Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke-2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Perang Dunia Ke-2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan. Tempoh perang yang panjang itu menyaksikan lahirnya idea-idea kereta kebal yang ganas, namun tidak kurang juga yang sangat teruk rekaannya.

1. Kereta Kebal King Tiger / Tiger II

Masalah Utama: Terlalu berat dan kompleks sehingga menjejaskan mobiliti.

Kereta kebal ini adalah percubaan Jerman untuk menghasilkan perisai paling kebal, namun ia gagal berfungsi dengan baik kerana:

  • Enjin Lemah: Tidak mampu menampung berat perisai yang melampau.
  • Kerosakan Mekanikal: Sering alami kebocoran minyak dan patah drive shaft.
  • Roda Terkunci: Rekabentuk roda bersilang menyebabkan ia lumpuh jika satu roda rosak.

Akhirnya, banyak Tiger II hanya dijadikan bunker statik dan mudah dimusnahkan oleh serangan udara pihak Bersekutu.

2. Kereta Kebal Tančík vzor 1933

Masalah Utama: Perisai terlalu nipis dan hanya bersenjatakan machine gun tunggal.
  • Sudut Tembakan Sempit: Sangat bergantung kepada arah pergerakan kereta kebal.
  • Komunikasi Gagal: Bunyi enjin di belakang kru terlalu bising sehingga kru tidak boleh bercakap.
  • Ketahanan Rendah: Tidak mampu bertahan lebih 5 minit di barisan hadapan.

3. Kereta Kebal Type 95 Ha-Go (Jepun)

Masalah Utama: Perisai sangat nipis (6-16mm), boleh ditembus dengan senjata ringan.

Walaupun Jepun menghasilkan lebih 2,900 unit, ia gagal apabila berhadapan dengan M4 Sherman milik Amerika Syarikat kerana rekaan yang ketinggalan zaman dan meriam yang tidak tepat.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Kita melihat negara lain berjaya menghasilkan kereta kebal nasional walaupun ada kelemahan. Sebaliknya, Malaysia masih bergantung kepada pembelian luar. Kekangan politik dan mentaliti "masih terjajah" perlu diubah.

Jika Singapura mampu menghasilkan dan mengeksport jentera perang sendiri, kenapa kita tidak boleh? Kita perlu berdikari demi kedaulatan negara.

Diterbitkan: 20160625 | Kemaskini: 20260311 (12:05) | interpretZZ
⌂ Home

Popular