Akhirnya setelah 3 bulan Mummy bercuti kerana berpantang sempena melahirkan Aidan, masanya telah tiba untuk Aidan menuruti jejak langkah kakaknya untuk tinggal bersama pengasuh semasa Mummy dan Master bekerja.

Ini bermakna Aidan dan Aina perlu mengembara sejauh 100 kilometer setiap hari.

Aina pula akan kembali ke rumah pengasuhnya setelah 3 bulan tidak ke sana.

Aidan berumur 3 bulan 6 hari. Hari ini adalah hari pertama Aidan akan dihantar ke rumah pengasuh bersama kakaknya si Aina.
# Wednesday, 4 September 2019, 07:17 # DSC_9151 # Sony G3226 #
Hari pertama setelah Mummy bercuti berpantang selama 90 hari, Aina dan Aidan dibawa ke rumah pengasuh. Gambar Aina duduk atas baby car seat Sparco berwarna merah. Master kejutkan dan mandikan Aina pada awal pagi. Aina agak berkelakuan baik kali ini kerana mahu duduk atas kerusi kanak-kanak tidak seperti sebelum ini di mana dia tak mahu duduk dalam baby car seat. Umur Aina pada masa ini ialah 2 tahun 6 bulan dan 14 hari.
# Wednesday, 4 September 2019, 07:22 # DSC_9159 # Sony G3226 # Rumah #
Aina menyorok di belakang Master menangis tak mahu masuk ke dalam rumah pengasuh setelah 3 bulan bercuti. Agak sayu mendengar dia menangis tetapi seperti sedia diketahui, Aina memang seorang yang dramatis. Mungkin selepas Master dan Mummy beredar dia berseronok riang ria bersama anak-anak pengasuhnya.
# Wednesday, 4 September 2019, 08:49 # DSC_9160 # Sony G3226 # Pantai Permai, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #

Setakat ini perjalanan pergi balik kerja bersama Aina dan Aidan agak lancar kerana musim peperiksaan UPSR. Tidak tahu apa yang bakal menanti pada masa depan mungkin pada minggu depan. Mungkin keadaan itu nanti akan mendorong Master untuk mencari kerja lain di Cyberjaya?