Baru balik daripada Kampung Baru Medical Center.

Harga hospital bersalin area Selangor & KL


Itu nama lamanya, nama barunya Hospital Pakar al-Islam. Hospital ni terletak di seberang jalan, menghadap Masjid Jamek Kampung Baru.

Tedi pergi ke sana sebab Mommy nak lawat kawan dia yang kematian bayi dalam kandungan, lebih tragis apabila makcik tu hanya menunggu hari untuk bersalin.

Insya-Allah, bayi itu akan menjadi wali kepada ibu bapanya di akhirat kelak.

Kemeriahan Masjid Jamek Kampung Baru.


Kami sampai di sana betul-betul ketika azan Isya' berkumandang. Master menuju ke masjid untuk solat berjemaah, manakala Mommy pula terus menuju wad yang berkenaan.

Suasana di masjid agak meriah, tak serupa dengan masjid-masjid lain yang Tedi pernah pergi. Masjid lain pun meriah, tapi masjid ni lain macam sedikit.

Tak tahu bagaimana Tedi nak kisahkan.

Kehilangan dalam penantian.


Semasa Tedi menunggu Mommy di lobi, ada peti televisyen yang menceritakan sedikit sejarah Hospital Pakar al-Islam ni.

Hospital ini rupanya hasil usaha Angkatan Belia Islam Malaysia yang berdakwah menggunakan perbuatan. Mereka sedar bahawa sebuah hospital Islam perlu diwujudkan selain menampung keperluan rakyat, turut berdakwah menunjukkan keindahan Islam.

Memorandum kepada Presiden Bangladesh: Kembalikan Kebebasan Asasi


Berkenaan kawan Mommy tu, mesti dia sedih sangat setelah 9 bulan menanti, tengok-tengok dalam sekelip mata anaknya meninggal dunia.

Begitu juga ahli keluarga yang menunggu penumpang MH 370 mendarat, tengok-tengok mereka diberitahu pesawat itu hilang.

Kesemua ini menunjukkan bahawa kegembiraan kita boleh direnggut sekelip mata, maka perlu sentiasa berwaspada dan redha.

Mengantuknyalah. Jam 12 malam baru sampai rumah, semua benda Tedi dah nampak berganda-ganda...
12 Mac 2014