak FA yang sekarang menduduki tangga ketiga dengan perbezaan satu mata sahaja. Sudah pasti dengan kemenangan ke atas Melaka semalam akan memberikan kelebihan kepada Kedah yang hanya memerlukan satu mata sahaja lagi dalam perlawanan terakhir berdepan Perak, Sabtu ini untuk mengesahkan slot ke Piala AFC 2021 . Bagaimanapun, Aidil menyifatkan aksi menentang Melaka semalam begitu sengit dengan percubaan bertali arus daripada lawan yang berusaha menyamakan kedudukan, t...

Kamera digital pertama dunia ambil gambar 0.01 megapiksel

Kamera digital pertama dunia dicipta pada tahun 1975. Ia hanya mampu ambil gambar dengan resolusi 0.01 megapiksel berwarna hitam putih. Kamera itu mengambil masa selama 23 saat untuk menangkap 1 gambar yang kemudiannya disimpan ke dalam pita magnetik. Berat kamera digital pertama dunia itu adalah 4 kilogram. Ia dibina oleh jurutera Kodak bernama Steven Sasson dengan menggunakan barang-barang buangan daripada barisan pembuatan syarikat itu. Jenuh kalau nak bawa kamera seberat begitu ke sana ke mari, kan? Agak mengkagumkan juga kamera digital pada zaman sekarang boleh dibawa di dalam poket. 20160707

Aina di Sushi King Bangi Gateway

Imej
Yeah, hari Rabu yang lalu kami ke Bangi Gateway. Perkara pertama kami lakukan di sana adalah makan sushi 🍣 di restoran Sushi King Bangi Gateway. Banyak rupanya tempat makan di Bangi Gateway ni, kami sahaja yang tidak tahu. Mommy ajak makan sushi di restoran Sushi King itu sebab Sushi King Malaysia ada hantar tawaran makan sushi kaiten dengan harga RM 3 ( tiga Ringgit Malaysia sahaja ) bagi setiap set sushi kaiten. Sushi kaiten bermaksud sushi peluru berpandu dalam Bahasa Malaysia atau metafora kepada sushi yang dihidangkan di atas conveyor belt secara makanan segera. Sushi King di Bangi Gateway agak kecil jadi ketika itu memang ramai orang beratur menanti giliran. Selepas makan kami menunaikan solat Maghrib dan Isya di surau di sana yang terletak di luar Mr DIY. Selepas solat Isya kami mencari baju Melayu Master tetapi harga baju Melayu di Bangi Gateway paling murah adalah RM 179 ( satu ratus dan tujuh puluh sembilan Ringgit Malaysia sahaja ). Tak berbaloi bagi baju yang mungkin dipak...

Popular