Catatan

Tedi selongkar diari Master, hehe

Boring  lak malam2 ni. Takleh nak tido lak. Tapi esok dah janji nak date dengan kebun di belakang rumah. Selongkar rak cari apa yang boleh dibaca, mana tau kalau2 boleh jadi ubat tido?Tiba2 nampak bungkusan berbalut kain kuning. Wah, nak bukak tak ek? Bukak jer la. Dalamnya terkandung buku usang. Berabuk dah buku tu! Rupa2nya diari Master! Hahaha. Ada chance  la Tedi nak baca! Tedi bukak. Selak selai , tak faham. Selak selai lagi, tak faham jugak! Apa ni? Diari apa penuh dengan nombor ni? Aduh Master ni, diari pun nak berkod ka? Ini bukannya slot Detective Conan! Kawan2 boleh faham ker kalo  tulisannya macam di bawah ni? 209-1-41 165-421-129 1-11-1-14 39-14-201 231-149-201 89-144-1-189 41-189 205-18-1921-147-11-21-18 41-12-1-13 2021-1021-1-14 Cukup tu jer la... huhuhu. p.s: Tedi tipu jer pasal bungkusan kuning tu, hehe . zz-20130524

Kek Mommy

Imej
Senarai kek yang pernah Mummy masak untuk kami sekeluarga. Jangan menyampah untuk setiap komen yang dibuat Master kerana Master bukan penggemar kek, jadi bukan senang nak minta Master komen tau. Kek Coklat Pisang Kluster Kayangan Tedi rasa Mommy namakan kek ni sebagai Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan, tetapi Master letakkan coklat di depan pisang. Sebab apa? Sebab Master tak suka kek pisang. Kluster Kayangan yang dimaksudkan adalah sekumpulan orang Malaysia yang permintaan mereka tahap "kayangan" semasa dikuarantin sempena kembalinya mereka dari luar negara untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19. Maklum sahajalah mereka ni biasa bersenang-senang, tambahan baru pula baru balik dari bercuti bergembira, tiba-tiba sampai Malaysia kena kuarantin atau kena lalui pemeriksaan kesihatan sempena Covid-19, mereka complaint itu ini, demand itu ini. Ada di antara mereka pula yang dikuarantin di hotel kemudian jahanamkan harta benda hotel. Tahap kayangan tak boleh dibendung....

Iman Mutiara

Imej
Tedi baru sahaja mendengar nasyid Iman Mutiara 2019 melalui link YouTube  Iman Mutiara 2019  nyanyian Nazrey Johani (kalau kawan-kawan melawat laman YouTube tu, layanlah ye iklan sekali mana tahu hasilnya akan membantu Nazrey yang membuka maahad tahfiz), memang menyentuh jiwa. Seperti biasa Tedi akan abadikan lirik dan maklumat berkenaan lagu Iman Mutiara ini. Menurut Master, nasyid Iman Mutiara ni dah lama iaitu mula diterbitkan pada tahun 2007 , ia dinyanyikan oleh kumpulan Raihan di mana Nazrey Johani adalah vokalis utamanya. Nasyid Iman Mutiara ini terkandung dalam album Puji-pujian yang mencatat rekod album paling lari di Malaysia. Bermula dari album ini, nasyid kontemporari Malaysia menikmati zaman kegemilangannya.  Penulis lirik Iman Mutiara adalah Nazrey Johani dan hakcipta dipegang oleh  Warner Chappell Music, Inc . Tedi telah mendengar versi Iman Mutiara 2007 dan Iman Mutiara 2019 dan Tedi dapati versi Raihan lebih ceria dan rancak, manakala versi Na...

Aidan kelip-kelip mata

Imej
Perkembangan bayi Aidan berumur 5 bulan dan 25 hari. Animasi Aidan kelip mata sambil pegang patung sumbat unicorn sambil berbaring atas katil. # Saturday, 23 November 2019, 08:57 # 20191123 # IMG20191123085704-ANIMATION # Kamera telefon pintar OPPO Reno 2 #

Masalah pembangunan ePayment

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Projek ePayment adalah salah satu projek yang Master kena ambil alih. Sebagai salah satu projek baru, tentunya ada masalah ketika memulakan kerja, selalunya kerana tiada guru dan dokumentasi. java.lang.IllegalStateException: endPosTable already set  Seperti yang dijelaskan dalam  isu 134 , satu cara penyelesaian sementara ialah disable  useIncrementalCompilation : <plugin> <artifactId>maven-compiler-plugin</artifactId> <configuration> <useIncrementalCompilation>false</useIncrementalCompilation> </configuration> </plugin>   Tests are skipped. maven-surefire-plugin:2.16:test (default-test) Master bercadang nak masukkan unit test supaya tidak perlulah tunggu run dalam server baru dapat tengok apa hasil kod yang telah ditulis. Tapi apabila run unit test tersebut dapat mesej "Tes...

Chef Belanga Merecik di Langkawi

Imej
Pada suatu pagi yang hening, kami berkeliaran di  Pulau Langk awi untuk mencari sarapan. Mommy bercadang mahu membawa kami ke  Restoran Siti Fatimah yang masyhur itu. Apakan daya hajat kami tiada kesampaian untuk bersarapan di sana kerana ia masih belum dibuka lagi. Jam menunjukkan pukul 10 pagi dan mungkin Restoran Siti Fatimah itu belum mula waktu operasinya. Perut kamu sudah ber keroncong minta diisi. Entah bagaimana pula di hadapan Restoran Siti Fatimah itu ada sebuah gerai yang diberi nama Chef Belanga Merecik. Tanpa disangka, gerai yang kami tak berapa nak singgah ini rupa-rupanya akan meninggalkan kenangan indah buat kami di Pulau Langkawi ini. Chef Belanga Merecik gerainya kecil, tetapi menunya berjiwa besar. Baca sahaja menu dalam gambar di atas, memang Tedi tidak pernah mendengar apatah lagi melihatnya. Gambar di atas adalah Roti Canai Bistik yang boleh dikatakan signature dish di Chef Belanga Merecik di Langkawi ini. Rotinya adalah roti canai segera yang...

Susu Skim dan Susu Rendah Lemak Salah Satu Penyumbang Diabetes

Imej
Selama ini Tedi  makan bijirin cereal campur susu skim kerana Tedi fikirkan ia sangat bagus untuk kesihatan. Kebelakangan ini Tedi dah jarang makan bijirin cereal bersama susu skim kerana Tedi akan ke-angin-an atau rasa berangin satu badan. Tapi yang Tedi terkejut hari ini apabila tahu ada banyak kajian yang nyatakan bahawa susu penuh lemak dari ladang adalah lebih baik berbanding susu rendah lemak dan susu skim. Kenapa? Sebab kajian mereka menunjukkan siapa yang minum susu tanpa lemak lebih cenderung untuk menghidap diabetes. Kajian oleh Harvard University dan Tufts University Para penyelidik dari Harvard University dan Tufts University telah menguji darah lebih 3000 manusia dewasa berumur dari 30 hingga 75 tahun yang bebas diabetes. Mereka kemudiannya membuat ujian susulan ke atas peserta tersebut dan mendapati bahawa mereka yang lebih tinggi kandungan produk sampingan susu penuh lemak dari ladang dalam darah mereka adalah 46% lebih kurang menghidap diabetes dalam tem...

Popular