Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

[t21l31] Lukisan Haiwan Gajah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aina dan Aidan selalu meminta Master melukis gambar haiwan, jadi Master perlulah mencari gambar lukisan haiwan mudah untuk dijadikan rujukan. Kalau nak lukis yang complicated memang Master tidak berbakat. Oleh itu sebagai rujukan pertama, Tedi hidangkan koleksi gambar lukisan gajah yang mudah untuk ditiru MAster. Lukisan Gajah Minimalis dari PinClipart Sumber:  How To Draw Cute - Minimalist Elephant Drawing Clipart (#4864886) - PinClipart   ~20211231~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t17b18] Maksud Aisya Aisyah Aishah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas  lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh  kumpulan munsyid UNIC sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya ? Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?   Nama Aisyah atau Aisya tiada maksud? Pada permulaan pencarian Tedi kepada jawapan kepada persoalan tersebut, memang tiada maksud bagi nama Aisya ni, yang ada ialah Aisyah yang bermaksud " hidup bahagia ". Aisyah artinya "hidup bahagia" Namun biasalah bagi rakyat Malaysia ni, mungkin nama Aisyah tu tidak kedengaran moden maka mereka menghampirkanlah nama Aisya kepada Aisyah. Mungkin mereka takut anak mereka nanti dipanggil Ecah , tapi yang kelakarnya Mommy panggil kawan dia Ecot . Ish ish ish. Berita baik bagi mereka kerana Aisya mempunyai maksud lain iaitu "penuh semangat" dan ia...

[t21l23] Cuci rumah Uncle Amer yang dilanda banjir

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Dipendekkan cerita rumah Uncle Amer telah dilanda banjir. Uncle Amer adalah kawan sesyarikat Mummy, jadi kawan-kawan sekerja beliau telah datang membantu mencuci rumahnya itu. Master pun turut membantu sambil bawa komputer riba takut-takut bos telefon minta bantuan. Mujur pada hari itu Master tidak ada kes besar yang memerlukan perhatian khusus. Aidan dan Aina pula ke Taska tetapi turut dibawa ke rumah Uncle Amer sebaik sahaja habis sesi pertaskaan mereka. Keadaan dalam rumah Uncle Amer ketika kami tiba di tempat kejadian. Master tanpa banyak bicara angkat sahaja apa yang boleh diangkat keluar manakala kaum wanita pula sibuk berborak nak pilih itu ini begitu begini. # Thursday, 23 December 2021, 10:39 # IMG_20211223_103933.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Gambar Aidan sedang menolak air cucian lantai di rumah uncle Amer di Taman Salak Pekerti . Kami membantu mencuci rumah belia...

[T17A28] Komen lagu Sejati nyanyian Faizal Tahir

Imej
Kebelakangan ni Tedi rajin mengulang dengar dan mengulang tonton klip video muzik untuk lagu Sejati yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir . Jarang Tedi mengulang tonton petikan video dalam YouTube, tapi video muzik Sejati ni memang ada auranya sendiri kerana berjaya menyentuh hati Tedi. .:Kandungan:. Maksud "sejati"  |  Bicara Lirik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir  |  Komen Video Muzik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir Maksud "sejati" Ejaan "sejati" dalam tulisan Jawi ialah sin-jim-alif-ta-ya:  سجاتي Definisi "sejati" mengikut  Kamus Dewan Edisi Keempat :  asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yang sebenarnya bina ayat sejati Encik Hasan ini bukan sejati Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka. Hamidah seorang wanita sejati; Definisi sejati mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua : sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli bina ayat Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu sejati...

[t16d18] Yeay... Newcastle kalahkan Swansea 3-0

Imej
Wah, malam semalam adalah malam yang menggembirakan Master kerana kedua-dua pasukan bola sepak yang beliau sokong telah berjaya jinakkan lawan masing-masing. Pertama, Kedah FA telah tewaskan Johor Darul Takzim dengan jaringan gol 2-1 dalam perlawanan Piala FA. Bekalan tipis ini mungkin boleh membantu Helang Merah dalam perlawanan timbal balik di Stadium Larkin nanti. Kedua, pasukan Newcastle United berjaya tundukkan Swansea City 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Newcastle gunakan formasi 4-4-1-1 untuk kalahkan formasi 4-4-2 Swansea. Newcastle tidak asing dengan kekalahan sehingga mereka kini terperosok di tempat kedua terbawah Liga Perdana Inggeris. Perlawanan semalam adalah penting bagi Newcastle kerana jika menang, ia akan bantu mereka dekatkan jurang dengan Norwich, dalam usaha membantu mereka hindari penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Sebelum itu, Sunderland telah berjaya belasah Norwich, 3-0 pada perlawanan yang telah berlangsung lebih awa...

