بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ini adalah satu persoalan yang agak berat untuk dijawab, kerana bagi Tedi ini satu pengkisahan dari segi sejarah.

Kita tidak tahu bagaimana orang zaman dulukala boleh memanggil Tapak Sulaiman untuk seekor binatang yang berbentuk bintang lima?

 

Apakah asal-usul nama Tapak Sulaiman tersebut?

Tiada jawapan terus daripada kajian yang Tedi buat melalui internet. Tiada siapa tahu bagaimana haiwan bernama Tapak Sulaiman ini boleh mendapat nama sebegitu. Apa yang pasti ramai yang yakin bahawa Tapak Sulaiman itu tidak dinamakan kerana tapak kaki Nabi Sulaiman berbentuk sedemikian!

Orang zaman dulukala memang gemar menamakan sesuatu dengan metafora sebagai contoh Harimau Belang dipanggil Pak Belang.

Jadi sudah tentu Tapak Sulaiman juga adalah bayangan kepada sesuatu, tapi benarkah ia dinamakan sempena tapak kaki Nabi Sulaiman? Itu agak tidak logik.

 

Mengenali Raja Sulaiman

Sulaiman yang dipadankan sebagai nama Tapak Sulaiman itu adalah merujuk kepada seorang nabi iaitu Nabi Sulaiman alaihissalan. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan Rasul malahan seorang raja yang mempunyai kekuasaan ke atas manusia dan makhluk lain seperti haiwan dan jin.

Omputeh panggil Raja Sulaiman ni sebagai Solomon.

 

Apakah itu tapak?

Tapak secara umumnya mempunyai beberapa maksud.

Salah satu maksud tapak ialah tempat yang menjadi asas kepada sesuatu. Jadi Tapak Sulaiman mungkin sahaja bermaksud di mana Raja Sulaiman bertapak. Adakah ia singgahsana?

 

Tumbuhan Tapak Gajah dan Tapak Sulaiman

Tapak Sulaiman juga adalah nama kepada sejenis tumbuhan yang sering dikelirukan sebagai tumbuhan lain bernama Tapak Gajah kerana rupanya hampir sama.

Ada pendapat kata nama haiwan Tapak Sulaiman ni mengambil nama tumbuhan Tapak Sulaiman kerana rupanya nak sama. Tedi Google gambar tak nampak sama pun.

Tapi pokok Tapak Sulaiman ini menarik minat Tedi kerana nama Inggerisnya ialah Solomon's Seal.

 

Adakah Tapak bermaksud Cop Mohor?

 Haiwan Tapak Sulaiman dipanggil Starfish, manakala tumbuhan Tapak Sulaiman dipanggil Solomon's Seal.

Bolehkah kita kata bahawa Tapak bermaksud Seal dalam Bahasa Inggeris? iaitu cap mohor dalam Bahasa Malaysia.

 

Cap Mohor Raja Sulaiman

Jeng jeng jeng... macam dah nak dapat jawapan ni. Tinggal Google beberapa lama lagi dapatlah jawapan ni kan?

~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm