Catatan

Newcastle sambar Muto

Imej
NEWCASTLE United sah menandatangani penyerang Jepun, Yoshinori Muto dari Mainz menerusi kontrak selama empat tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini. Newcastle minggu lalu menyatakan sudah mencapai persetujuan dengan kelab Bundesliga itu. Perpindahan Muto lengkap hari ini selepas dia memperoleh permit kerja. "Saya amat berbangga dapat beraksi bersama kelab sebesar ini," kata Muto yang muncul pemain Jepun pertama menyertai Newcastle. Media British melaporkan nilai perpindahan Muto adalah sekitar AS$12.40 juta (RM50 juta). "Saya berharap dapat meraih keputusan yang baik. Sebab itu saya mahu berada di sini. Saya juga mahu beraksi dengan baik dan berada dalam sejarah Newcastle," katanya. Muto, 26, adalah pemain keempat yang menyertai Newcastle selepas kelab itu mendapatkan penjaga gol, Martin Dubravka; pemain tengah, Ki Sung-Yueng dan pertahanan, Fabian Schar. Newcastle akan memulakan kempen liga dengan menerima kunjungan Tottenham Hotspur di St Jam...

Aina Silang Kaki

Imej
Gambar Nor Aina semasa sedang duduk atas bean bag hitam sambil bersilang kaki. Adalah amat tak sopan bagi seorang anak gadis duduk bersilang kaki sama ada atas kerusi ataupun di atas bean bag. 1 tahun, 5 bulan, 9 hari. Redmi Note 5A  Æ’/2  1/12  3.51 mm  ISO2500 Redmi Note 5A  Æ’/2  1/12  3.51 mm  ISO3200

Gemburkan tanah, semut api membuat sarang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya, para sahabatnya. Kebelakangan ini Tedi kembali aktif menggemburkan tanah sekangkang kera di belakang rumah. Tujuannya adalah untuk membantu pertumbuhan pokok pisang dan pokok limau kasturi yang baru sahaja ditanam. Tetapi Tedi dapati bahawa tanah yang digemburkan itu telah dijadikan sarang oleh segerombolan semut api. Semut api ini pula menyerang rumah jiran sebelah. Tedi berasa sungguh sakit hati dengan perbuatan mereka ini. Semut api ini seperti susu punya lembu, sapi mendapat nama, Tedi yang gemburkan tanah, mereka pula membuat sarang! Tedi kadangkala tertanya-tanya adakah boleh ungkapan ini dijadikan peribahasa?, “Gemburkan tanah, semut api membuat sarang”. Mungkin sahaja kita boleh memberikan ia maksud, orang yang mendapat keuntungan di atas usaha orang lain. Selain itu Tedi tertanya-tanya jika boleh Tedi bunuh sahaja semua semut i...

Guna GL MiCare di Hospital Putrajaya

Imej
Pada 20 Julai lalu, Nor Aina sekali lagi dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kerana nafas kencang, muntah-muntah dan demam. Kami ke sana sekitar jam 8 pagi. Setelah sekian lama menerima rawatan dan dipantau di Jabatan Kecemasan tersebut, doktor telah memaklumkan kepada kami bahawa Aina perlu ditahan di wad. Urusan kemasukan ke wad bermula dengan pendaftaran di kaunter hasil. Tempat Master bekerja ada menawarkan faedah untuk kesihatan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh MiCare . Master telah membuat semakan melalui mobile app Micare dan mendapati bahawa Hospital Putrajaya termasuk hospital yang terima perkhidmatan MiCare ni. Oleh sebab itu Master membuat keputusan untuk mendaftar masuk ke wad menggunakan MiCare. Proses GL MiCare untuk kemasukan ke wad Sepatutnya prosesnya adalah seperti berikut: Dapatkan surat rujukan doktor atau akuan kemasukan ke wad daripada pihak hospital dan minta mereka faks ...

Menyelit

Imej
  Gambar Aina sedang menyelit celah sofa. Punyalah banyak tempat boleh lalu, dia nak lalu juga celah sofa yang sempit tu.   Umur: 1 tahun 5 bulan 9 hari   28 Jul 2018 10:17 | IMG_20180728_101722.jpg |  15.9 MP 3456 × 4608 1.2 MB Redmi Note 5A |  Æ’/2 1/20 3.51 mm ISO1000  

Singgah di Megaklinik Zahran Bandar Baru Bangi

Imej
  18 Jul 2018 | Wed, 20:57 | IMG_20180718_205756.jpg |  15.9 MP  4608 × 3456  1.2 MB |  Redmi Note 5A |  Æ’/2  1/25  3.51 mm  ISO640   1 tahun, 4 bulan, 29 hari   Ketika ini bawa Aina ke Megaklinik Zahran di Bandar Baru Bangi. Terus ke klinik tersebut dari tempat kerja Master dan Mommy. Master bawa Aina ke sana dengan harapan ada nasihat doktor yang lain daripada biasa, setelah masalah kahak dan muntah Aina masih tidak berkurangan. Terlalu ramai orang di sana mengalahkan hospital kerajaan. Masa menunggu yang lama. Nasihat doktor pun biasa-biasa sahaja. Kena ambil neb, tapi nak tunggu ambil neb tu pun lama juga. Sepatutnya kena jumpa doktor selepas neb, tapi alih-alih nurse kata tak payah. Mommy terserempak dengan kawan beliau di sana yang membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan. Dipendekan cerita, ini adalah kali pertama dan mungkin terakhir kami ke sana.

Zulfarhan nafi ke bilik komputer riba hilang

Imej
Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain pernah disoal rakannya berhubung kehilangan komputer riba milik seorang lagi rakan mereka. Penuntut tahun tiga Jurusan Perubatan UPNM, S Hari Krishna Rao, 22, berkata, dia turut menyoal Zulfarhan Osman mengenai kehilangan komputer riba milik Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang kemudian dicamkan sebagai tertuduh pertama dalam kes bunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan. Menurutnya, ‘soal siasat’ itu dilakukan di bilik asrama bernombor 3-05 pada awal pagi, 21 Mei tahun lalu. “Hairi (Muhammad Akmal Zuhairi) beritahu saya, suspek iaitu Zulfarhan ambil komputer riba dia. Selepas itu kami ke bilik Zulfarhan di bilik 3-06. “Ketika masuk ke bilik itu, saya bertanya pada seorang penghuni bilik berkenaan di mana Zulfarhan, penghuni itu kata dia tidur lalu kami pulang semula ke bilik 3-05. Tidak lama ke...

Popular