Ini adalah sebahagian daripada koleksi foto Tedi yang dirakam di Masjid Mukim Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan.  Cuma kali ini subjeknya adalah van jenazah di Masjid Mukim Pulau Lima ini yang berjaya menarik minat Tedi.

Kenapa? Kawan-kawan boleh dapatkan jawapannya melalui gambar-gambar di bawah.

Gambar van jenazah Masjid Mukim Pulau Lima di Pasir Puteh di Kelantan di Malaysia
Sila telefon 012-9546053 (Haji Che Awang) atau 019-9964788 (Haji Abdullah) untuk mendapatkan perkhidmatan van jenazah Masjid Mukim Pulau Lima ini.

 

Gambar van jenazah Masjid Mukim Pulau Lima di Pasir Puteh di Kelantan di Malaysia

 

Gambar van jenazah Masjid Mukim Pulau Lima di Pasir Puteh di Kelantan di Malaysia
Pada awalnya Tedi baca sekali imbas sahaja, tapi apabila diulang tayang, ternyata Tedi masih waras dan mata Tedi belum rabun.Benarlah van jenazah ini hasil sumbangan (sedekah) Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Dato Najib Tun Abdul Razak. Ramai orang guna, maka makin banyaklah pahala beliau.  

Karya Tedi kali ini agak unik pada pandangan mata Tedi sebab kali ni Tedi boleh gunakan nama Perdana Menteri Malaysia dengan sesuka hati dan riang gembira (harap-harap beliau belanja Tedi minum petang).

Walaupun banyak pandangan Tedi yang kontra dengan pola pemikiran beliau, tapi kalau benda baik macam ni, ok la juga untuk dikongsikan, kan kan kan? Takkan nak hentam saja, ye tak?

Lagipun setiap makhluk memang berbeda, jadi pemikiran seorang Perdana Menteri memanglah amat berlawanan dengan pemikiran seekor beruang teddy.

By the way, tengok kecomelan saja sudah nampak perbezaan kami. Siapa yang lebih comel, itu terpulang kepada pandangan masing-masing.

Dato Najib... comel?... macam pelik je...


Karangan ini telah ditaip dan diterbitkan pada 20140503 buat kali pertama adalah mengenai gambar-gambar yang dirakam pada 20131130 di Masjid Mukim Pulau Lima.