[t17b05] Giant Keep B10 in 3 minutes

Imej
Lama Tedi tidak mencatat pasal Summoners War . Malam ni Tedi nak rekodkan pasal pasukan Giant's Keep B10 milik Tedi yang kini berjaya mencapai kelajuan perang 3 minit. Monster yang Tedi gunakan mengikut susunan adalah Veromos 6*, Theomars 6*, Chasun 6*, Belladeon 6* dan Bernard 5*. Summoners War Dragon's Keep B10 team bawah 3 minit 20170205

[t14l20] Lukisan seorang nenek membelai kucing.

Imej
  Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka. Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu. Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu. Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan. Lukisan Komen Tedi Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam. Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas! Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya. Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu. Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing. Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas k...

[t19e17] Nak balik Kelantan dah

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Assolatuwassalamu ala Rasulullah saiyidina Muhammad sollallahu alaihi wassalam wa ala alihi wa sohbihi ajama'in. Singgah Cleanpro Express dahulu ... Sekarang Tedi sedang menemani Master mengeringkan baju yang baru dibasuh Mummy tadi. Pada waktu ini jam menunjukkan pukul 2:19 pagi hari Khamis malam Jumaat. Tugasan mengeringkan baju kali ini kami laksanakan di Cleanpro Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Pemilihan Cleanpro sebagai pusat operasi pengeringan baju pada kali ini adalah sangat mudah! Kerana hanya Cleanpro sahaja (dalam pengetahuan Tedi) yang menggunakan duit syiling 50 sen, pusat dobi layan diri yang lain di sekitar kawasan perumahan kami menggunakan token. Penggunaan token ini agak membebankan kerana ada beberapa keping token lebih dalam simpanan kami yang sekarang kami tak tahu nak buat apa. Lebih baik kami gunakan sahaja duit syiling 50 sen yang melambak dalam simpanan kami daripada kami tukarkan du...

[t13e25] 5000 lukisan gua dibongkar di Mexico

Imej
Pelan interior deco ? Ahli arkeologi menemui hampir 5000 lukisan gua di timur-laut Burgos. Burgos ialah sebuah perbandaran yang terletak di negeri Tamaulipas, Mexico. Penemuan ini penting bagi pengkaji teknologi awal kumpulan-kumpulan pemburu pada zaman pre-Hispanic . Pre-hispanic: tempoh masa sebelum abad ke-16 apabila penjelajah Sepanyol menemui dan menakluki Mesoamerika dan Amerika Selatan. Sebelum penemuan ini, manusia beranggapan tiada kumpulan manusia di Burgos pada zaman pre-Hispanic  itu. Kesemua 4,926 lukisan dijumpai di 11 tempat berasingan. Terdapat 1 gua dengan 1,550 lukisan. Lukisan2 itu menggunakan pigmen warna merah, hitam, kuning & putih. (Macam bendera UMNO la pulak?) Tema utama lukisan adalah manusia, haiwan, serangga & seni abstrak. Ye ker abstrak? Entah2 diorang tak faham, terus tuduh itu lukisan abstrak. Orang... ada pedang? yang kanan tu macam gambar Beruang? Penemuan ini mencadangkan kewujudan sekurang2nya 3 kumpula...

[t19b14] Warung Jenderam Impian

Imej
Gambar warung yang kami singgah pada waktu pagi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Makanannya sedap dan tidak membosankan. # Warung Jenderam Impian # sarapan pagi : nasi lemak berlauk, mee goreng, bihun goreng, lontong, kuih-muih # sedia menerima tempahan, no telefon 016-7660420 # mee sup utara, bihun sup utara, nasi ayam penyet # gambar dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A pada 14 Feb 2019 jam 08:02 pagi hari Khamis # 20190214-080251 # 20190214 # 201902  

[t13j23] Sumber inspirasi gaya rambut Donald Trump

Imej
Mungkin kawan-kawan kenal si hartawan Amerika Syarikat, pakcik Donald Trump. Beliau merupakan bos dalam rancangan temuduga kerja realiti TV (televisyen), The Apprentice . Pakcik ini sungguh kaya namun Tedi tak ambil pusing berapa kayanya dia ni. Yang menghairankan Tedi ialah gaya rambutnya, daripada mana dia dapat inspirasi untuk menggayakan gaya rambut sebegitu? Pandangan sisi gaya rambut Donald Trump yang disisir (disikat) lurus ke depan dan ke belakang. Kalau Tedi menggayakan rambut sebegini, sudah pasti akan dikutuk oleh Mommy.   Akhirnya persoalan itu terjawab juga apabila seorang jurugambar terrakam gambar yang menunjukkan siapakah sumber inspirasi kepada Donald Trump untuk menggayakan gaya rambut sedemikian.   Jurufoto bernama Sandy Wiskeman itu hanya menyedari jawapan kepada rahsia itu apabila dia merakam beberapa gambar Burung Kenari Golster. Di dalam foto itu terlihat ada individu yang menggayakan gaya rambut serupa Donald Trump.   Kini i...

[t14a29] 3 pemergian yang tidak dijangka

Imej
Sekembalinya ke Malaysia dari Padang, Indonesia... Master dikejutkan dengan 3 pemergian. Semua makhluk akan merasai mati, dan matilah dengan diingati segala bakti.  http://www.kl-today.com/2011/07/pemergian-dr-lolo-amat-dirasai/ Pertama, jiran setaman perumahan kami meninggal dunia pada petang Sabtu di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami pendarahan dalam kepala. Arwah merupakan penduduk pertama yang meninggal dunia di taman ini. Kedua, bapa kepada teman sepejabat Master juga meninggal dunia... kebetulan juga di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Sabtu. Ketiga, pemergian Ustaz Harun Taib juga pada hari Sabtu. Ustaz Harun telah pergi, semoga ada generasi yang mampu menjadi ganti.   http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=119042:pkr-ucap-takziah-pemergian-ustaz-harun&Itemid=2#axzz2ri8VGf5z Semoga Allah merahmati roh mereka semua. Al-Fatihah. ******* 29 Jan 2014, 20140129

[t14k09] Berjaya tangkap Harvester Mouse

Imej
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya salah seorang rakan seperjuangan, si RM berjaya memburu Harvester Mouse sekaligus membolehkan dia membina Zugzwang's Tower Key. Ini adalah langkah penting untuk kumpulan kami memiliki perangkap taktikal terulung. Selamat berjaya RM, dan nanti Tedi akan kumpul info mengenai Zugzwang's Tower. 20141109

[t20j29] Kata nak tidur, tapi duk berjoget pula; Sambal Penyet Mummy

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Animasi Aina dan Aidan menari untuk lagu Baby Shark Doo Doo Doo. Jam 8:15 malam konon nak naik atas ke bilik tidur untuk tidur, tapi ini pula yang dibuat mereka. Memang kalau nak buatkan mereka ni tidur tak boleh bawa kedua-duanya naik ke bilik sekali. Selalunya kena bawa Aina dulu kerana dia tidak tidur siang dan asyik tahan mata. Apabila baring seorang diri selalunya dia akan terus lena. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun 8 bulan 9 hari, manakala Aidan pula berumur 1 tahun 5 bulan dan 1 hari. # Thursday, 29 October 2020, 08:15 # 20201029 # VID20201029081540-ANIMATION.gif # *** Rasanya Tedi salah memahami animasi ini, sebenarnya kejadian berlaku pada jam 8 pagi jadi ini bermaksud mereka berjoget setelah bangun tidur. Walau bagaimanapun Tedi malas nak tukar cerita pada caption di atas kerana ia adalah fakta yang benar cuma tersilap masa dan ketikanya. Hihihih. ...

[t21l21] Berapa Banyak Oatmeal Perlu Dimakan untuk Menurunkan Kolesterol?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master sudah mula mengunyah oatmeal kerana kebelakangan ini Master sudah banyak makan McDonalds'. Terasa banyak kolestrol menyumbat saluran darah. Mungkin itu juga punca Master semakin banyak sakit kepala dan mual-mual pada tahun ini? Tetapi Master makan oatmeal begitu sahaja barang 2 - 4 sudu sehari, namun macam tiada kesan, jadi Master meminta Tedi mengkaji berapa sudu oatmeal perlu ditelan sehari? Berikut ialah penemuan Tedi, selamat membaca.   Oatmeal ialah pilihan yang bagus sama ada anda menjadikannya ringkas atau menghiasinya dengan buah, biji dan kacang. Tetapi selain hanya sebagai semangkuk kebaikan yang layak untuk Instagram, oatmeal menawarkan faedah yang sangat mengagumkan. Oatmeal diberi istilah mil oat atau emping oat dalam Bahasa Melayu. Oat ialah sejenis tumbuhan bijirin. Makan hanya satu setengah cawan oatmeal yang dimasak sehari boleh menurunkan...

[t21l14] Mencari Rojak Sotong Kangkung di Pekan Salak; Beli sarapan di Nasi Lemak Tangling Kota Warisan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Singgah di kedai Faiz Frozen & Chips di Salak Lama yang menawarkan menu Rojak Sotong Kangkung dan Tauhu Bakar . Gambar Aidan dan Aina sedang mengintai Mummy beli Rojak Sotong Kangkung dan Tauhu Bakar dan Air Kelapa Muda di kedai Faiz Frozen & Chips. Pada masa ini iaitu sekitar jam 6 petang kedai itu sudah dikemas untuk ditutup tetapi tuan kedai baik hati melayan kami yang terliur nak makan Rojak Sotong Kangkung ni. Kelihatan macam ada jualan kerepek di kedai Faiz Frozen & Chips ni, nama kedai pun ada "chips", jual kerepek la tu kan? Kedai ini terletak di sebelah Jalan Besar Salak (B48) . Umur Aina ialah 4 tahun 9 bulan 25 hari. Umur Aidan ialah 2 tahun 3 bulan 17 hari. # Tuesday, 14 December 2021, 18:11 # 20211214 # IMG_20211214_181131.jpg # Xiaomi M2101K7BG # 35 jalan b48 Pekan, Salak, 43900 Sepang, Selangor # QQH2+JHW Sepang, Selangor # Lokasi:  h...

[t20c09] Aina dan Aidan tunggu pesanan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Animasi Aina dan Aidan kononnya sedang menunggu pesanan makanan masih belum tiba di meja. Aina berusia 3 tahun 20 hari. Aidan pula sudah mencecah 9 bulan. # Monday, 9 March 2020, 13:02 # VID20200309130051-ANIMATION.gif # Hari ini Aidan ada temujanji di Klinik Kesihatan Salak. Setelah menghantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak, Master bawa Aina bersarapan roti canai di kawasan rumah kami setelah tidak menemui kedai makan yang sesuai untuk disinggahi di sekitar kawasan klinik. Setelah selesai temujanji Aidan kami pergi makan di sebuah kedai makan yang Tedi belum dapat imbau di mana lokasinya. Kelihatan macam Remy Ayam Kampung. Kemudian kami ke AEON Nilai. Master bawa Aina makan roti canai di kedai mamak di kawasan perumahan kami setelah hantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak. # Monday, 9 March 2020, 10:42 # 20200309 # IMG_20200309_104246.jpg # Xi...

[t21l17] Senarai pemain Kedah Darul Aman FC (KDA) musim depan hampir lengkap

KEDAH Darul Aman (KDA) FC hampir melengkapkan barisan pemainnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan. Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya kini di peringkat akhir rundingan untuk membawa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan cabaran skuad Lang Merah. Pasukan kita sudah hampir lengkap, cuma ada satu dua masih dalam rundingan untuk mencari kata sepakat tapi kalau ikut kepada pemain yang masuk Disember ini, sudah hampir lengkap sama ada pemain tempatan mahupun import. Satu atau dua rundingan itu memang masih berjalan sebab kita punya tarikh pendaftaran pemain sehingga hujung Januari depan baru berakhir, jadi kita ada masa yang banyak untuk selesaikan semua ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-46 di sini pada Khamis. Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemain baharu termasuk pemain import yang menyertai KDA FC setakat ini adalah pema...

[t17c03] Malam Sensasi bersama Judika

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Habis sahaja masa bekerja kami bergerak dari Bangsar ke IOI City Mall di Putrajaya sebab ada konsert yang diberi nama Malam Sensasi Bersama Judika. Konsert ini sebenarnya adalah rakaman untuk satu program TV di saluran Sensasi stesen Hypp TV. Tedi pun tak pernah kenal siapa Judika ni tetapi sebab dah dapat tiket percuma, kita pergi sahajalah. Gambar dron terbang tinggi merakam persembahan konsert Judika di IOI City Mall Putrajaya. # Friday, 3 March 2017, 21:57 # 20170303 # EFFECTS.jpg # SONY ILCE-5000 # Gambar sebuah dron yang merakam persembahan konsert Judika. # Friday, 3 March 2017, 21:57 # DSC03486.JPG # SONY ILCE-5000 # gambar seorang jurukamera sedang merakam rancang Malam Sensasi Bersama Judika. Besar betul kameranya dan duduk jauh dari pentas, mesti tahap fokusnya sangat hebat. Ketat betul muka jurukamera ni, tak tahulah sama ada dia sengaja jaga macho. # Friday,...

