Alhamdulillah. Tedi terdengar dahulu lagu nyanyian kumpulan Feelhoney ini sebelum mengetahui tajuknya.

Lagu bertajuk "Kisah Cinta" ini dikatakan adalah salah sebuah nasyid bawah tanah (underground) di Malaysia.

Tedi terbuai dek irama lagu ini kerana ia macam nostalgia, ia seolah membawa Tedi ke suatu tempat yang Tedi rasa dekat tapi Tedi tak tahu di mana dan apakah dia.

Sekali baca tajuk lagu "Kisah Cinta" ini Tedi sangkakan ia kisah mengenai percintaan, tetapi akhirnya Tedi memahami bahawa lagu ini adalah mengenai sahabat.

Mungkin lagu ini ditujukan kepada sahabat yang telah meninggal dunia kerana ada rangkap "kerna kau takkan kembali". Jika lagu ini ditujukan buat sahabat yang masih hidup tentulah akan diselitkan harapan untuk bersua semula, namun lagu ini menumpukan kepada kenangan.

Kepada kawan-kawan yang nak dengar lagu ini bolehlah ke link berikut: https://music.youtube.com/search?q=feelhoney+kisah+cinta.

 

Lirik lagu "Kisah Cinta"

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi

ku hargai

kini kau dimana?
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka
jangan menangisimu bila kau tiada

ku mencuba

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau di sana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada

kini kau di mana?
meninggalkan ku sendiri
pesanmu padaku janganlah berduka
jangan menangisimu

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau di sana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada