بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Master telah meminta Tedi mengkaji tayar kereta Subaru XV yang kami guna sekarang.

Nampak gayanya Master mungkin sedang bersedia untuk menukar tayar kereta Subaru XV yang digunakan sekarang.

Gambar tayar kereta Continental Max Contact MC5 Malaysia dengan saiz 225/55 R17.
  • Tayar kereta Subaru XV kami pada masa ini menggunakan tayar kereta saiz 225/55 R17.
  • Indeks bebanan tayar kereta tersebut ialah 97 yang bermaksud ia boleh menanggung beban sehingga 730 kilogram setiap tayar. Jika 4 tayar mungkin bermaksud beban maksimum 2920 kilogram.
  • V ialah indeks kelajuan. Kategori V bermaksud tayar kereta Continental MC5 ni boleh dipandu sehingga kelajuan 240 kilometer sejam.
  • Treadwear 340 bermaksud ketahanan benang tayar kereta ini ialah 340. Ia lebih baik berbanding tayar kereta dengan treadwear lebih rendah.
  • Traction A bermaksud cengkaman tayar kereta ini bertaraf A. AA adalah terbaik. Lebih baik cengkaman tayar bermaksud tayar lebih lembut dan boleh berhenti lebih baik di jalan basah.
    # Sunday, 7 June 2020, 13:43 # IMG_20200607_134337 # Xiaomi Redmi Note 5A #
Gambar tayar kereta Continental Max Contact MC5 Malaysia dengan saiz 225/55 R17.
Tayar kereta Subaru XV kami pada masa ini ialah Max Contact MC5 keluaran Continental Tires. Laman web pengeluar tayar kereta ini ialah www.continental-tires.com # Sunday, 7 June 2020, 13:44 # 20200607 # IMG_20200607_134407 # Xiaomi Redmi Note 5A #
Gambar tayar kereta Continental Max Contact MC5 Malaysia dengan saiz 225/55 R17.
Gambar ini menjelaskan bahawa tekanan udara maksimum untuk tayar kereta Subaru XV pada masa ini ialah 350 KPA atau 51 PSI. Beban maksimum ialah 730 kilogram setiap tayar. # Sunday, 7 June 2020, 13:44 # IMG_20200607_134429 # Xiaomi Redmi Note 5A #
  • DOT bermaksud Department of Transportation atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Jabatan Pengangkutan.
  • Ia digunakan bagi menandakan nombor siri tayar kereta dan umur tayar kereta.
  • Sejak tahun 2000, 4 angka terakhir pada DOT digunakan untuk menandakan bila tayar kereta itu dikeluarkan.
  • Bagi tayar kereta Subaru XV kami ini ia dikeluarkan pada minggu ke-28 iaitu bulan Julai pada tahun 2015.
  • Ini bermakna tayar kereta Continental pada kereta Subaru XV itu akan berusia 5 tahun pada bulan Julai 2020.
  • # IMG_20200607_134451 # Xiaomi Redmi Note 5A #