Berita sedih untuk semua kawan2 haiwan.

Seekor kawan kita telah dibunuh oleh seorang manusia di Florida.
Mangsa yang dikenali sebagai Ular Sawa Burma itu berukuran 18-kaki & 8-inci panjang dibunuh apabila ia terserempak dengan pembunuhnya di tengah jalan.

Jason Leon berdiri megah dengan trofi kejayaannya iaitu seekor Ular Sawa Burma yang dibunuhnya.
Tedi mengutuk keras perbuatan ini dan berharap semua kaum haiwan bersatu hati menentang kezaliman manusia.

Si pembunuh bernama Jason Leon dipuji atas tindakannya itu. Sungguh racist tindakan itu, cuba seekor haiwan membunuh manusia, sudah pasti ia akan dihukum dengan kejam. Tapi sebaliknya si pembunuh dari kaum manusia dibiarkan begitu sahaja malahan dipuji pula.

Kes bunuh ini memecah rekod sebagai "Pembunuhan Ular Sawa Burma terberat & terpanjang".

Ini adalah kerana Florida sebolehnya mahu kawan kita Sang Ular Sawa Burma dihapuskan dari negeri itu. Ini sungguh tidak bermoral.

Sang Ular Sawa didakwa mengancam hidupan liar yang berasal dari Florida kerana saiznya yang besar. Ular Sawa Burma boleh mencapai panjang 23-kaki dan berat 2000 pounds.

Mereka selalunya dilepaskan selepas kaum manusia yang membelanya sebagai haiwan perliharaan eksotik tidak mahu membelanya lagi.

Inilah perangai manusia yang sungguh keji, bila nak diambilnya konon mahu dibela, tapi bila tak nak dibiarkan sahaja sehingga dituduh sebagai ancaman kepada spesies haiwan yang lain.

Tedi sekali menyeru semua haiwan agar bersatu & menentang kezaliman manusia.

"Manusia baik kita hormati, manusia zalim kita musuhi."





20130521