Maksud Bunyi Beep SmartTAG
Kepada para pengguna Touch 'n Go mesti mahu tahu apa maksud bunyi beep pada alat SmartTAG mereka. Di sini Tedi kongsikan maksud bunyi beep SmartTAG supaya anda takkan sesali nasib di kemudian hari. Bunyi beep harus diteliti tetapi jika tiada disebabkan mungkin oleh masalah speaker pada reader di pondok tol, baki kad yang dipaparkan pula perlu disaksi. Perlu ada tabiat dengar bunyi beep dan juga perhati baki yang dipaparkan. SmartTAG beep 1 kali Beep sekali adalah perkara normal dan mungkin sudah difahami seantero Malaysia ia bermaksud transaksi anda telah berjaya. Bunyi beep ini bukan sahaja pada SmartTAG tetapi juga digunapakai pada reader kad Touch 'n Go. SmartTAG berbunyi lebih 3 kali dengan cepat Ini maksudnya bateri SmartTAG lemah dan perlu ditukar. Masalahnya beep 3 kali ni tak konsisten, contohnya tol MEX mungkin tak berbunyi tetapi di NPE berbunyi selalu, dan bila diperiksa pada paparan SmartTAG, adakalanya bateri masih HI. Jika anda sanggup pertaruhkan keh...