بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari ini Sinar Harian melaporkan bahawa "Dua pengintip Israel digantung".

Bila Tedi bagitau Master, dia taknak percaya.

Dia kata mungkin itu sekadar lakonan untuk menutup bahawa Iran musuh dalam selimut umat Islam.

Kenapa Master kata begitu?

Sebab Iran beri bantuan ketenteraan kepada Syria untuk serang kumpulan pembangkang.

Pada 5 Mei lalu diberitakan "Israel serang Syria" yang mana Master katakan sebagai helah untuk menutup bahawa Syria sebenarnya ejen Israel.

Israel kini takut kemerosotan kuasa Basar al-Assad akan menguatkan pejuang yang menentang keganasan Israel.

Tak baik betul la Master tuduh macam tu. Kan?

Lagipun kalau benar tuduhan Master tu, bukan Syria yang menjadi ejen Israel, tetapi Basar al-Assad la kan?

Takkan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga?

Isreal serang Syria

20130505, Sinar Harian

DAMSYIK - Israel melancarkan serangan udara ke dalam Syria yang menyasarkan kawasan simpanan senjata dipercayai  himpunan senjata kimia, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS).

Menurut pegawai AS yang enggan dikenali, serangan itu dilakukan bertujuan melumpuhkan penghantaran barang yang diyakini Israel untuk dibekalkan kepada kumpulan Hizbullah di Lebanon.

Jurucakap Kedutaan Israel, Harun Sagui dalam satu kenyataan berkata, di bawah kawalan Hizbullah, senjata itu mampu mengubah peta perjuangan kumpulan tersebut di Lebanon.

Israel berazam mahu menghalang pemindahan senjata kimia atau lain-lain senjata dibekalkan oleh rejim Syria kepada Hezbullah di Lubnan

Menurutnya, usaha ini juga bagi menghalang Hizbullah memiliki senjata yang boleh menyerang Israel.

Sementara itu, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Syria, Bashar Ja’afari berkata, beliau tidak mengetahui tentang serangan tersebut.

“Kami tidak boleh mengesahkan serangan itu benar-benar terjadi atau hanya provokasi,” katanya dipetik laporan Reuters.

Januari lalu, Israel bertindak mengebom konvoi  Lubnan di Syria, dalam usaha yang sama iaitu untuk mengekang pembekalan senjata kepada negara tersebut.

Kini, banyak pihak di Israel khuatir, kemerosotan kuasa Presiden Basar Al-Assad akan menyebabkan senjata kimia dimiliki Syria jatuh ke tangan Hizbullah.

20130520