Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

Pertembungan 3 planet boleh dilihat dengan mata kasar

Imej
Berita gembira untuk semua skywatchers ! Penduduk Bumi berpeluang menyaksikan pertembungan 3 planet di langit Barat Daya. Planet yang terlibat adalah Mercury, Venus & Jupiter. Fenomena ini dikatakan boleh dilihat sehingga 2026, 24 Mei sehingga 27 Mei. Boleh dilihat di langit arah Barat Daya Ia membuktikan bahawa planet-planet bergerak. Astronaut  dunia menerangkan bahawa ia bukanlah benar2 pertembungan, sebaliknya ilusi "hampirnya" mereka di antara satu sama lain menampakkan seolah-olah ketiga2 planet itu bertembung. A Rare Show of Three Planets Coming Together is On It’s time to witness a celestial triangle Mercury, Venus And Jupiter Visible With Naked Eye 20130525

Membuang Gelembung Udara pada Sticker atau Wallpaper

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Semalam Tedi membantu Master menampal  wallpaper pada pintu kabinet dapur di rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Mummy nak tukar warna kabinet dapur itu daripada warna hijau kepada warna coklat. Memasang kertas dinding atau  sticker tu bukan masalah besar sangat, sekejap jugalah kami pasang pada 5 pintu kabinet dapur. Masalahnya cuma setelah selesai dipasang kertas dinding tersebut, mula timbul gelembung-gelembung udara di belakangnya, agak menyakitkan mata kami memandang. Akhirnya kami merujuk kepada yang pakar bagaimana mahu selesaikan masalah tersebut.   Bersihkan permukaan yang bakal ditampal kertas dinding Bersihkan dahulu kawasan yang ingin ditampal supaya gam itu melekat seperti yang diinginkan.   Panaskan kertas dinding dengan pengering rambut Kertas dinding yang ada gelembung udara di sebaliknya dipanaskan dengan menggunakan ala...

Class dependency error occurred on aspect definition

Imej
Class dependency error occurred on aspect definition 'Aspect definition advise type [after] advise [org.springframework.security.access.intercept.aopalliance.MethodSecurityInterceptor.invoke]' while processing bean Check if builder classpath is complete. Solution: Here's a workaround. Right click the project and go to "Properties >> Spring" Select the "Enable Project Specific settings" checkbox. Go to "Project Builders" tab and disable "AOP Reference Model Builder". My guess is that the AOP reference model builder is running into references to types that a regular compile would not visit, and these types are not on the project classpath, causing that error.

Aina Mengasuh Aidan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Animasi Aina sedang menuang minyak angin untuk disapu ke perut Aidan semasa nak pakaikan baju bayi lelaki tersebut. Sapu minyak angin ke perut bayi dan tapak kaki bayi lelaki tujuannya untuk elakkan kembung perut. Kelihatan juga bantal merah polka dot Mickey Mouse dan bantal pink Minnie Mouse. # umur Aidan : 2 bulan 1 hari # umur Aina : 2 tahun 5 bulan 9 hari # Monday, 29 July 2019, 18:28 # MOV_8497-ANIMATION.gif # 20190729 #   ~20190729~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Step Up

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Dahsyatnya hari ni Guru kelas tak datang. Ketua kelas pun cuti panjang jadi terpaksa ganti ketua kelas follow up kerja rumah kawan-kawan. Patutnya hal pertama yang patut dibereskan adalah pergi jumpa Cikgu Azhar untuk set satu mesyuarat bagi Projek KeMaS RaFID. Tetapi tiba-tiba kawan kata Tedi kena temani dia masuk mesyuarat dengan supplier projek KeMaS RaFID tersebut. Pening dah Tedi dalam mesyuarat tersebut. Tambahan ada cikgu yang suruh Tedi step up dan ambil alih projek dengan seganas mungkin. Hadoila... Pada waktu petang pula Tedi sambung urusan pergi setup meeting bersama kelas Cikgu Azhar. Sepatutnya  meeting  tu esok tapi terpaksa join meeting yang dianjurkan oleh Si Untouchable kerana Cikgu Azhar nak buat sekaligus. Petang ni sehari suntuk cuba setup linked server pada local machine namun menemui jalan buntu. Takkanlah susah sangat nak setup? 😭 P...

Sebarkan moraliti atau maksiat?

Imej
Budaya zaman kini manusia berkongsi gambar dalam menghentam perbuatan tidak bermoral. Gambar seekor kucing di sebalik pokok, sekadar cadangan hiasan.  http://penglipurlara.wordpress.com/2014/01/02/malu-tapi-mahu/ Perbuatan tidak bermoral (atau mungkin kurang bermoral) ini sebagai contoh - wanita memakai pakaian menjolok (mencolok) mata. Lepas tu adalah mereka yang mengambil gambar-gambar "pesalah" ini lalu dikongsi dalam FB atau mana-mana media elektronik. Tidak ketinggalan juga para blogger  melalui taipan mereka. Selalunya mereka akan menghentam perbuatan tidak bermoral itu. Namun, ada sesuatu yang tidak kena! Mereka menghentam namun mereka kongsi gambar-gambar yang tidak bermoral itu! Jadi apakah yang mereka kongsikan sebenarnya? Benarkah mereka mahu menyedarkan masyarakat atau hanya mahu menangguk dalam air yang keruh? Perlukah mereka menyertakan gambar-gambar tidak bermoral itu dalam tulisan mereka? Tidak cukupkah jika mereka sekadar berbekalk...

Seluar Jeans Uniqlo Pertama Master; Aidan 20 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Makcik Nabila hadiahkan Master seluar jeans Uniqlo Gambar seluar jeans yang diberi oleh makcik Nabila, khabarnya adiknya tak muat nak pakai, diberi kepada pakcik Manaf yang juga kata seluar jeans ini terlalu fit. Akhirnya dapat kepada Master elok-elok sahaja padan muat tak perlu pakai tali pinggang. Tapi Master kalau pakai seluar jeans mestilah nak pakai tali pinggang sebab nanti masa nak solat takut terdedah aurat nampak alur bontot, sungguh tak senonoh.. kan? Ini adalah seluar jeans pertama Master yang berjenama UNIQLO. # RFID. Slim fit jeans. Waist 30 (76 cm). UNIQLO Jeans. 321-420804(93-06). 67 Blue. Made in Bangladesh. THB 1,490.00 (Baht Thailand). # Tuesday, 18 June 2019, 06:07 # IMG_20190618_060729 # Xiaomi Redmi Note 5A Æ’/2.2 1/25 3.79 mm ISO800 # Sepang #   Gambar seluar jeans biru berjenama Uniqlo. # Tuesday, 18 June 2019, 06:07 # 20190618 # IMG_20...

Vicks VapoRub bahaya?

Tidak selamat menggunakan Vicks VapoRub di dalam hidung kerana boleh diserap ke dalam badan anda melalui selaput lendir yang melapisi lubang hidung anda.  Vicks VapoRub mengandungi kapur barus, yang boleh memberi kesan toksik jika diserap ke dalam badan anda.  Ia sangat berbahaya bagi kanak-kanak jika ia digunakan di dalam saluran hidung mereka. 27 April 2020 Itu adalah salah satu petikan yang agak mengejutkan ketika Tedi mencari kaedah mengubati hidung tersumbat. Kita sangat rapat dengan Vicks VapoRub ni, kalau kita rasa hidung tersumbat kita akan gunakannya. Tetapi Tedi tak pernah tahu bahawa Vicks VapoRub ini rupanya berbahaya, malah pengeluarnya sendiri melarang kita daripada menyapunya berhampiran hidung, selain larangan menggunakan Vicks VapoRub kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.

Jangan Pisang Berbuah Dua Kali

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Petang tadi selepas tiba dari Bukit Rokan Utara, Tedi menjenguk serai di laman belakang sebab ada pesanan untuk membawanya ke pejabat Master esok. Saja Master bagi serai tu kepada kawan-kawannya kerana serai ni apabila terlalu banyak akan menyebabkan rumpunnya reput mungkin kerana faktor kebasahan dek kurangnya disinari cahaya mentari. Jadi petang tadi semasa Tedi menuai serai yang sesuai, Tedi cabut rumpunan yang mereput sebelum Tedi asingkan kepada serai tua dan anak serai. Anak serai Tedi tanam semula dengan mencucuknya ke dalam tanah bekas tempat asalnya itu. Ketika ini Tedi terfikir pasal peribahasa jangan pisang berbuah dua kali, yang maksudnya takkan perkara yang sama berulang dua kali iaitu selalunya ditujukan kepada perkara buruk seperti ditipu dan sebagainya. Tedi selalu terfikir kenapa dilarang pisang berbuah dua kali? Rupa-rupanya itu bukan larangan tapi s...

Golongan yang dibenci

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hadith ke-25 daripada buku "101 Rekreasi Hati". Daripada Abdullah bin Umar radhiallahu anha, Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam bersabda yang bermaksud:   " Tiga golongan yang tidak dipandang Allah subhanahu wa ta'ala pada hari kiamat; penderhaka ibu, penagih arak, dan orang yang suka menyebut pemberiannya. " (Riwayat al-Hakim)   Pengajaran: Untuk menjadi orang yang beriman, elakkanlah daripada perbuatan yang tidak disukai Allah subhanahu wa ta'ala. ~20130603~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aina sudah rajin berjalan

Imej
1 Zulkaedah Hari ini merupakan hari yang agak istimewa kerana orang sudah mula sibuk nak berangkat ke Madinah atau Makkah kerana musim haji. Hari ini juga Aina sudah mula rajin untuk berjalan. Dia akan melangkah beberapa tapak, jika ada beg kekacang ( bean bag) , dia akan menyerbu dengan laju, mentang-mentang bean bag tu lembut maka dia tahu ada tempat baik untuk landing . Tapi jika dia berjalan ke arah tiada  bean bag , tahu pula dia untuk berjalan dengan perlahan dan tertib, tidak seperti lori tiada brek. Sebenarnya sejak semalam lagi dia sudah menunjukkan kerajinan untuk berdiri dengan berpaut kepada Master sebelum menyerbu  bean bag . Ketika ini umurnya patut 1 tahun 4 bulan dan 24 hari.   Berjaya perolehi Oasis Water Node Trap Setakat tahun 2018 ini, OWNT adalah perangkap tikus berkuasakan air yang hebat. Ada versi yang lebih hebat seperti versi chrome, tetapi jika versi biasa perangkap tikus ini memang dambaan para MouseHunter. Bagus! Anda telah membina O...

Aidan sit-up; Color Riche Matte

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Gambar animasi Aidan menunjukkan cara yang betul untuk melakukan sit-up. Sofa bayi yang baru dibeli Mummy memudahkan Aidan untuk melakukan sit-up berulangkali menjadikan perkembangan bayi si Aidan ni mungkin tidak berapa jitu. Aidan ketika ini adalah bayi lelaki berumur 4 bulan 9 hari. # Sunday, 6 October 2019, 09:11 # IMG_20191006_091123-ANIMATION.gif # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #    Perkembangan bayi Aidan ni dikomen oleh Mak Ngah Zira sebagai langkah pertama untuk bayi belajar meniarap. Nampaknya tak lama lagi si Aidan ni boleh meniaraplah ye. Color Riche Matte Cuba gincu bibir Color Riche Matte 287 Beige Reveur # Sunday, 6 October 2019, 18:58 # 20191006 # DSC_9714 # Sony G3226 # Tesco Putra Nilai # https://goo.gl/maps/jVZ8wcWLxhezePzz6  # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Ya Rasulullah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pagi ini Tedi mahu berkongsi satu nasyid yang amat syahdu yang bertajuk Ya Rasulullah yang dipopularkan kumpulan nasyid dari Malaysia, Raihan . Nasyid ini adalah salah sebuah lagu yang berjaya membuat Tedi menangis dek kesyahduan dan pengharapan seorang umat kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam. Alangkah Indahnya Hidup Ini... Lirik nasyid ini beberapa kali menekankan ayat " Alangkah indahnya hidup ini " sehinggakan ramai yang menganggap tajuk nasyid Ya Rasulullah ini bertajuk "Alangkah Indahnya Hidup Ini...". Munsyid: Raihan Album: Senyum   Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku tatap wajahmu Akan pasti mengalir air mataku Kerana pancaran ketenanganmu   Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku kucup tanganmu Moga mengalir keberkatan dalam diriku Untuk mengikut jejak langkahmu   Ya Rasulullah, Ya Habiballah Tak pernah k...

Kenapa kena reboot router?

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pengenalan Kadangkala sambungan Internet melalui perkhidmatan Unifi di rumah kami menghadapi masalah tiada Internet. Selalunya Master akan tutup  router Unifi tu selama 10 saat dan kemudian menghidupkannya semula. Tadaa, sambungan Internet pulih kembali. Tedi kebingungan dalam hal ini, kenapa  reboot peralatan bernama  router itu boleh memulihkan kembali sambungan Internet? Langkah pertama pulihkan sambungan Internet Menghidupkan semula ( reboot ) penghala ( router ) dapat menyelesaikan masalah sambungan Internet tertentu seperti masalah tidak ada sambungan Internet atau sambungan tanpa wayar yang perlahan. Reboot penghala harus menjadi salah satu langkah penyelesaian masalah pertama anda di persekitaran rumah atau pengguna. Ia juga merupakan amalan keselamatan yang baik untuk sekali-sekala menghidupkan semula penghala. Apakah maksud " reboot "? Bagi se...

Taktik Negatif Bruce Sebabkan Newcastle dibelasah MU 1-4

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Newcastle United dibelasah pada akhir permainan dalam kekalahan kepada Manchester United Kembali beraksi setelah rehat antarabangsa, Newcastle Unite mengalami kekalahan 1-4 kepada Manchester United walaupun mendahului 1-0 pada minit awal permainan. Gol sendiri meletakkan Magpies di hadapan sebelum Manchester United mengganas mencetak gol melalui Harry Maguire, Bruno Fernandes, Aaron Wan-Bissaka, dan Marcus Rashford. Keputusan Buruk Bruce Steve Bruce menurunkan barisan pemain yang hampir sama seperti ketika menewaskan Burnley, kecuali dia memasukkan Jamaal Lascelles menggantikan Fabian Schar. Barisan pemain itu bukanlah pilihan terbaik di Newcastle United. Bruce juga mengarahkan pemainnya bertahan jauh ke bawah selepas mendahului permainan. Dia juga menggantikan Isaac Hayden yang cedera dengan Fabian Schar, tidak memasukkan pemain menyerang seperti Miguel Almiron atau R...

Kembara Ekstrem Geng Serai

Imej
Geng Serai adalah satu kumpulan berbasikal orang Eropah yang ditaja dan melakukan satu ekspedisi kembara kayuhan basikal sejauh 2000 (dua ribu) kilometer dari Bangkok ke Singapura sekitar tahun 2005. Tujuan kembara mereka adalah untuk mengutip dana bagi membantu mangsa Tsunami Thailand 2004 . Apa Maksud Geng Serai? Dari mana mereka memperolehi nama Geng Serai? Kerana serai adalah ramuan utama dalam masakan Tom Yam atau di kalangan omputeh disebut Tom Yum , jadi maksud nama Geng Serai tersebut adalah merujuk kepada kumpulan berasal dari Thailand. Mereka bukanlah orang Thailand jadi nama itu merujuk kepada di mana kumpulan itu diasaskan. Selain itu maksud Geng Serai adalah "sekumpulan manusia yang bercita-cita tinggi tetapi kekok dalam hubungan bermasyarakat" . Agak pelik juga maksud nama Geng Serai tersebut memandangkan mereka boleh bersosial dengan baik. Atau adakah mungkin mereka maksudkan yang mereka ni bersosial sesama bangsa mereka sahaja? Geng Serai dianggotai oleh...

Gagalkan Dahulu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sekarang jam menunjukkan tarikh 20201018 jam 0336. Tedi baru sahaja membantu Master mencari masalah pada kod untuk projek ePayment beliau. Masalah atau isu yang kami hadapi adalah: org.hibernate.StaleObjectStateException: Row was updated or deleted by another transaction (or unsaved-value mapping was incorrect) Tugas Master kali ini adalah untuk menambah satu fungsi untuk sahkan satu transaksi ke FPX. Jika pengesahan gagal, Master perlu campak satu  error yang kemudiannya akan dikesan oleh  observer yang akan menghasilkan satu  file khusus untuk memaklumkan kegagalan transaksi kepada pemanggil. Fungsi pengesahan itu telah diuji menggunakan Unit Test yang telah Master bangunkan minggu lepas dan berfungsi dengan baik. Cuma apabila diuji dalam  server ternyata ada masalah di atas. Gagalkan Dahulu Setelah memeriksa dengan teliti, Master akhirnya membua...

