Karangan ini bukan pasal plot dalam filem Avengers : Endgame tu kerana mereka yang menontonnya pasti tahu Tony Stark a.k.a Iron Man mati akibat kesan daripada Batu Infiniti selepas beliau memetik jari sehingga menyebabkan geng Thanos lenyap dari dunia.

Cuma Tedi ingin tahu kenapa Tony Stark "dibunuh", bermakna selepas ini wataknya tiada lagi dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe.

Kenapa watak yang popular ini dimatikan?

Semua peminat yang mengikuti filem Avengers ni pasti sedih dan kehairanan kenapa harus Tony Stark a.k.a Iron Man mati dalam filem End Game?

Mengikut penulis skrip:

Tony Stark dipilih untuk mati dalam End Game untuk menunjukkan perubahannya daripada seorang yang sombong dan mementingkan diri kepada seorang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk orang lain.

Penjelasan itu tampak agak menarik. Penulis skrip pastinya memerlukan adegan yang akan memberikan kesan kepada penonton, dan ternyata kematian Tony Stark a.k.a Iron Man itu memang menimbulkan perdebatan di kalangan peminat.

Tetapi Tedi tak rasa itu adalah jawapan sebenarnya.

Robert Downey Jr dikatakan mahu menamatkan kontraknya dengan Marvel Cinematic Universe melalui filem End Game.

Jika benarlah dakwaan ini maka penulis skrip perlu memikirkan cara bagaimana menawatkan watak Tony Stark a.k.a Iron Man itu. Salah satu cara paling berkesan adalah dengan mematikan watak tersebut.

Boleh dikatakan itu satu pilihan yang tepat.

Pendapatan Robert Downer Jr. dalam setiap filem Marvel Cinematic Universe

Tapi Tedi rasa sebab utama Tony Stark dimatikan ialah kerana bayarannya. Maka Tedi cuba cari berapa pendapatan Robert Downey Jr. dalam setiap filem MCU:

  1. Iron Man (2008) - $500,000 gaji, bonus $1.5 juta, pendapatan keseluruhan $2 juta.
  2. Iron Man 2 (2010) - $10 juta gaji, pendapatan keseluruhan $12 juta.
  3. The Avengers (2012) - $10 juta gaji, bonus $50 juta, pendapatan keseluruhan $72 juta.
  4. Iron Man 3 (2013) - $10 juta gaji, bonus $50 juta, pendapatan keseluruhan $122 juta.
  5. Avengers: Age of Ultron (2015) - gaji di antara $50 juta dan $80 juta, pendapatan keseluruhan $172 juta hingga $202 juta
  6. Captain America: Civil War (2016) - $50 juta gaji, $5 juta bonus, $9 juta lain-lain, pendapatan keseluruhan $236 juta hingga $266 juta.
  7. Spider-Man: Homecoming (2017) - gaji $10 juta hingga $15 juta, pendapatan keseluruhan $246 juta hingga $281 juta.
  8. Avengers: Infinity War (2018) - $75 juta, pendapatan keseluruhan $321 juta hingga $356 juta.
  9. Avengers: Endgame (2019) - $75 gaji, bonus $55 juta ke atas, pendapatan keseluruhan $396 juta hingga $435 juta.

Fuh, dah mahal macam tu tidak hairanlah wataknya dimatikan, lagipun Robert Downey Jr. ni dah tua, maka mungkin tiba masa untuk pelakon muda dan murah menggantikan tempatnya.

Karangan ini diterbitkan pada 20200518 adalah mengenai kehairanan Tedi kenapa Tony Stark a.k.a Iron Man mati dalam filem Avengers : Endgame. Ini adalah pendapat sendiri sahaja.