Hukum Lipas Jatuh dalam Makanan
Baiklah, saya sangat letih hari ini. Saya mahu menaip sesuatu dan kemudian berehat.
Memandangkan tiada kiriman yang pendek akan terhasil jika Tedi yang mengarangnya, maka malam ini Tedi mahu kongsikan satu soalan.
Makanan jadi najis jika lipas jatuh ke dalamnya?
Soalan: "Seekor lipas terjatuh ke dalam masakan saya. Apakah masakan yang saya masak itu menjadi najis?"
Jawapan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood:
Sekiranya makanan yang anda masak dimasuki oleh lipas tetapi tidak menjejaskan makanan seperti jadi berbau, perkara ini dimaafkan. Kawasan yang lipas jatuh ke atasnya hendaklah dibuang sahaja. Memadai anda melakukan sedemikian tanpa membuang semua makanan tersebut.
Sumber: Fekah Wanita, Majalah I, 20210217

Ulasan
ekor cicak ngan sesungut sotong lebih kurang jer tu.,
hmm nyam2., haha., kembang plak takak kita ni.,
eii... geli pulak tekak Tedi.. huhu