بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Nampaknya dah kena tukar tayar kereta Proton Persona 2009. Kereta Proton Persona menggunakan tayar 15 inci.
Sudah tentulah Master nak menggunakan tayar murah tetapi berkualiti di Malaysia ni. Sebelum ni kami sudah menggunakan tayar Michelin, tayar Viking, dan tayar Continental sebagai tayar kereta kepada kereta Proton SAGA BLM dan Proton Persona.
Tayar Continental mungkin takkan kami pertimbangkan untuk digunakan lagi kali ini, begitu juga dengan tayar Michelin, kerana kedua-duanya cepat haus kerana materialnya lebih kepada keselesaan dan cengkaman jalan basah. Semakin lembut tayar kereta lebih bagus tayar mencengkam permukaan jalan.
Pak Lang Epul mencadangkan agar kami gunakan tayar Falken untuk menggantikan tayar Continental yang digunakan pada kereta Proton Persona kami sekarang.

Saiz Tayar Kereta Proton Persona Elegance
Pak Lang kata saiz tayar untuk kereta Proton Persona Elegance mungkin tayar 195/55/R15 atau 195/60/R15.
195 tu lebar tayar. 55 atau 60 di tengah tu ialah profil tayar (lebih mudah disebut ketebalan dinding tayar), semakin tebal semakin selesa perjalanan, tapi orang kereta lumba suka tayar profil rendah iaitu di bawah 50 kerana semakin nipis tayar semakin tinggi prestasinya, cuma akan rasa macam naik kereta kuda lah (agaknya lah).
Untuk memudahkan kajian Tedi pada malam ini Tedi akan mencari senarai harga tayar kereta paling murah dan harga tayar kereta terkini paling mahal untuk dibandingkan dan menjadi panduan jika kami ke kedai tayar nanti.
Harga Tayar Kereta 195/55/R15 Malaysia
Berikut adalah senarai harga tayar kereta saiz 15 inci dengan profil 55. Susah nak jumpa tayar Falken.
*Tedi baru tahu harga tayar kereta jenama Continental murah mungkin tayar lama.
- Bridgestone Ecopia EP300: RM 136 - RM 220
- Continental ComfortContact CC6: RM 149 - RM 220
- Continental UC6: RM 196 - RM 240
- Falken ZIEX ZE914 ECORUN: RM 145
- Michelin ENERGY XM2: RM 218 - RM 320
- TOYO NanoEnergy 3 NE3: RM 155 - RM 240
Tapi setelah Tedi menyelesaikan kajian harga tayar kereta 195/55/R15 ni barulah Master makumkan bahawa saiz tayar kereta Proton Persona Elegance transmisi manual kami menggunakan tayar kereta 195/60/R15.
Harga Tayar Kereta 195/60/R15 Malaysia
Harga tayar kereta akan semakin murah mengikut tarikh tayar itu dikeluarkan, jadi harga yang paling mahal tu adalah untuk tayar baru.
- Bridgestone Ecopia EP150 (195/60R15): RM 180 - RM 240
- Continental ComfortContact CC6 (195/60R15): RM 182 - RM 260
- Falken ZIEX ZE914 ECORUN: RM 162
- Goodyear NCT 5 (195/60R15): RM 159 - RM 220
- Hankook-H308 (195/60R15): RM 175
- VIKING ProTech PT5: RM 148.96 - RM 224
- SILVERSTONE KRUIZER 1 NS800: RM 170
- TOYO NanoEnergy 3 NE3: RM 181.03 - RM 254
- YOKOHAMA TYRE BLUEARTH ES32: RM 215 - RM 238
2 Ulasan
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
BalasPadamAda >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus di kedai.
terima kasih untuk iklan tersebut. boleh email tedi.interpretzz@gmail.com untuk urusan pembayaran 😅
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.