Gambar di Felda Lui Barat pada Disember 1985
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar Master dan Mak Ngah Zira duduk di atas kerusi rotan di rumah kakitangan Felda Lui Barat. Mengikut tahun pada gambar itu iaitu 1985, umur Master pada masa itu ialah 2 tahun dan Mak Ngah 1 tahun. Perabot kerusi diperbuat daripada rotan itu memang tahan lasak dan tahan lama, lompat tara mana pun tidak patah atau rosak tidak seperti perabot kayu pada masa sekarang. Sampai Master bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lui Barat, kerusi rotan ini masih kukuh. Kerusi itu dialas kusyen yang selalu disusun Master adik-beradik menjadi "pondok". Memang bersepahlah rumah tiap hari dengan kusyen yang bersepah. Pada masa sekarang kanak-kanak sudah tiada peluang untuk mengasah bakat kreatif mereka menggunakan kerusi seperti itu kerana pada zaman sekarang (2020) orang menggunakan kerusi sofa. Masih ada lagikah kerusi seperti ini ya? # Tarikh upload: Sunday, 2...