Harga Mentol Lampu LED Philips
PHILIPS mempunyai pelbagai koleksi mentol lampu LED, tetapi Tedi hanya fokus kepada mentol lampu untuk soket E27 kerana mentol soket ini digunakan pada downlight di rumah kami. Karangan ini terbahagi kepada: Mentol LED Philips pilihan Master untuk downlight di dapur rumah kami , Jenis-jenis mentol LED Philips , dan Gambar mentol LED Philips . Mentol LED Philips pilihan Master untuk downlight di dapur rumah kami Master telah memilih untuk menggunakan mentol Philips LED Stick E27 7.5W Cool Daylight kerana 3 sebab iaitu: Mentol LED Philips Stick mempunyai bentuk yang kurus berbanding mentol LED Philips Essential dan MyCare yang bulat, membolehkannya muat dalam slot downlight . Mentol LED dengan kuasa 7.5W dipilih kerana setiap slot downlight menggunakan 2 mentol, jadi 15W tu dah cukup terang (jumlahnya 15W setiap slot downlight ), selain menjimatkan tenaga sekaligus menjimatkan bil elektrik. Cool daylight dipilih kerana war...