Review Kasut Badminton Dunlop D 5562

Imej
Kawan-kawan mungkin tahu yang Master ada kasut badminton Dunlop D 5562. Master  beli kasut badminton Dunlop ni di One Utama pada tahun 2014 . Memandangkan ada yang bertanya pasal kasut badminton Dunlop D 5562 ini, maka Tedi sediakanlah review ni. Ini adalah review jujur daripada Master dan hanya pengalaman peribadi sahaja, jadi tepuk dada tanya selera. Tedi pun tak pasti sama ada masih wujud lagi kasut badminton Dunlop D 5562 ni. Kasut badminton Dunlop D 5562 ini dibeli pada harga RM 42, satu harga yang nampak berbaloi. Tapi sebenarnya tidak. Kenapa? Sistem Kusyen Kasut badminton Dunlop D 5562 tidak bagus Sebab sistem kusyen kasut badminton Dunlop D 5562 ini tidak begitu bagus dan menyebabkan kaki Master sakit di bahagian telapak kaki, mungkin kerana kurang sokongan di sana. Kasut badminton Dunlop D 5562 ini memang lebih ringan berbanding sepasang lagi kasut badminton yang Master ada sebelum itu iaitu kasut badminton Power Vapor D 214, tapi ringan sahaja tidak berguna....

Putrajaya, Malaysia

Imej
Pemandangan sekitar Putrajaya dari Masjid Besi dalam cuaca mendung. (19 Mac 2011) Pemandangan sekitar Putrajaya dari Masjid Besi dalam cuaca mendung. (19 Mac 2011) Pemandangan di sekitar Putrajaya yang diambil dari Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)   dalam cuaca mendung. Kelihatan beberapa mercu tanda Putrajaya seperti Masjid Putra dan Kompleks Jabatan Perdana Menteri. 20110320

Selangor tak minat Aidil

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan pengendali Kedah FA, Aidil Sharin Sahak antara jurulatih terbaik dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) apabila membantu Lang Merah menamatkan Liga Super Malaysia 2020 sebagai naib juara dan meraih slot ke Piala AFC musim depan. Bagaimanapun, rekod itu tidak menarik minat Selangor untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Singapura itu bagi mengendali pasukan  Red Giants  musim depan. Malah, Selangor kini dilihat berada dalam prestasi terbaik di bawah jurulatih sementara Micheal Feichtenbeiner selepas B. Sathianathan dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 21 Disember 2020 lalu. Buktinya dua perlawanan terakhir Liga Super menyaksikan  Red Giants  merekodkan 13 gol menerusi kemenangan 7-0 ke atas PDRM dan 6-1 ketika berdepan Felda United. “Khabar angin menyatakan Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat ...

Pejabat POS Mid Valley

Imej
Pejabat POS Mid Valley adalah pejabat POS yang beroperasi pada waktu yang dilanjutkan, yang bermakna ia ditutup lewat berbanding kebanyakan Pejabat POS di cawangan biasa. Ia adalah salah sebuah pejabat POS di Malaysia yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.   Alamat Pejabat POS Midvalley adalah: LG Floor, Unit AT3 Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur Waktu operasi Pejabat POS Mid Valley adalah: 10.00 pagi sehingga 9.00 malam (Isnin hingga Sabtu, hari bekerja), dan 10.00 pagi hingga 4.00 petang (hari Ahad) Nombor telefon Pejabat POS Mid Valley untuk dihubungi: 03 - 22831959 Pengurus cawangan Pejabat POS Mid Valley: Taufiqur Rahman Mohd Salleh Jika anda mencarinya, lokasinya adalah berhampiran AEON di tingkat LG, iaitu di bahagian hujung. Masa operasinya yang lebih lewat membolehkan warga kota yang sibuk bekerja di Kuala Lumpur dan sekitar Midvalley untuk melakukan urusan berkaitan di Pejabat POS Midvalley selepas wakt...

Harga Gula Pasir Kasar Hari Ini

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini Master ke kedai runcit untuk beli gula pasir Tiba-tiba sahaja bekalan gula pasir kasar di rumah kami kehabisan. Memandangkan negeri Selangor kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sempadan negeri ditutup menyebabkan kami tak dapat pergi ke pasaraya di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan. Bandar Baru Nilai adalah pusat komersial yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi dan mempunyai 3-4 buah pasaraya. Belum masuk pasaraya yang terletak di pinggir bandar itu. Terpaksalah Master pergi ke kedai runcit berhampiran. Harga gula pasir 1 kg RM 2.90 Harga gula pasir yang Master beli di kedai runcit yang lebih mesra dipanggil kedai Acheh itu ialah RM 2.90 satu kilogram, membuatkan Master agak terjeda. Rasanya macam selalunya harga gula pasir ialah RM 2.50 sekilogram. Master merujuk kepada Tedi malangnya Tedi tiada rekod harga gula pasir kasar selama in...

NASA uji Dream Chaser baru

Imej
 Dream Chaser atau nama dalam Bahasa Melayu boleh disebut sebagai Pengejar Mimpi atau Pengejar Impian adalah sebuah kapal angkasa yang direka NASA untuk boleh digunakan banyak kali. Bukan sekali sahaja seperti sebelum ini. NASA (National Aeronautics and Space Administration) adalah satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang terlibat dalam bidang berkaitan angkasa lepas. Oleh sebab itu kapal angkasa Dream Chaser ini direka untuk mendarat di atas landasan seperti kapal terbang biasa. Selalunya kita tengok kapal angkasa ini akan terjun masuk laut setelah masuk ke orbit bumi kan? Tedi pun tengok dalam filem atau drama fiksyen sahaja. Hihihi. EDWARDS, CA - MAY 22:  Prototaip kapal angkasa Space Systems Dream Chaser buatan Sierra Nevada Corporation di NASA Dryden Flight Research Center di Edwards, California. Ujian penerbangan & sistem landasan pendaratan akan diuji di Edwards Air Force Base bermula musim panas nanti sehingga musim luruh. Kapal angkasa ini...

Tedi selongkar diari Master, hehe

Boring  lak malam2 ni. Takleh nak tido lak. Tapi esok dah janji nak date dengan kebun di belakang rumah. Selongkar rak cari apa yang boleh dibaca, mana tau kalau2 boleh jadi ubat tido?Tiba2 nampak bungkusan berbalut kain kuning. Wah, nak bukak tak ek? Bukak jer la. Dalamnya terkandung buku usang. Berabuk dah buku tu! Rupa2nya diari Master! Hahaha. Ada chance  la Tedi nak baca! Tedi bukak. Selak selai , tak faham. Selak selai lagi, tak faham jugak! Apa ni? Diari apa penuh dengan nombor ni? Aduh Master ni, diari pun nak berkod ka? Ini bukannya slot Detective Conan! Kawan2 boleh faham ker kalo  tulisannya macam di bawah ni? 209-1-41 165-421-129 1-11-1-14 39-14-201 231-149-201 89-144-1-189 41-189 205-18-1921-147-11-21-18 41-12-1-13 2021-1021-1-14 Cukup tu jer la... huhuhu. p.s: Tedi tipu jer pasal bungkusan kuning tu, hehe . zz-20130524

Kek Mommy

Imej
Senarai kek yang pernah Mummy masak untuk kami sekeluarga. Jangan menyampah untuk setiap komen yang dibuat Master kerana Master bukan penggemar kek, jadi bukan senang nak minta Master komen tau. Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan Tedi rasa Mommy namakan kek ni sebagai Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan, tetapi Master letakkan coklat di depan pisang. Sebab apa? Sebab Master tak suka kek pisang. Kluster Kayangan yang dimaksudkan adalah sekumpulan orang Malaysia yang permintaan mereka tahap "kayangan" semasa dikuarantin sempena kembalinya mereka dari luar negara untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19. Maklum sahajalah mereka ni biasa bersenang-senang, tambahan baru pula baru balik dari bercuti bergembira, tiba-tiba sampai Malaysia kena kuarantin atau kena lalui pemeriksaan kesihatan sempena Covid-19, mereka complaint itu ini, demand itu ini. Ada di antara mereka pula yang dikuarantin di hotel kemudian jahanamkan harta benda hotel. Tahap kayangan tak boleh dibendung....

Iman Mutiara

Imej
Tedi baru sahaja mendengar nasyid Iman Mutiara 2019 melalui link YouTube  Iman Mutiara 2019  nyanyian Nazrey Johani (kalau kawan-kawan melawat laman YouTube tu, layanlah ye iklan sekali mana tahu hasilnya akan membantu Nazrey yang membuka maahad tahfiz), memang menyentuh jiwa. Seperti biasa Tedi akan abadikan lirik dan maklumat berkenaan lagu Iman Mutiara ini. Menurut Master, nasyid Iman Mutiara ni dah lama iaitu mula diterbitkan pada tahun 2007 , ia dinyanyikan oleh kumpulan Raihan di mana Nazrey Johani adalah vokalis utamanya. Nasyid Iman Mutiara ini terkandung dalam album Puji-pujian yang mencatat rekod album paling lari di Malaysia. Bermula dari album ini, nasyid kontemporari Malaysia menikmati zaman kegemilangannya.  Penulis lirik Iman Mutiara adalah Nazrey Johani dan hakcipta dipegang oleh  Warner Chappell Music, Inc . Tedi telah mendengar versi Iman Mutiara 2007 dan Iman Mutiara 2019 dan Tedi dapati versi Raihan lebih ceria dan rancak, manakala versi Na...

Aidan kelip-kelip mata

Imej
Perkembangan bayi Aidan berumur 5 bulan dan 25 hari. Animasi Aidan kelip mata sambil pegang patung sumbat unicorn sambil berbaring atas katil. # Saturday, 23 November 2019, 08:57 # 20191123 # IMG20191123085704-ANIMATION # Kamera telefon pintar OPPO Reno 2 #

Nocturne Buat Diriku

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Nocturne Buat Diriku Sekilas terkenangkan dirimu Apakah khabar dirimu di sana..? Sepimu mengundang resah...sejenak ku terfikir Adakah dirimu serupa... resah dengan sepiku Ku rasakan itulah hakikatnya Jari jemariku mengetik papan kekunci Mataku menatap skrin berona Sekilas wajahmu menerpa Apa khabar dirimu di sana..? Benarlah ku bekerja ini Mengejar cita kita Namun jika ia bermakna dikau kesepian Adakah daku membuatmu terluka Adakah dikau mengerti..? Ku rasa dikau cuba mengerti Cuma mungkin daku tidak memahami Saatku kelemahan… dikau menguatkan diriku Tapi tika dirimu perlu berteman Adakah aku menyedari..? Kekadang aku menyesali nasib diri Melibatkan dirimu dalam kisah hidupku Pantas aku menafi Semoga aku insan yang diciptakan buatmu Sekilas terkenangkan dirimu Apakah khabar dirimu di sana..? Sepimu mengundang resah...sejenak ku terfikir Ad...

Masalah pembangunan ePayment

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Projek ePayment adalah salah satu projek yang Master kena ambil alih. Sebagai salah satu projek baru, tentunya ada masalah ketika memulakan kerja, selalunya kerana tiada guru dan dokumentasi. java.lang.IllegalStateException: endPosTable already set  Seperti yang dijelaskan dalam  isu 134 , satu cara penyelesaian sementara ialah disable  useIncrementalCompilation : <plugin> <artifactId>maven-compiler-plugin</artifactId> <configuration> <useIncrementalCompilation>false</useIncrementalCompilation> </configuration> </plugin>   Tests are skipped. maven-surefire-plugin:2.16:test (default-test) Master bercadang nak masukkan unit test supaya tidak perlulah tunggu run dalam server baru dapat tengok apa hasil kod yang telah ditulis. Tapi apabila run unit test tersebut dapat mesej "Tes...

Chef Belanga Merecik di Langkawi

Imej
Pada suatu pagi yang hening, kami berkeliaran di  Pulau Langk awi untuk mencari sarapan. Mommy bercadang mahu membawa kami ke  Restoran Siti Fatimah yang masyhur itu. Apakan daya hajat kami tiada kesampaian untuk bersarapan di sana kerana ia masih belum dibuka lagi. Jam menunjukkan pukul 10 pagi dan mungkin Restoran Siti Fatimah itu belum mula waktu operasinya. Perut kamu sudah ber keroncong minta diisi. Entah bagaimana pula di hadapan Restoran Siti Fatimah itu ada sebuah gerai yang diberi nama Chef Belanga Merecik. Tanpa disangka, gerai yang kami tak berapa nak singgah ini rupa-rupanya akan meninggalkan kenangan indah buat kami di Pulau Langkawi ini. Chef Belanga Merecik gerainya kecil, tetapi menunya berjiwa besar. Baca sahaja menu dalam gambar di atas, memang Tedi tidak pernah mendengar apatah lagi melihatnya. Gambar di atas adalah Roti Canai Bistik yang boleh dikatakan signature dish di Chef Belanga Merecik di Langkawi ini. Rotinya adalah roti canai segera yang...

Prev Next

Popular