Catatan

Diablo 2 Necromancer Penyeru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Necromancer adalah salah satu binaan yang paling menyeronokkan dan paling selamat dalam permainan Diablo 2, terutamanya jika anda memilih untuk menggunakan taktik penyeru ( summoner ). Ini kerana saka anda yang diseru akan melawan atau menahan serangan daripada raksasa untuk anda. Peluang untuk anda terkena serangan raksasa hampir tiada. Tidak kira apa tahap kesukaran seperti Normal, Mimpi Ngeri (Nightmare), ataupun Neraka (Hell), pembangun summoner akan melalui seluruh permainan dengan sedikit kesukaran, walaupun memerlukan masa dan kesabaran untuk melakukannya. Tambahan lagi summoner tidak terlalu bergantung pada peralatan uber untuk memenangi permainan. Anda masih dapat menyelesaikan permainan dengan peralatan yang buruk, walaupun peralatan Uber akan meningkatkan keupayaan membunuh anda.   Apakah itu Necromancer? Necromancer adalah seseorang yang mengamalkan ilmu ...

Tedi ke Taman Desa Medical Centre

Imej
Semalam ambil surat tawaran kerja, hari ni bereskan pemeriksaan kesihatan. ,  Bergegas ke Taman Desa Medical Centre , Ujian darah dan air kencing ,  Imbasan X ,  Sarapan pagi di Restoran Suraya ,  Periksa tekanan darah lagi, dan lagi . Semalam ambil surat tawaran kerja, hari ni bereskan pemeriksaan kesihatan Semalam kan Master pergi ambil surat tawaran kerja di Touch 'N Go yang terletak di Bangsar South .  Selain itu Master disuruh buat pemeriksaan kesihatan di Taman Desa Medical Centre yang bertempat di Jalan Desa . Mommy ada team building di Gambang. Aktiviti seperti ini bertujuan membantu sesebuah kumpulan kerja membina kesefahaman dan semangat bekerjasama. Memandangkan keseluruhan proses akan mengambil masa 2 jam, kami bergerak ke destinasi sekitar jam 7 pagi. Kami singgah sebentar di Menara TM atau Menara Rebung untuk menghantar Mommy yang ada team building di Kuantan sepanjang 2 hari ni.   Bergegas ke Taman Desa Medical Cen...

Hantar Mommy ke Jazeerat El-Rahah, Bandar Baru Bangi

Imej
Sudah lama Mommy cari saloon rambut Muslimah di sekitar rumah. Saloon yang terhampir adalah di Bangi, mungkin susah nak cari saloon rambut muslimah ni sehinggakan kami terpaksa ke Bangi pula. Bangi adalah suatu kawasan yang agak kurang Master kenali dan jelajahi, jadi jalan di sana Master kurang ngerti. Pada mulanya kami set ke Hajaba, kerana dalam peta Jazeerat El-Rahah tu ada disebut pasal Hajaba. Semasa Mommy telefon pun mereka sebut pasal Hajaba. Sebenarnya sebelum itu Master cuba set Waze ke Jalan Seri Bangi 8/35, namun Waze tak kenal, maka kami terpaksalah berpandukan kepada Hajaba. Ini peta yang kami gunakan yang menyebut Jazeerat El-Rahah ni berada di 55-1 Jalan Seri Bangi, 8/35 Bandar Baru Bangi. Beberapa landmark adalah HAJABA dan MFC selain Kompleks PKNS.   Apabila set ke HAJABA, kami dihantar ke Jalan 8/5, bukan Jalan 8/35. Master terpaksa periksa Waze semula dan cari peta secara manual kerana ternyata apa yang ditunjuk dalam Waze itu adalah pals...

Kerja sekolah masih belum siap

Imej
Pagi ini cadangnya Tedi nak pinjam komputer riba Mommy untuk siapkan kerja sekolah yang tertunggak. Kalau boleh, Tedi tak mahu tidur, dan kemudian esok boleh tolong Mommy kemas rumah. Mommy pun demam sekarang ni. Tapi tiba-tiba rasa macam tak larat pula untuk siapkan kerja sekolah Tedi tu... rasa mengantuk sangat... Tengoklah, kalau paksa pun, idea takkan hadir, tapi yang pasti hari Isnin cikgu nak kerja sekolah Tedi tu siap. 20141019

Putera Katak pakai cermin mata

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Putera Katak. Gambar kanak-kanak lelaki bernama Aidan sedang bermain dengan cermin mata milik Master berwarna hitam dan oren. Umur Aidan pada masa ini ialah 1 tahun 5 bulan dan 3 hari. # Sunday, 1 November 2020, 15:22 # IMG20201101152217.jpg # Gambar dirakam menggunakan kamera elefon pintar OPPO Reno2 # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Apple Safari VS Google Chrome

Imej
Kedua-dua pelayar web ini saling bermusuhan? Itu rumusan yang Tedi dapat buat apabila komputer riba milik Tedi asyik tersekat apabila Tedi gunakan kedua-dua pelayar ini serentak. Jadi Tedi pun ambil keputusan untuk buang salah satu daripada mereka. Tentunya Tedi akan memilih untuk terus mengekalkan Google Chrome kerana Tedi amat gembira dengan barisan extension  yang mereka ada. Encik Bojan menguji kedua-dua pelayar web ini di atas Mac OS X keluaran Apple, manakala Tedi menggunakan mereka di atas komputer riba yang sudah usang. Jadi Tedi lebih terasa pelayar mana yang lebih menyeksakan ketika digunakan. Walaubagaimanapun Apple Safari memang mempunyai paparan yang menarik. http://alphaefficiency.com/os-x-browsers-wars-which-browser-is-the-fastest-on-mountain-lion/ Ketika nak uninstall  Apple Safari pun, tiba-tiba sahaja keluar mesej meminta Tedi menutup pelayar Google Chrome yang sedang digunakan! Apakah kaitan di antara kedua-dua pelayar internet ini sehingga T...

Berapa liter minyak untuk 1 kilogram muatan?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tedi tertanya-tanya untuk setiap kilogram barang yang dimuatkan ke dalam kereta kami, apakah kesannya kepada penggunaan minyak petrol? Maka Tedi mulalah mengkaji dan mengkaji.   1 kg berat guna 0.2 liter minyak per 1000 km Analisis empirikal menunjukkan bahawa purata 0.2 liter bahan bakar diperlukan untuk mengangkut 1 kg berat pada jarak 1000 km. Selain itu tambahan 0.02 hingga 0.03 liter bahan bakar per 1000 km digunakan untuk setiap kg berat yang ditambahkan. Ini dikenali sebagai kadar bakar bahan bakar marginal ( MFB: marginal fuel burn ). Jadi kalau dikira secara kasarnya, mungkin berat 1 kilogram hanya gunakan 0.0002 liter minyak petrol untuk 1 kilometer? Bagaimana beban mempengaruhi penggunaan bahan bakar? Erm macam tak banyak tu, tapi tu bari 1kg. Bayangkan kalau 10 kilogram? Tapi bagaimana pula berat barang yang dibawa boleh mempengaruhi penggunaan minyak? Se...

Popular