بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Operasi merumput minor dilaksanakan sebagai susulan kepada Operasi Merumput Mega

Minggu lepas Tedi dah jalankan Operasi Merumput Mega di kawasan belakang. Prestasinya amat menggalakkan, namun hujan lebat menyebabkan masalah banjir lumpur pula.

Gambar Irfan Bachdim sedang merumput
Merumput dalam bahasa Indonesia mungkin membawa maksud "bersukan di atas kawasan berumput"

Sebagai alternatif, Tedi telah mengarahkan Master untuk menyungkup tanah yang terdedah menggunakan sampah-sarap hasil merumput minggu lepas. Dah cukup kering, boleh ditabur di mana yang perlu.

Selain itu tanah di atas bukit yang Master tolong gemburkan sikit minggu lepas telah Tedi lawati.

Petang nanti nak laksanakan Operasi Merumput Minor pulak.

Cili tak bertunas, mungkin semai sawi pula. Nanti nak RnD cara-cara tanam sawi, hehehe.

Tedi tak pasti apakah maksud perkataan merumput dalam Bahasa Indonesia, tetapi nampaknya macam aktiviti bersukan di kawasan berumput.

20130602