Sekadar LIKE tak membantu.
Tedi pun tak berapa pasti nak setuju atau tidak. Memang kelihatan jika kita sekadar like tidaklah membantu sangat. Tapi pada zaman sekarang ni jika ramai like maka mungkin lebih ramai baca dan maka mungkin lebih ramai akan membantu?
Mungkin objektif kempen ini adalah untuk provoke supaya orang ramai akan tercabar sekaligus akan menghulurkan lebih banyak bantuan. Ye lah kan... mungkin kita nampak banyak like tu kita anggap banyak dah si mangsa terima bantuan tetapi pada hakikatnya ciput sahaja bantuan diterima.
Tambahan pula yang membuat kempen ini adalah pertubuhan yang memang bergiat dalam kerja-kerja amal ni maka mereka boleh nampak dengan lebih jelas apa sebenarnya yang berlaku.
Mungkin keras bunyinya, tapi itulah kenyataannya.
Kempen "Liking Isn’t Helping" – untuk Crisis Relief Singapore "mengejek" budaya meminta orang "Like" di FB atas sesuatu isu, seolah-olah sesiapa yang tidak "Like" adalah bersalah kerana tidak peduli.
Sebaliknya kempen ini menekankan bahawa sesiapa yang prihatin sepatutnya membantu dengan sukarela.
20130628



Ulasan