Hang Kedah tang mana?
Malam itu Master sertai permainan badminton dengan kawan-kawan barunya.
- Tiba-tiba sahaja ramai yang menegurnya.
- Teguran itu pula dalam loghat utara, loghat Kedah.
- "Hang Kedah tang mana?"
- "Jeles aku dengan jersi hang ni"
- Master jawab, "Aku asal Negeri Sembilan"
- "Habis, awat hang pakai jersi Kedah ni??"
- "Alah, mula-mula aku tengok bola dulu, aku tengok Kedah main cantik."
- Ramai mula menerima jawapan Master tu walaupun di Malaysia ni selalunya sokongan diberikan kepada pasukan negeri kelahiran masing-masing.
- "Alah, kalau korang boleh sokong Manchester United, takkan aku tak boleh sokong Kedah?", hujah keramat Master.
- Setahu Tedi, ada seorang artis Malaysia, iaitu Yusri KRU, suami kepada Lisa Surihani yang gemar memakai jersi pasukan-pasukan negeri di Malaysia, tanpa mengira negeri, mungkin satu langkah selamat dalam menyatakan cinta kepada bolasepak tanah air.
![]() |
| Yusri dengan jersi Pulau Pinang |
![]() |
| Yusri dengan jersi Perak |
![]() |
| Yusri dengan jersi Sabah |
![]() |
| Yusri dengan jersi Sarawak |
Lisa Surihani dan Yusri pakai jersi Sarawak
20141021





Ulasan