Siapa yang tak tergoda dengan kecomelan anak Sang Kura-kura?

Malahan Tedi percaya lebih ramai tak dapat menahan godaan seekor kawan Tedi yang baru lahir di San Antonio Zoo ini.

San Antonio Zoo merupakan gabungan zoo dan akuarium di Midtown San Antonio di Texas di Amerika Syarikat.

Tedi perkenalkan Thelma & Louise!

Eh Tedi, tadi Tedi kata seekor?

Betullah seekor kawan Tedi yang baru dilahirkan di San Antonio Zoo, kenapa?

Tapi tadi Tedi sebut 2 nama, Thelma dan Louise, kan?

Ha'ah, betullah tu. Alah, malaslah Tedi nak cerita panjang-panjang, kawan-kawan tengok gambar ni mesti boleh faham punya.

Picture a two-headed tortoise named Thelma and Louise hatching at the San Antonio Zoo.
Gambar seekor kura-kura berkepala dua dinamakan Thelma dan Louise yang menetas di San Antonio Zoo.

Berita penuh, silalah baca di sini: "Two-headed turtle hatches at San Antonio zoo". Malangnya pautan sudah tiada, Tedi silap tidak lampirkan berita sebenar. Jika ada masa Tedi akan cuba dapatkan semula berita sebenar.

20130626