[t21l15] Guna Jasper Report Server dalam local

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Masalah semasa start jasper server report Service yang perlu start: apache Tomat 9.0 jasperreports tomcat jasperreportsPostgreSQL Kemudian pergi ke Dekstop dan click shortcut Start JRS Service. Boleh pergi ke laman http://localhost:8080/jasperserver/login.html  untuk periksa sama ada server tersebut telah up. Tapi jika page not available, jangan gusar kerana jurulatih kata ia akan ambil masa lama untuk run sekitar 5 minit dan Tedi belum jumpa cara untuk periksa status. username dan kata laluan sama iaitu: jasperadmin Jasper Server Report menggunakan port 8080 dan boleh dilarikan bersama EasyPHP.   ~20211215~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t21l12] Pak Teh selamat bertunang.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini hari yang memberikan 1 kegembiraan dan 2 kedukaan. Berita gembiranya ialah hari ini kami telah selamat merisik dan meminang bakal isteri Pak Teh. Gambar Aidan sedang bersiap memakai kasut untuk menyertai rombongan merisik dan meminang. Turut kelihatan dua botol susu sebagai bekal dalam perjalanan. # Sunday, 12 December 2021, 15:22 # 20211212 # IMG_20211212_152217.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Berita sedih pertama ialah Harimau Malaya kalah kepada Vietnam yang mendapat jolokan Naga Emas dalam Piala AFF Suzuki 2020. Berita sedih kedua ialah Newcastle United dibelasah Leicester City 4-0 dalam saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris sekaligus memaku NUFC dalam zon penyingkiran. ~20211212~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t21l04] Bermalam di Hermess Hotel Johor

Imej
Sekarang jam menunjukkan waktu 7:31 pagi. Kami sekeluarga berada di Hermess Hotel Johor yang terletak di alamat 51, Jalan Bestari 1/4, Taman Nusa Bestari, 81200 Johor Bahru, Johor. Kami sampai di sini dan daftar masuk pada jam 11:30 malam semalam. Daftar masuk menggunakan kiosk.   Kami bertolak dari rumah di Sepang sekitar jam 8 malam Dan hanya singgah di Hentian Rehat Ayer Keroh di Melaka untuk mengisi minyak kereta. Perjalanan lancar cuma ada satu kesesakan di lorong dari Johor menghala Utara kerana ada kemalangan yang turut menyebabkan satu lorong di sebelah kanan menghala Johor ditutup.   Gambar menunjukkan keadaan rumah tumpangan Hermess Hotel dari luar ketika kami tiba di sana untuk daftar masuk pada 20211203 jam 23:33. # Friday, 3 December 2021, 23:33 # IMG_20211203_233356.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Hermess Hotel Johor ini terletak di bangunan kedai, walaupun hotel ini bagus penampilannya tetapi kawasan bangunan kedai ini agak suram pada waktu malam dan hanya ...

[t21l09] Contoh nama kumpulan kreatif

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Juara - tak perlu kata apa, mereka yakin mereka akan sentiasa menang. Koala - comel, peramah dan penyayang. Magik Patriot Setia Simbiosis - perhubungan di mana kedua-dua pihak mendapat manfaat. Unikorn - Selain haiwan dalam cerita dongeng, unikorn juga dilabelkan kepada syarikat baharu yang mempunyai kadar pertumbuhan perniagaan yang tinggi dengan nilai keuntungan melebihi satu bilion. ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t13f18] Diserang kerana kongsi daging BBQ!

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tedi memang tak setuju manusia "suap" makanan kepada haiwan liar. ... Daging Kambing Bakar BBQ   Suap tu bukanla hulur makanan ke mulut haiwan tu, tapi bagi makanan kepada haiwan liar.   Apabila melihat kes sebegini, Tedi akan jadi sedih disebabkan oleh beberapa faktor: makanan itu belum tentu sesuai dengan haiwan itu, sedangkan manusia pun diracuni makanan mereka sendiri. Tengok je lah kes darah tinggi, kencing manis, dan lain-lain lagi. Bezanya manusia ada hospital. haiwan liar itu akan terganggu cara hidup asalnya, dia akan bergantung kepada manusia, contoh terbaik ialah monyet yang curi makanan manusia di Tasik Dayang Bunting di Langkawi. Monyet atau beruk atau kera? Tedi tak pasti, tapi berhati-hati ketika di sana. Jadi kepada manusia di luar sana, tak payahlah tunjuk yang kamu tu kononnya baik sangat dengan berkongsi makanan kamu tu kepada haiwan liar!  ...

Prev Next

Popular