Ulasan & Lirik Nasyid Nikmat Ramadhan (Wildan): Satu Nostalgia Keinsafan

Nasyid yang sungguh nostalgia

  • Nikmat Ramadhan adalah nasyid yang didendangkan munsyid Wildan.
  • Dalam koleksi Master, lagu ini daripada album Kau Istimewa.
  • Sejujurnya Tedi tak kenal Wildan, namun apabila Tedi terdengar nasyid ini, terasa macam terimbau kenangan atau nostalgia.
  • Pada mulanya Tedi sangkakan Wildan adalah munsyid wanita.
  • Rentak nasyid yang perlahan ini memang sangat sesuai dengan Tedi.
Kumpulan Wildan Tak sangka pula Tedi akan ada manusia yang rajin kemaskini Wikipedia berkenaan kumpulan nasyid Malaysia. Syabas!
Wikipedia Bahasa Melayu: Wildan

Lirik Penuh: Nikmat Ramadhan

Di dalam redha kita menyambut kehadirannya di hati Dengan penuh taqwa kepada Illahi Bulan penuh kemuliaan Memberi erti kesabaran dengan penuh hikmah Moga diberkati Di dalam Rukun Islam ketiga Kita laksanakan dengan keikhlasan Dan keimanan sejati Ramadhan kemuliaan Rasa syukur kepada-Nya Ramadhan penuh nikmat Ketenangan keinsafan di hati

Lirik dan Komentar Tedi

Tak tahulah apa yang Tedi mampu komen untuk nasyid ini. Tedi perhatikan dulu rangkap demi rangkap. Liriknya nampak terus dan lurus. Tak berbunga-bunga.

"Di dalam redha kita menyambut kehadirannya di hati, dengan penuh taqwa kepada Illahi"
Umat Islam yang beriman akan menerima kehadiran Ramadhan dengan baik dan tidak mengemukakan sebarang alasan untuk melaksanakan ibadat puasa.
"Bulan penuh kemuliaan, memberi erti kesabaran dengan penuh hikmah. Moga diberkati"
Ramadhan memang sinonim dengan kesabaran di mana kelaparan akibat berpuasa selalunya menjadi punca manusia cepat marah. Manusia perlu bersabar.
"Di dalam Rukun Islam ketiga, kita laksanakan dengan keikhlasan dan keimanan sejati"
Rukun Islam ketiga adalah ibadat fardhu berpuasa di bulan Ramadhan. Ia melatih manusia agar mencapai keikhlasan sejati.
"Ramadhan kemuliaan, rasa syukur kepada-Nya. Ramadhan penuh nikmat, ketenangan, keinsafan di hati"
Kesempatan berada dalam bulan Ramadhan sepatutnya disyukuri. Setiap orang beriman sepatutnya dapat merasakan ketenangan.

Makna Di Sebalik Lagu (Sumber: Munsyeed)

Lagu ini membawa mesej tentang keistimewaan bulan suci yang mengajak hamba-Nya bersyukur atas peluang bertaubat dan memperbaiki diri. Ia menekankan bahawa pengabdian dalam Rukun Islam bukan sekadar rutin, tetapi perjalanan mencapai ketenangan hati yang hakiki.

⌂ Home

Popular