Kek Ikan kering buat mengalas perut yang lapar
Kek Ikan memang sedap dimakan terutama apabila betul cara memasaknya.
- Alkisahnya, pada jam 3 pagi 4 Oktober 2014, beberapa minit sebelum kami berangkat pulang ke Kelantan, Master mengadu kelaparan.
- Tedi pun segera menghulurkan bantuan.
- Tedi selongkar peti sejuk dan menjumpai Kek Ikan beberapa potong.
- Tanpa berlengah Tedi memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan set masa 3 minit.
- Apabila keluar sahaja, Tedi mendapati ia sangat kering dan mengembang macam belon.
- Master pula memakannya dengan terpaksa, dan berkerut-kerut.
- Tedi bertanya, "Kenapa Master? Tak sedap ke?"
- Master jawab, "Nah, rasalah sendiri."
- Memang tak sedap! Rasanya sungguh masin...
- Apa-apa pun Master tetap menghabiskan masakan Tedi tu... hehehehe... bak kata pepatah, "tiada rotan, akar pun berguna", yang bermaksudnya jika tiada yang baik, yang kurang baik pun boleh digunakan...
- Atau boleh juga dinasihatkan kepada semua kawan-kawan, "jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan dicuba!", sila belajar terlebih dahulu sebelum membakar kek ikan dalam ketuhar gelombang mikro.
![]() |
| Inilah rupa kek ikan yang jadi macam biskut tongkat setelah dimasak dalam ketuhar gelombang mikro. |
*****

Ulasan