Baru selesai melawat Tinta Asyraf & Tedi tiba2 bersemangat Harimau Malaya!


Sebelum Tedi mengarut dengan lebih lanjut, baca dulu "http://www.tintaasyraf.com/2013/06/malaysia-vs-sydney-olympic-fc-4-0.html".

Heboh la Harimau Malaya tak lawan dengan Singapura. Bagi Tedi, takyah lawan Singapura tu pun takper! Level lebih kurang je dengan Harimau Malaya. Lawan la dengan mana2 negara di ASEAN ni, tak ke mana level nya!
Tahniah Harimau Malaya "benam" Sydney FC, 4-0.
Patutnya target 8-0, barulah boleh riya'!

Hutang gambar: http://www.tintaasyraf.com/2013/06/malaysia-vs-sydney-olympic-fc-4-0.html

Tedi lebih suka melihat Harimau Malaya berhempas pulas melawan pasukan kelab yang lebih tersusun permainannya.

Biarlah tak naik ranking pun! Apa guna naik ranking FIFA kalau main bola tak nampak rupa main bola? Setakat menang gitu2 jer, baik takyah la. Tak bangga langsung!

Tedi pernah menonton Harimau Malaya berhempas-pulas lawan sebuah kelab Perancis yang bertapak di Singapura. Permainan mereka sungguh menakjubkan & pemain Malaysia terpaksa meningkatkan mutu permainan mereka! Tiada sentimen seteru 2 negara (insiden terjah kaki lawan) & juga nak sembunyi2 taktik. Jadi Tedi tak setuju jika ada yang kata ini "alasan lapuk"!

Jadi, Tedi masih berharap agar pendedahan Harimau Malaya menentang kelab2 Australia akan naikkan semangat mereka & betul2 memanaskan badan mereka!

Hakikatnya, Tedi masih tak berpuas hati dengan Harimau Malaya & Tedi salahkan FAM yang rata2nya politiking jer lebih.

Tunggulah kehancuran apabila sesuatu bidang dipegang bukan oleh ahlinya!
20130611