بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Rupa-rupanya ada perkataan joging dalam Bahasa Melayu.

Tedi jika boleh apabila mengarang sesuatu dalam Bahasa Melayu akan gunakan perkataan Bahasa Melayu baku sepenuhnya. Apabila keadaan memaksa barulah Tedi akan gunakan istilah asal contohnya dalam Bahasa Inggeris, tetapi Tedi akan usahakan supaya perkataan itu dicondongkan (Italic) atau ditebalkan (bold), atau kedua-duanya sekali (italic bold).

Pagi ini Tedi mahu menaip mengenai kasut jogging dan tiba-tiba Tedi terfikir, apakah perkataan sesuai untuk jogging dalam Bahasa Melayu?


Kandungan: Joging | Maksud "joging" | Joging dalam Bahasa Inggeris | Joging atau jogging?


 

Joging

Melalui semakan Tedi di Carian Umum (dbp.gov.my) perkataan Bahasa Melayu untuk jogging ialah joging. Perbezaannya cuma jumlah huruf 'g'.

Joging dalam tulisan Jawi ialah: جوݢيڠ

Maksud "joging"

Definisi bagi perkataan "joging" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

  • joging
    • lari perlahan-lahan terutamanya sebagai senaman;
  • berjoging
    • berlari joging, berlari dengan langkah yang tidak kencang atau pantas, lazimnya untuk menyihatkan badan.

 

Joging dalam Bahasa Inggeris

Joging mungkin berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu "jogging".

Kata dasar untuk jogging ialah jog.

Orang yang berjoging pula dipanggil jogger. Tetapi perkataan jogger ini juga digunakan untuk panggilan kepada sejenis seluar yang diciptakan khusus untuk berjoging, di mana seluar ini longgar, diperbuat daripada kain yang boleh regang dan bahagian pinggang dan buku lalinya boleh diregangkan.

 

Joging atau jogging?

Jika menulis dalam Bahasa Melayu gunakan joging, manakala gunakan jogging jika menulis dalam Bahasa Inggeris 

 


Penutup

Nampaknya selepas ini Tedi akan gunakan perkataan "joging" ini untuk menggantikan jogging. Semoga kawan-kawan pun boleh menggunakan perkataan joging ini dalam tulisan kalian.


jogging in Malay {98} maksud jogging Bahasa Melayu {11,10} jogging dalamBahasa Melayu {7.6} joging atau jogging {7.0}


~Diterbitkan pada 20210802~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih