بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Ini adalah kisah pemasangan kabel Unifi di kawasan perumahan kami di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.

Balik dari sekolah, Tedi terlihat dan melihat ada van di belakang rumah!

"Apa yang van itu buat di situ?"
Eh, silap pula.
"Kenapa van itu berada di situ? Apa yang dibuat oleh penumpang van itu?"

Haa... barulah betul! 

Masuk je ke dalam rumah, Tedi terus menuju ke belakang. Tedi ambil penyiram pokok, lepas tu Tedi buat-buat siram pokok-pokok.

"Pakcik... pakcik buat apa ni?"
gambar unifi

 

"Pakcik sedang memasang kabel UNIFI, nak ooii"
"UNIFI yang internet tu ke pakcik?"
"Benar sungguh telahanmu, wahai anak muda."
"Kejap lagi dah boleh guna UNIFI ke pakcik?"
"Bersabarlah wahai anak muda. Masanya akan tiba jua barang sepurnama"
"Alah... kenapa lama sangat pakcik?"
"Lama bukan sebarang lama, lama ia menunggu diuji. Apalah sangat barang sepurnama, jika diukur gembiranya hati."
Wah wah wah, bermadah seloka ala purbawara pula si pakcik itu. Malas nak layan Tedi la tu, macamlah Tedi tak tahu!
"Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Pakcik tak hendak, Tedi pun tak ingin, tak ingin, tak ingin."
Muda belia lagi pakcik berdua tu. Baguslah mereka rajin bekerja, tidaklah duk merempit sana-sini, atau juga meragut serupa kambing. Kambing pun lagi bagus sebab meragut rumput, manusia pula duk sibuk meragut beg dan barang kemas.
"Dua tiga kambing di padang, mana nak sama kambing di kandang. Dua tiga boleh dipandang, mana nak sama kambing dipanggang."
Kambing dapat pahala (kalau dia manusia) sebab patuh kepada suruhan Allah subhanahu wa ta'ala (patuh kepada aturan meragut rumput), manakala si manusia lak sibuk dapat dosa!
***

Selamat tinggal ASTRO?

"Jangan diucap selamat tinggal, jangan diucap selamat tinggal, jangan diucap selamat tinggal ... kepada ASTRO"
Lepas ni bolehlah guna UNIFI untuk layari internet, buat kerja sekolah dan juga tonton TV. UNIFI ada IP-TV iaitu TV yang ditonton menggunakan internet. Tak payahlah bayar ASTRO tu lagi.
 
Walaupun mungkin saluran di IP-TV tu tak selagha di ASTRO, tapi TV tetap TV, tidak mengenyangkan perut.
 
Guna YES-4G pun ok saja, tapi ada had bulanan atau ikut kredit, nak blog-walking atau tonton Walking Dead pun susah.
 
Dah guna UNIFI nanti bukan saja blog-walking ... blog-running atau blog-marathon pun boleh juga, hehehe.
 
UNIFI, UNIFI... dah nak setahun baru sampai sini, kata pantas? Tak mengapalah, better later than never, kan?
 
Malas pula Tedi nak sambung buat nota ni... tak ulangkaji pun lagi ni... macam mana nak mengajar kawan esok ni?

20131121


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih