Catatan

Tiba di AEON Kota Bharu

Imej
13:12 Kami tiba di AEON Kota Bharu. Ia terletak bersebelahan stesen bas di Lembah Sireh, kawasan terletaknya Tesco Kota Bharu. Sekilas pandang memang besar AEON Kota Bharu ni, rasanya lebih besar daripada AEON Seri Kembangan. Kalau nak bandingkan dengan AEON Seremban 2 mungkin lebih kurang sama atau AEON Kota Bharu ni lebih besar. Hal ini agak membingungkan kerana negeri yang serba miskin seperti Kelantan ni boleh punyai 2 pasaraya yang besar di satu kawasan. Siapalah agaknya yang shopping di pasaraya-pasaraya mega seperti ini? Agaknya mungkin orang Kuala Lumpur sering turun membeli-belah di sini? Atau rakyat Thailand yang datang shop ping di sini? Atau rakyat Terengganu? Apa-apa pun semoga peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini takkan disambar oleh pekerja-pekerja asing seperti di negeri-negeri lain. Tedi belanja sedikit gambar di dalam AEON Mall Kota Bharu ni. Malangnya liputan Celcom tak berapa bagus di sini. 22 Mei 2016

Tiada K-POP di Festival Belia 2013

Imej
Khairy Jamalludin, Menteri KBS memaklumkan no more K-POP pada Festival Belia 2013 , malahan aktiviti Forum Perdana turut diselitkan & akan disertai beliau pada malam ini. Semoga para K-POPpers dapat menerima keadaan ini dengan fikiran terbuka & tidak terburu-buru menganjurkan perhimpunan tanpa permit. Tedi salute la pakcik KJ walaupun mungkin keadaan ini adalah hasil usaha pihak penganjur. Oleh itu Tedi salute  juga pihak penganjur yang bersusah-payah memerah fikiran & keringat untuk merancang & menjayakan aktiviti ini.  Ini aktiviti terkini yang Tedi sempat printscreen  tadi. Agak Islamik juga aktiviti yang dianjurkan. Lawat  http://www.festivalbelia.gov.my/   untuk maklumat lanjut. 23 Mei 2013

Bising la ayam2 ni...

Imej
Tadi Tedi pergi la bukak lampu dapur kejap. Alih2 ayam kat belakang berkokok. Ini reban ayam. Ayam tido dalam reban. ida-agromaju.blogspot.com: Contoh reban ayam Pastu ayam2 jiran2 sekampung berkokok. Sahut menyahut. Bising la, Tedi nak tido pun tak senang. Dah la petang tadi letih tolong Master alihkan pokok2 tomato. Betul la cerita dongeng dulukala. Ayam berkokok apabila disangkakan siang. Okla, Tedi nak tido dah. Gudnite all . hadith berkenaan ayam berkokok 5 Mei 2013

Biar rumah sempit, tapi ...

Imej
Rumah? Tedi nak beli rumah ka? Takde la. Buat apa Tedi ada rumah, bukan Tedi duk rumah pun sebab kebanyakan masa Tedi kan habis di sekolah? "Biar rumah sepit, jangan pemikiran sempit!" Ini pesan arwah tok mommy kepada Master. Dia nasihatkan Master kita mesti berlapang dada terima tetamu walau sesusah mana kita. Tetamu perlu dilayan sebaik mungkin supaya mereka senang hati apabila berada di rumah kita. Jarang benar kami melawat arwah dan keluarganya yang terletak di Taman Ehsan di Kepong. Tips rekabentuk rumah sempit agar nampak lebih luas Hasilnya tetamu akan suka hadir ke rumah kita walau sekecil mana pun rumah kita. Bila tetamu datang tu jangan la kita duk bermasam-muka. Hal ini sering jadi pada kaum wanita contohnya di antara ibu mertua dengan menantu. Hindari sikap itu. Lupakan permusuhan. Kalau ada apa yang tak suka, jangan disimpan dalam hati. Banyaknya pesanan arwah tok Mommy kepada Master, membuatkan Master berhasrat berjumpa beliau lagi. Di antara...

Rugi Bayar Parking Guna Touch 'n Go?

Imej
17-September-2017, 12:30 tengahari. Kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berjumpa Mak Ngah Ummi. Mak Ngah akan berlepas ke Kota Bharu setelah pulang bercuti dari Vietnam. Beliau mahu bertemu Mommy untuk serahkan barang yang dibeli di sana. Setelah menurunkan Mommy di Balai Berlepas KLIA, Master pergi meletakkan kereta di tempat letak kereta B di level G. Dari sana kami naik lift ke tingkat 2 untuk ke terminal KLIA. Dari tingkat 2 kami ke tingkat 5 untuk ke Balai Berlepas KLIA. Setelah selesai urusan di sana kami bergerak pulang. Parking di KLIA guna Touch 'n Go? Berbaloikah? Bercerita hal bayaran parking kereta guna Touch 'n Go , ia memang memudahkan kerana kita tidak perlu fikir mana nak cari mesin autopay ketika keluar. Apa yang perlu ialah kad TnG kita kena ada baki minimum RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia) untuk meletakkan kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ada juga mesin kiosk layan diri disediakan, tapi ketika Tedi mele...

Tapak Sulaiman makan apa?

Imej
Tapak Sulaiman  adalah pemburu yang kuat. Makanan utama Tapak Sulaiman adalah moluska .

Panorama dari Pantai Permai

Imej
15-November-2019 Gambar pemandangan malam dari Perumahan Pantai Permai. # Friday, 15 November 2019, 19:18 # 20191115 # EFFECTS # Xiaomi Redmi Note 5A # Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur # 18-Disember-2018 18 Disember 2018 09:25 Selasa Gambar panorama Bangsar South dan Bangsar dari Pantai Permai. Gambar ini diambil oleh Master selepas meghantar Aina. Jujukan gambar dirakamkan menggunakan kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A sebelum dicantumkan oleh Google Photos Assistant 201812180925 18 Disember 2018 09:21 Selasa Aina sempat berposing sebelum dihantar Master ke rumah pengasuh. Xiaomi Redmi Note 5A 201812180921

Popular