Tedi tak tengok sangat cerita Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana ni.

Hari ni kebetulan sempat tonton pula drama bersiri ni.

Memang Tedi agak terhibur dengan drama komedi ni. Tak pernah Tedi tonton drama ada babak Tok Kadi kena culik!

Adoi pecah perut Tedi dibuatnya, tapi ini bermakna drama Dia Semanis Honey ni tidak klise... err... pada babak tu je la.

Selain itu aksi Bella bunuh mak dia guna bantal pun agak kelakar. Inilah pertama kali Tedi tengok babak bunuh orang guna bantal di mana Tedi tengok si pembunuhnya sopan-santun.

keratan drama bersiri Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana dan Alif Aziz
Sedutan dari drama bersiri Dia Semanis Honey episod ke-16

Rasanya kalau macam tu lah aksi si pembunuh tu memang kena tendang je dengan si mangsa. Tengok mangsa punya meronta-ronta tu pun lebih bertenaga daripada aura membunuh si pembunuh.

Polis pula datang 3 orang saja, si penjenayah pun lebih ramai berbanding polis. Tapi itu bermakna Polis Di-Raja Malaysia adalah sangat hebat dan supercop.

Mula-mula Polis macam nak serbu tapi kemudian dialog klise "jangan bergerak" diungkapkan sehingga penjenayah sempat bertindak, selepas itu barulah polis tiba-tiba serbu. Tapi ia tiada masalah kerana babak ini menunjukkan Polis Di-Raja Malaysia sangat mengikut protokol.

Akhirnya Bella ditangkap dan dibawa masuk ke dalan kereta polis, tapi cuma dia saja, yang lain tak nampak batang hidung pun, mungkin mereka dah lama lari tanpa Tedi sedari.

Dialog drama bersiri Dia Semanis Honey ni sungguh kaku, keras, bangku sekali. Siti Nordiana memang tak pandai berlakon, sama jugalah pelakon tambahan yang lain.

Ada pelakon hebat macam Nina Jureen (kalau Tedi tak salah nama), tapi wataknya menempel saja, cukup suruh menantu makan.

Apa-apa sajalah Dia Semanis Honey oiii...

Apa-apa pun syabas kepada drama bersiri ini kerana berjaya membuat Tedi tertanya-tanya, siapakah pengarah drama Dia Semanis Honey ini?

Nampak gayanya drama ini hanya mahu tumpang populariti Siti Nordiana semasa dia masih panas, dan nampak sangat plot ceritanya dibuat tangkap muat cukup untuk habiskan cerita.

20160526