بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jadi pada petang ini Master mengambil keputusan untuk menukar tayar kereta Subaru XV 2015 yang telah lama botak.

Telah lama juga Master nak tukar tayar kereta Subaru XV tu tapi asyik tertangguh.

Tetapi petang ni Master tergerak hati untuk menukar tayar kereta Subaru XV tersebut kerana kami nak balik ke kampung Master petang ni sebaik sahaja habis waktu bekerja.

Ini masa yang agak sesuai memandangkan Master belum menerima apa-apa tugasan daripada ketua kumpulan beliau. Jadi bolehlah Master lari sebentar ke kedai tayar kereta.

 

Berapa Lama Tempoh Tukar Tayar Kereta?

Sebelum Master ke kedai tayar kereta beliau telah meminta Tedi memeriksa berapakah tempoh masa menukar tayar kereta.

Carian di internet menyatakan bahawa masa menukar 4 biji tayar kereta adalah 45 minit. Tetapi ada juga yang menyatakan bahawa masa menukar tayar kereta ialah 30 minit satu tayar.

Master keluar rumah pada jam 5:30 petang jadi Master rasa mungkin tak sempat tukar tayar kereta, cukup dengan survey sahaja.

Kami ke kedai tayar kereta di Kosmopleks. Tak banyak pilihan di sana. Hanya ada 2 buah kedai tayar kereta, sebuah kedai tayar kereta Cina dan ssbuah lagi kedai tayar kereta dimiliki pengusaha berbangsa Melayu.

Jadi Master pergilah ke kedai tayar Melayu tu.

 

Tayar Kereta Cap Continental Pun Bolehlah

Rupa-rupanya kedai tayar kereta tu cuma jual tayar Continental. Master macam dah tak berminat nak guna tayar kereta Continental ni, tapi Master pun dah malas nak cari. Beli sahajalah tayar kereta jenama apa pun.

Malangnya di kedai tayar kereta tu hanya ada 2 biji tayar kereta saiz 225/55 R17 iaitu tayar kereta dengan lebar 225 dan saiz rim 17 inci. Itupun tayar kereta tahun 2018.

Kedai tayar tu tawarkan tayar kereta Continental MC 6 tahun 2018 tu pada harga RM 400 (empat ratus Ringgit Malaysia), manakala tayar baru pada harga RM 450 (empat ratus lima puluh Ringgit Malaysia).

Master sebenarnya nak tukar 4 biji tayar kereta Subaru XV tu sekaligus, tapi akhirnya Master terima sahajalah tukar 2 tayar kereta Subaru XV tu dulu. Buat sementara.

Kalau tangguh nanti mau lama lagi baru tukar tayar kereta Subaru XV tu. Baik tukar sekarang, dua pun bolehlah.

Lagi 2 tukar apabila ada stok baru.

Master suruh mekanik tu pilih tayar kereta yang mana perlu ditukar dulu. Kalau ikutkan Master dia nak tukar tayar belakang sebelah kiri dulu, tetapi mekanik tu pilih 2 tayar depan.

Itu pun setelah beliau tepuk dahi melihat kerosakan atau kebotakan kedua-dua tayar depan tersebut.

 

Lama Juga Tukar Tayar Kereta

Master dah bertanya kepada mekanik tu sebelum kerja-kerja penukaran tayar kereta Subaru XV tu dilakukan, berapa lama tempoh diperlukan untuk tukar tayar kereta?

Jawabnya 20 minit sahaja.

Tapi Tedi rasa lebih 20 minit tu. Nanti Tedi semak berapa lama kami tunggu di sana.

 

Tayar Lain Pula Yang Sampai

Pada hari Selasa 20200707, Master ke kedai tayar kereta Sham Tyres and Car Services di Kosmopleks itu semula untuk menukar baki 2 tayar belakang kereta Subaru XV 2015.

Malangnya pembekal tayar kereta tu salah hantar pula, dihantarnya Continental Ultra Comfort UC6 saiz 225/55 R17 juga, cuma bunga tayarnya lain, kelihatan halus.

Master kata nak pergi keesokan harinya, tetapi Master kena pergi pejabat pula.

 

Lengkap Sudah 4 Tayar Kereta Baru

Pada hari Khamis 20200709, akhirnya selesai juga proses penggantian tayar-tayar kereta Subaru XV tu daripada Continental MaxContact MC5 kepada tayar kereta Continental MaxContact MC6.

Harga bagi 2 biji tayar kereta Continental MaxContact MC6 bersaiz 225/55/R17 itu ialah RM 900 (sembilan ratus Ringgit Malaysia).

Malangnya mekanik di kedai tayar kereta Sham Tyres and Car Services tu keberatan nak buat penjajaran tayar (tyre alignment). Mungkin sebab dah jam 6:30 petang mereka lebih pentingkan nak balik.

Lagipun RM 1700 telah dibayar kepada mereka, apa mereka nak kejar lagi kan?

Inilah susahnya nak sokong perniagaan bangsa sendiri ni, macam inilah perangainya. Tapi kita cuba redha. Mana tahu ada pulangan lain. Selagi boleh sokong kita sokong.

Mungkin pada masa ini mereka rasa perniagaan mereka maju maka tak perlu beri khidmat tambahan.

Insha-Allah kalau ada bengkel Muslim lain selain mereka, Master tak jejak kaki dah ke kedai tayar tu.

 


Karangan ini telah diterbitkan pada 20200703, adalah mengenai pengalaman kami menukar tayar kereta Subaru XV 2015 kami di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi. Kiriman berkaitan sebelum ini ialah Tayar Kereta Subaru XV 2020.